November 22, 2018

7 TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

1. KEKALKAN BERAT BADAN DAN SAKIT TUMIT HILANG



2. BADAN LEBIH BERTENAGA DAN ANTIBODI KUAT



3. BANTU KURANGKAN SAKIT SENDI, LUTUT DAN KEBAS



4. KURANGKAN MASALAH SAKIT TUMIT



5. MEMELIHARA KESIHATAN SEISI KELUARGA



6. MENGEKALKAN TEKANAN DARAH DAN KOLESTEROL



7. MEMBANTU DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN



Berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

6 MANFAAT OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega Guard Shaklee dihasilkan dari ikan air laut sejuk seperti sardin, makerel, herring, anchovies yang berada di peraian Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu kajian menunjukkan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

MANFAAT OMEGA GUARD


1. MEMPERBAIK MASALAH KULIT KERING DAN BERJERAWAT



Bagi mereka yang mengalami masalah kuling kering dan berjerawat boleh amalkan Omega Guard sebagai suplemen harian untuk membantu dalam melembabkan kulit. Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu merembeskan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul dari andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, menjadikan kulit licin dan cantik kemerah-merahan.

2. MENINGKATKAN FOKUS & MENGHUBUNGKAN SEL OTAK



DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

3. MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK BAYI




Sesuai untuk ibu hamil dan kanak-kanak. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. 

4. MENGEKALKAN TEKANAN DARAH YANG NORMAL



DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah, mengekalkan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan, mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

5. MENGATASI KEBAS-KEBAS & MENGUATKAN SENDI




Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.

6. MENGAWAL MASALAH OBESITI



Bagi yang ingin mengawal berat badan untuk mendapat berat badan yang ideal. Omega Guard boleh bantu kerana asid lemak omega-3 membantu dalam mencairkan lemak dan kolesterol jahat dalam badan. Ia bukan sahaja membantu dalam merendahkan kadar kolesterol dalam badan malah membantu untuk kurus juga.


Berminat untuk mendapatkan Omega Guard sebagai suplemen harian boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

2019 SEMAKIN HAMPIR



Alhamdulillah 2019 semakin hampir hampir dan  2018 akan melabuhkan tirainya. Apa perancangan tahun depan ?

Semakin hari semakin tua. Hahaha dan anak-anak pun semakin membesar. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni. Nikmat yang tidak boleh disangkal lagi.

Zaman kanak-kanak. Zaman remaja. Zaman dewasa dan sekarang menuju ke zaman tua. InshaAllah semuanya dengan izin Allah. Terima kasih untuk segalanya.

Azam tahun depan, sama macam tahun-tahun sebelum ni tapi lebih kepada untuk membesarkan anak-anak. Abang Aus akan masuk darjah 1 dan Adik Rayyan masuk tabika tahun depan.

Tahun depan nak kumpul duit banyak-banyak.
Nak selesaikan semua hutang.
Nak travel seluruh dunia dengan keluarga.
Nak bawa mek menunaikan haji.

Tu jela yang boleh Kak Feni share sini. Yang lain tu biarlah Kak Feni simpan untuk diri sendiri. Haha.

Penting juga buat azam setiap tahun. Bila hujung tahun tengok balik azam yang kita tulis sebelum tahun baru. Bila tengok balik, banyak juga azam yang kita tulis tu terlaksana. Contohnya, macam dulu Kak Feni sangat-sangat meringankan tentang solat 5 waktu. Selalu ambil remeh dan buat tak kisah. Bila kita tulis azam nak solat 5 waktu tak tinggal. Secara tak langsung kita bagi isyarat dekat otak supaya set dekat minda yang "aku kena solat, macam-macam mana pun aku kena solat". Alhamdulillah hari-hari yang berlalu. Kalau tak solat akan jadi tak senang duduk. Lagipun solat tu kan tiang agama. Memang wajib kita tunaikannya.

Alhamdulillah daripada buat tak kisah tentang azam, hari ni hari-hari tulis azam atau nota atau "things to do". Lebih teratur dan lebih tenang. Kalau tak jadi huru hara.

Kadang-kadang kita ni kena selalu positif dengan hidup kita. Kalau asyik fikir negatif, secara tak langsung mempengaruhi hidup kita. Jadi chill-chill saja dan nikmati hidup ini dengan adanya.

Setiap orang diuji mengikut kemampuan hambanya. Sebelum nak capai sesuatu kejayaan itu banyak sangat onak dan duri kena hadap. Bila dah berjaya kita akan ingat yang kejayaan yang kita dapat itu bukan mudah dan sentiasa menghargai.

Alhamdulillah.

Dah siap ke tulis AZAM 2019 korang ?

November 21, 2018

PAKEJ PERCUTIAN PULAU PANGKOR - 2 PERSON



Couple budget packagesPangkor island2 pax

😍😍😍😍

2 days 1 night
RM290.00 nett percouple

3 days 2 night
RM520.00 nett percouple

Packages included :

🎯accomodation at teluk nipah
🎯motorcycle
🎯island hopping with small speedboat
🎯snorkling at giam island
🎯complimentary mask gear / gogle
🎯complimentary life jacket

Noted : add on surcharges RM50 percouple for peak season.

UNTUK YANG LEBIH HAVOC FULL PAKEJ- LEBIH BERBALOI.

💕PANGKOR SANDY BEACH 💕

PACKAGE COUPLE /  ANNIVERSARY /  HONEYMOON


2 DAYS 1 NIGHT
RM 700 NETT PER COUPLE
Hotel Room
RM 800 NETT PER COUPLE
Villa Chalet

INCLUDE :-
Island Transport From Jetty ( Pangkor ) To Hotel
1 Night Accommodation In A Honeymoon Suite
1 x Breakfast For Two Person
1 x Private Beach Candle Light Dinner With Free Gift
Use A Unit Of Motorbike For 2 Days 1 Night ( Helmet Provided)
Complimentary Fruit Basket

#Normal Weekend
#School Holiday
Not Valid In Public Holiday

3 DAYS 2 NIGHT
RM 920 NETT PER COUPLE
Hotel Room
RM 1100 NETT PER COUPLE
Villa Chalet

INCLUDE :-
Island Transport From Jetty ( Pangkor ) To Hotel
2 Night Accommodation In A Honeymoon Suite
2 x Breakfast For Two Person
1 x Set Outdoor Seafood Dinner
1 x Private Beach Candle Light Dinner With Free Gift
Use A Unit Of Motorbike For 3 Days 2 Night ( Helmet Provided)
Complimentary Fruit Basket

#Normal Weekend
#School Holiday
Not Valid In Public Holiday

PANGKOR SANDY BEACH RESORT
Beach Front Resort
Pool Front Accommodation
Swimming Pool
Fully Aircond
Bathroom Attached Hot & Cold Shower
Tv Astro

Add Snorkling RM 160 Per Couple

Berminat dengan Pakej ini boleh terus klik link di bawah.

http://kakhoneytravel.wasap.my (Kak Honey)
http://fenitravel.wasap.my (Kak Feni)

November 16, 2018

FIREDRILL BRIEFING 16/11/2018

Firedrill tahun ni dijangka 26 hingga 30 November. Kena bersiap sedia untuk turun tangga dari tingkat 13. Hopefully semuanya ok. Kak Feni dah 3 tahun jadi chief leader untuk opis ni. Hahaha dalam opis ni ada 4 orang je staffnye. Yang lainnya boss la.

Bukan susah pun. Bila loceng berbunyi Kak Feni akan bertindak sebgai leader. Suruh anak-anak buah turun ke tempat berkumpul di bawah dengan selamatnya. Pastikan semuanya selamat. InshaAllah bila waktu kejadian, kami tak kelam kabut.

Briefing bermula pukul 10.00 pagi. Kak Feni cari juga kawan satu floor nak pergi sama-sama. Mujur ada Dee. Siap give me five lagi sebab ada member nak attend. Hehehe


Setelah sejam berlalu. Penerangan tentang firedrill pun berakhir. Tak ambil masa lama sebab nak kita faham je tugas yang kita kena buat bila firedrill berlaku.

Pukul 11.00 pagi kami bersurai dan dapatlah sedikit buah tangan. Alhamdulillah. Rezeki kannn.







Meeting Sambil Celebrate Birthday Boss









Bila kerja takkan habis. Meeting sampai sudah dan takkan habis sampai bila-bila.

Melalui hari-hari dengan penuh tabah dan ikhlas. Dugaan dan cabaran itu tetap datang. Kita sabar pasti ada jalan.

Happy birthday boss yang ke berapa tak tahu. Hahaha mula-mula happy sebab dapat tiup kek. Lepas tu dia start enjin dia nak bambuuu kami. Nasib la khennnn.

November 14, 2018

ROTAVIRUS

Semalam Kak Feni ada terbaca post kawan Kak Feni di fb pasal anaknya terkena rotavirus dan ditahan wad untuk dipantau doktor. Teringat masa Abang Aus berumur 6 bulan. Masa tu Kak Feni baru masuk kerja di tempat baru. Anak pula kena jangkitan rotavirus.

Mula-mula tak tahu pun Abang Aus kena jangkitan ni. Kes nye dia selalu muntah-muntah dan cirit-birit. Kami bawa ke klinik biasa dan biasanya doktor bagi ubat angin yang warna putih tu. Bagi-bagi dia muntah dan cirit birit tanpa henti. Memang sedih sangat tengok keadaan Abang Aus macam tu.

Kami akhirnya bawa Abang ke hospital KPJ Kajang dan terus ditahan wad. Doktor terus pantau segalanya. Muntah dan najis semua diambil kira. Ambil darah dan sah keputusannya kena jangkitan rotavirus.


Setelah 3 hari 2 malam duduk di wad. Doktor bagi balik sebab keadaan Abang Aus dah baik. Doktor suruh tukar susu dari susu lembu ke susu soya. Masa tu harga untuk susu soya Isomil satu tin dah mencecah RM75.00. Lama juga Abang Aus minum susu soya sebab kalau minum susu lembu, abang akan jadi alahan.

Sekarang ni macam-macam jangkitan virus. Kalau kena memang ambik masa nak baik. Alhamdulillah Abang Aus pun dah besar. Pengalaman jaga anak yang kena rotavirus ni memang kena banyak sabar. Kejap-kejap doktor ambil darah sebab nak tengok kuman dalam darah.

Kita sebagai ibu ni memang kena kuat semangat. Kalau tak kita yang menangis lebih dari anak.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...