November 22, 2018

6 MANFAAT OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega Guard Shaklee dihasilkan dari ikan air laut sejuk seperti sardin, makerel, herring, anchovies yang berada di peraian Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu kajian menunjukkan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

MANFAAT OMEGA GUARD


1. MEMPERBAIK MASALAH KULIT KERING DAN BERJERAWAT



Bagi mereka yang mengalami masalah kuling kering dan berjerawat boleh amalkan Omega Guard sebagai suplemen harian untuk membantu dalam melembabkan kulit. Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu merembeskan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul dari andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, menjadikan kulit licin dan cantik kemerah-merahan.

2. MENINGKATKAN FOKUS & MENGHUBUNGKAN SEL OTAK



DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

3. MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK BAYI




Sesuai untuk ibu hamil dan kanak-kanak. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. 

4. MENGEKALKAN TEKANAN DARAH YANG NORMAL



DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah, mengekalkan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan, mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

5. MENGATASI KEBAS-KEBAS & MENGUATKAN SENDI




Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.

6. MENGAWAL MASALAH OBESITI



Bagi yang ingin mengawal berat badan untuk mendapat berat badan yang ideal. Omega Guard boleh bantu kerana asid lemak omega-3 membantu dalam mencairkan lemak dan kolesterol jahat dalam badan. Ia bukan sahaja membantu dalam merendahkan kadar kolesterol dalam badan malah membantu untuk kurus juga.


Berminat untuk mendapatkan Omega Guard sebagai suplemen harian boleh hubungi Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

2019 SEMAKIN HAMPIR



Alhamdulillah 2019 semakin hampir hampir dan  2018 akan melabuhkan tirainya. Apa perancangan tahun depan ?

Semakin hari semakin tua. Hahaha dan anak-anak pun semakin membesar. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah bagi ni. Nikmat yang tidak boleh disangkal lagi.

Zaman kanak-kanak. Zaman remaja. Zaman dewasa dan sekarang menuju ke zaman tua. InshaAllah semuanya dengan izin Allah. Terima kasih untuk segalanya.

Azam tahun depan, sama macam tahun-tahun sebelum ni tapi lebih kepada untuk membesarkan anak-anak. Abang Aus akan masuk darjah 1 dan Adik Rayyan masuk tabika tahun depan.

Tahun depan nak kumpul duit banyak-banyak.
Nak selesaikan semua hutang.
Nak travel seluruh dunia dengan keluarga.
Nak bawa mek menunaikan haji.

Tu jela yang boleh Kak Feni share sini. Yang lain tu biarlah Kak Feni simpan untuk diri sendiri. Haha.

Penting juga buat azam setiap tahun. Bila hujung tahun tengok balik azam yang kita tulis sebelum tahun baru. Bila tengok balik, banyak juga azam yang kita tulis tu terlaksana. Contohnya, macam dulu Kak Feni sangat-sangat meringankan tentang solat 5 waktu. Selalu ambil remeh dan buat tak kisah. Bila kita tulis azam nak solat 5 waktu tak tinggal. Secara tak langsung kita bagi isyarat dekat otak supaya set dekat minda yang "aku kena solat, macam-macam mana pun aku kena solat". Alhamdulillah hari-hari yang berlalu. Kalau tak solat akan jadi tak senang duduk. Lagipun solat tu kan tiang agama. Memang wajib kita tunaikannya.

Alhamdulillah daripada buat tak kisah tentang azam, hari ni hari-hari tulis azam atau nota atau "things to do". Lebih teratur dan lebih tenang. Kalau tak jadi huru hara.

Kadang-kadang kita ni kena selalu positif dengan hidup kita. Kalau asyik fikir negatif, secara tak langsung mempengaruhi hidup kita. Jadi chill-chill saja dan nikmati hidup ini dengan adanya.

Setiap orang diuji mengikut kemampuan hambanya. Sebelum nak capai sesuatu kejayaan itu banyak sangat onak dan duri kena hadap. Bila dah berjaya kita akan ingat yang kejayaan yang kita dapat itu bukan mudah dan sentiasa menghargai.

Alhamdulillah.

Dah siap ke tulis AZAM 2019 korang ?

November 21, 2018

PAKEJ PERCUTIAN PULAU PANGKOR - 2 PERSON



Couple budget packagesPangkor island2 pax

😍😍😍😍

2 days 1 night
RM290.00 nett percouple

3 days 2 night
RM520.00 nett percouple

Packages included :

🎯accomodation at teluk nipah
🎯motorcycle
🎯island hopping with small speedboat
🎯snorkling at giam island
🎯complimentary mask gear / gogle
🎯complimentary life jacket

Noted : add on surcharges RM50 percouple for peak season.

UNTUK YANG LEBIH HAVOC FULL PAKEJ- LEBIH BERBALOI.

💕PANGKOR SANDY BEACH 💕

PACKAGE COUPLE /  ANNIVERSARY /  HONEYMOON


2 DAYS 1 NIGHT
RM 700 NETT PER COUPLE
Hotel Room
RM 800 NETT PER COUPLE
Villa Chalet

INCLUDE :-
Island Transport From Jetty ( Pangkor ) To Hotel
1 Night Accommodation In A Honeymoon Suite
1 x Breakfast For Two Person
1 x Private Beach Candle Light Dinner With Free Gift
Use A Unit Of Motorbike For 2 Days 1 Night ( Helmet Provided)
Complimentary Fruit Basket

#Normal Weekend
#School Holiday
Not Valid In Public Holiday

3 DAYS 2 NIGHT
RM 920 NETT PER COUPLE
Hotel Room
RM 1100 NETT PER COUPLE
Villa Chalet

INCLUDE :-
Island Transport From Jetty ( Pangkor ) To Hotel
2 Night Accommodation In A Honeymoon Suite
2 x Breakfast For Two Person
1 x Set Outdoor Seafood Dinner
1 x Private Beach Candle Light Dinner With Free Gift
Use A Unit Of Motorbike For 3 Days 2 Night ( Helmet Provided)
Complimentary Fruit Basket

#Normal Weekend
#School Holiday
Not Valid In Public Holiday

PANGKOR SANDY BEACH RESORT
Beach Front Resort
Pool Front Accommodation
Swimming Pool
Fully Aircond
Bathroom Attached Hot & Cold Shower
Tv Astro

Add Snorkling RM 160 Per Couple

Berminat dengan Pakej ini boleh terus klik link di bawah.

http://kakhoneytravel.wasap.my (Kak Honey)
http://fenitravel.wasap.my (Kak Feni)

November 16, 2018

FIREDRILL BRIEFING 16/11/2018

Firedrill tahun ni dijangka 26 hingga 30 November. Kena bersiap sedia untuk turun tangga dari tingkat 13. Hopefully semuanya ok. Kak Feni dah 3 tahun jadi chief leader untuk opis ni. Hahaha dalam opis ni ada 4 orang je staffnye. Yang lainnya boss la.

Bukan susah pun. Bila loceng berbunyi Kak Feni akan bertindak sebgai leader. Suruh anak-anak buah turun ke tempat berkumpul di bawah dengan selamatnya. Pastikan semuanya selamat. InshaAllah bila waktu kejadian, kami tak kelam kabut.

Briefing bermula pukul 10.00 pagi. Kak Feni cari juga kawan satu floor nak pergi sama-sama. Mujur ada Dee. Siap give me five lagi sebab ada member nak attend. Hehehe


Setelah sejam berlalu. Penerangan tentang firedrill pun berakhir. Tak ambil masa lama sebab nak kita faham je tugas yang kita kena buat bila firedrill berlaku.

Pukul 11.00 pagi kami bersurai dan dapatlah sedikit buah tangan. Alhamdulillah. Rezeki kannn.







Meeting Sambil Celebrate Birthday Boss









Bila kerja takkan habis. Meeting sampai sudah dan takkan habis sampai bila-bila.

Melalui hari-hari dengan penuh tabah dan ikhlas. Dugaan dan cabaran itu tetap datang. Kita sabar pasti ada jalan.

Happy birthday boss yang ke berapa tak tahu. Hahaha mula-mula happy sebab dapat tiup kek. Lepas tu dia start enjin dia nak bambuuu kami. Nasib la khennnn.

November 14, 2018

ROTAVIRUS

Semalam Kak Feni ada terbaca post kawan Kak Feni di fb pasal anaknya terkena rotavirus dan ditahan wad untuk dipantau doktor. Teringat masa Abang Aus berumur 6 bulan. Masa tu Kak Feni baru masuk kerja di tempat baru. Anak pula kena jangkitan rotavirus.

Mula-mula tak tahu pun Abang Aus kena jangkitan ni. Kes nye dia selalu muntah-muntah dan cirit-birit. Kami bawa ke klinik biasa dan biasanya doktor bagi ubat angin yang warna putih tu. Bagi-bagi dia muntah dan cirit birit tanpa henti. Memang sedih sangat tengok keadaan Abang Aus macam tu.

Kami akhirnya bawa Abang ke hospital KPJ Kajang dan terus ditahan wad. Doktor terus pantau segalanya. Muntah dan najis semua diambil kira. Ambil darah dan sah keputusannya kena jangkitan rotavirus.


Setelah 3 hari 2 malam duduk di wad. Doktor bagi balik sebab keadaan Abang Aus dah baik. Doktor suruh tukar susu dari susu lembu ke susu soya. Masa tu harga untuk susu soya Isomil satu tin dah mencecah RM75.00. Lama juga Abang Aus minum susu soya sebab kalau minum susu lembu, abang akan jadi alahan.

Sekarang ni macam-macam jangkitan virus. Kalau kena memang ambik masa nak baik. Alhamdulillah Abang Aus pun dah besar. Pengalaman jaga anak yang kena rotavirus ni memang kena banyak sabar. Kejap-kejap doktor ambil darah sebab nak tengok kuman dalam darah.

Kita sebagai ibu ni memang kena kuat semangat. Kalau tak kita yang menangis lebih dari anak.

November 13, 2018

TANDA GEJALA LEUKEMIA

Apa itu Leukemia?


Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang dan terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi atau” Hematological Neoplasm”.

Perkataan Leukemia bererti darah putih Ianya diambil sempena nama penyakitiaitujumlah sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada pesakit. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah yang dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel darah ini tidak normal dan tidak dapat berfungsi untuk mengawal jangkitan dalam badan. Kehadiran sel sel darah putih yang tinggi akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.

Apakah jenis-jenis Leukemia?


Leukemia boleh jadi akut (merebak dengan cepat) atau kronik (merebak perlahan). Pada kanak-kanak lebih kurang 95% adalah Leukemia Akut.

Leukemia lymphocytic akut juga dikenali sebagai ALL adalah yang paling biasa terdapat pada kanak-kanak.

Leukemia Myelogenous akut atau AML lebih banyak terjadi di kalangan orang dewasa berbanding kanak-kanak.

Leukemia Limfosit kronik (CLL) paling sering menimpa orang dewasa yang berumur lebih 55 tahun. Ia kadang-kadang berlaku di kalangan orang dewasa yang lebih muda, tetapi ia hampir tidak pernah melibatkan kanak-kanak.

Leukemia myelogenous kronik (CML) biasanya berlaku pada orang dewasa sahaja. Hanya segelintir kanak-kanak dikesan mengalami penyakit ini.

Leukemia akut adalah jenis barah paling biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak. 1/3 dari kanak-kanak yang mengalami barah adalah dari jenis Leukemia.

Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?


Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.

Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.

Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini adalah kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.

Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia. Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.

Lain-lain tanda dan gejala:
✿ Lemah dan letih lesu.
✿ Kurang selera makan dan kurang berat badan.
✿ Bengkak dan gusi berdarah.
✿ Sakit kepala.
✿ Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa.
✿ Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan.
✿ Sakit sendi.
✿ Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan muka mebengkak, kesukaran bernafas serta berdengkur.

Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?


Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia. Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca utama Leukemia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi seseorang untuk mendapat Leukemia.

Terdapat kebimbangan mengenai hubungan di antara tempat tinggal yang berhampiran dengan bekalan kuasa voltan tinggi dan Leukemia, tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh di perolehi.

Faktor-faktor persekitaranseperti pancaran radiasi dan pendedahan kronik kepada bahan kimia toksik seperti benzene juga telah dikaitkan dengan risikio untuk mendapat leukaemia.

Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.

Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dengan kanak-kanak normal.

Immunodeficiency – Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini samada secara semulajadi atau “acquired’ mempunyai risiko yang tinggi mendapat barah limfa.

Sehinggapunca atau penyebab leukaemia ditemui, tidak ada cara untuk mencegah ataumengelak dari mendapat penyakit ini.

Diagnosa Leukemia

Pemeriksaan fizikal dan sejarah latar belakang yang menyeluruh. Doktor akan memeriksa kanak-kanak untuk menilai tahap kesihatannya dan mengesan tanda-tanda penyakit, seperti pucat, pendarahan, pembengkakan hati dan limfa dan nodus limfa. Sejarah penyakit dan rawatan yang lalu juga diambil kira. Jika Leukemia disyak, doktor akan menjalankan ujian complete blood count ( CBC) bagi mengira jumlah sel darah putih, hemoglobin, hematokrit, dan jumlah platelet dari sampel darah.

Smear darah akan dilakukan ke atas sampel yang sama untuk mengesan sel darah putih yang tidak normal atau ‘blast’.

Jika keputusan darah menunjukkan Leukemia, pengambilan sampel sum-sum tulang dan biopsi akan dilakukan untuk mengesahkan penyakit dan jenis Leukemia. Ini dilakukan dengan cara menyuntik jarum ke dalam tulang punggung leper untuk mendapatkan sampel darah dari sum-sum tulang dan cebisan tulang. Pakar hematologi akan menguji sampel darah dari sum-sum tulang untuk melihat kehadiran sel Leukemia. Ujian ini sangat penting untuk mengesahkan sama ada penyakit itu Leukemia.

Ujian tambahan kemudian dijalankan ke atas sampel ini untuk menentukan jenis dan subjenis Leukemia. Analisis Citogenetik juga dilakukan untuk mengesani apa-apa kromosom yang tidak normaldalam sel-selleukemia. Ujian-ujian ini akan membantu doktor dalam merancang rawatan untuk kanak-kanak tersebut.

Bagaimanakah menentukan tahap Leukemia?


Leukemia adalah penyakit sistemik. Berbeza dengan kanser organ-organ pepejal, tiada tahap dalam Leukemia. Walau bagaimanapun, ujian-ujian lain perlu dilakukan untuk mencari setakat mana penyakit ini telah merebak. Ini termasuk:

✿ Pengambilan cecair spinal (Lumber Puncture).Satuprosedur yang dilakukan untuk mengambil cecair serebrospina dari tulang belakang untuk pemeriksaan mikroskop bagi melihat kehadiran sel-sel leukemia. Ini dilakukan dengan memasukkan jarum ke dalam ruang tulang belakang . Prosedur ini juga dipanggil LP atau spinal tap.
✿ X-ray dada : Untuk mengesan pembesaran nodus limfa di dada.
✿ Testikular biopsi: Pengambilan tisu dari buah zakar bagi mengesan tanda-tanda kanser. Prosedur ini dilakukan hanya jika terdapat tanda tanda luar biasa pada buah zakar semasa pemeriksaan fizikal.

Pesakit akan di bahagikan ke dalam kumpulan mengikut risiko. Ini adalah untuk membolehkan doktor merancang rawatan untuk mencapai outome yang terbaik tetapi pada masa yang sama mengurangkan kesan toksik. Beberapa parameter digunakan untuk menentukan kumpulan risiko. Ini termasuk umur pesakit, kiraan jumlah putih pada masa penyakit dikesan, penglibatan sistem saraf pusat, tindak balas awal pada rawatan dan kehadiran kromosom tertentu seperti kromosom Philiadelphia.

Kumpulan risiko adalah seperti berikut:
✿ Standard risk.
✿ Moderate risk atau sederhana.
✿ Berisiko tinggi.

Bagaimana Leukemia dirawat?


Kanak-kanak yang telah dikenal pasti menghidap kanser semestinya dirawatoleh pakar onkologi pediatrik (seorang doktor yang pakar dalam merawat kanak-kanak yang menghidap kanser). Pakar onkologi pediatrik akan bekerjasama rapat dengan doktor dan kakitangan kesihatan yang lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam merawat kanak-kanak dengan kanser. Ini mungkin termasuk pakar-pakar berikut:
✿ Hematologsti/Pakar kaji darah.
✿ Pakar bedah kanak-kanak.
✿ Radiation onkologist.
✿ Pakar Endokrin.
✿ Pakar saraf.
✿ Pakar Radiologi.
✿ Pekerja sosial.
✿ Jurupulih kerja dan cara.
✿ Pakar psikologi.
✿ Pakar dietetik.

Rawatan kemoterapi merupakan tulang belakang rawatan kanak-kanak leukemia.

Terapi radiasi kurang lazim digunakan sekarang. Ia diberikan secara profilaktik pada pesakit yang menghidap leukemia jenis T-sel dan sebagai rawatan kepada pesakit yang menghidap leukaemia pada sistem saraf.

Pemindahan Tulang sum-sum / pemindahan sel stem adalah rawatan yang paling intensif yang boleh diberikan. Ia digunakan untuk pesakit AML dan ALL berisiko tinggi atau yang berulang (relapse).

Rawatan leukaemia kanak-kanak dilakukan secara berperingkat-peringkat:
Terapi Induksi: Ini adalah fasa pertama rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh sel-sel.

Leukemia dalam darah dan sum-sum tulang. Ini meletakkan Leukemia ke dalam remision:

✿ Terapi Konsolidasi/pengukuhan: Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam keadaan remision. Tujuan terapi ini adalah untuk membunuh sel-sel leukemia yang tertinggal dan mencegah sel-sel daripada menjadi alah kepada rawatan.
✿ Terapi yang berterusan (maintenance therapy): Ini adalah fasa ketiga rawatan. Ia dilakukan sebagai pesakit luar. Kemoterapi diberikan secara lisan dan dalam dos yang lebih rendah daripada yang digunakan untuk induksi dan konsolidasi.

Rawatan biasanya diberikan untuk tempoh 2-3 tahun. Oleh kerana kanak kanak lelaki secara umumnya menunjukkan tindak balas yang lebih rendah berbanding kanak kanak perempuan, rawatan untuk kanak-kanak lelaki adalah lebih lama. Kanak-kanak yang menghidap ALL mempunyai peluang yang baik untuk sembuh. Kebanyakan pusat rawatan kini melaporkan kadar 90% peluang sembuh untuk pesakit yang mempunyai standard risk.

Kesan sampingan akibat daripada rawatan boleh berlaku sama ada pada jangka masa pendek atau panjang. Terapi radiasi ke atas kepala misalnya boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan boleh menyebabkan barah lain berlaku. Oleh yang demikian pemeriksaan yang berkala adalah sangat penting.

Bolehkah penyakit ini berulang semula setelah dirawat?

ALL pada kanak-kanak boleh berulang walaupun ianya telah dirawat. Leukemia boleh terjadi semula di dalam darah dan sum-sum tulang atau testikal dan korda spinal atau di bahagian lain badan. Cara rawatan adalah sama seperti di atas tetapi ianya lebih intensif.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Zulaiha bt. Muda
Penyemak : Dr. Eni Juraida bt. Abdul Rahman

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...