April 16, 2018

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum w.b.t.


Sebelum buat bisnes Shaklee, hanya jadi pengamal sahaja. Bila kesan yang baik terhadap diri sendiri baru rasa nak share kebaikan dengan semua orang. Nak semua orang pun dapat rasa kebaikan daripada produk yang kita amalkan.




Produk Shaklee terkenal dengan keistimewaannya iaitu :


1. SELAMAT

Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang bebas bahan kimia merbahaya untuk kesihatan. Semua produknya adalah bebas bahan-bahan yang diharamkan. Tiada pewarna dan perisa atau pemanis tiruan. Setiap produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Ia juga dibuktikan dengan Sains.


2. TERBUKTI

Produk Shaklee telah dibuktikan dengan beribu-ribu ujian klinikal. Sebanyak US$300 juta telah dilaburkan untuk membuat kajian serta pembangunan produk. Sebanyak 54 pingat emas olimpik telah dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee


3. BERKESAN




Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. 

Oleh yang sebab demikian saya lebih suka share tentang kebaikan produk Shaklee untuk diamalkan supaya sama-sama kekalkan kesihatan.


Aktiviti Saya Yang Padat

Padat sungguh aktiviti sejak minggu lepas. Rasa macam nak pitam pun ada. Meeting hari-hari. Hari minggu pulak dengan kerja rumah. Rasa macam tak berdaya.

Semalam basuh baju tak sempat sidai pun. Biar jelah dalam washing machine tu. Balik ni kalau tak hapak boleh sidai. Kalau hapak terpaksalah basuh balik. Membazir sabun dan juga softener. Dahlah barang sekarang ni mahal.

Aktiviti tak berhenti sejak balik dari Teluk Batik 2 minggu lepas. Aktiviti full. Hujung minggu pun ada saja agenda. Ummi okey la jugak sebab hari Sabtu dah mula cuti. Abah hari Ahad je yang cuti. Anak-anak pulak nak dengan dia. Nak tidur pun asyik kena kacau dengan anak-anak.

Semalam masa nak rehat pun sekejap je sebab nak kena pergi ke NSK untuk beli barang-barang nak masukkan dalam goodies masa kenduri 28/04/2018 nanti. Maknanya kami akan pulang ke kampung. Tak boleh nak ambil cuti banyak sangat dah tahun ni sebab banyak nak guna cuti.

Nampak gayanya tahun ni kena banyak balik kampung. Minggu depan balik kemudian bulan 5 ni balik lagi sebab nak mengundi. Tarikh mengundi tahun ni jatuh pada 09/05/2018 hari Rabu. Jadi rasanya kena balik hari jelah jawabnya.


April 10, 2018

HARGA IKAN BILIS MATA BIRU

Kalau ke Lumut atau Pulau Pangkor mesti tidak ketinggalan untuk membeli buah tangan atau bekalan sebelum pulang ke lubuk rezeki masing-masing. Macam kami yang diberikan rezeki untuk berkunjung ke Teluk Batik sebagai destinasi bercuti dan sempat pergi ke Lumut sebelum bertolak pulang ke rumah.


Kami satu keluarga pergi ke Lumut untuk membeli sedikit ikan bilis mata biru yang memang terkenal sebagai ikan bilis yang dikategorikan sebagai terbaik dan segar. Kalau nak dibandingkan dengan ikan bilis yang dijual di pasar. Memang ikan bilis mata biru dari Pangkor adalah yang terbaik. Jadi jangan hairan dengan harganya yang boleh mencecah RM7.50 hingga RM8.00 untuk 100gram. Jadi sekilo dapat dalam RM65.00 - RM80.00 bergantung pada gred ikan bilis.

Nak beli banyak-banyak tak boleh sebab bajet untuk bercuti dah lari sebab kena bayar lebih untuk tukar tempat penginapan. Harga chalet perlu ditambah kerana bertukar tempat. Tidak seperti yang dirancang.

Harga ikan bilis meningkat dari masa ke semasa mengikut harga pasaran. Kalau dulu dapat beli ikan bilis mata biru ni dengan harga RM4.80 untuk 100 gram. Sekilo RM48.00. Kalau beli banyak kilo baru dapat diskaun. Sekarang nak dapat harga macam tu memang tak boleh la. Kos pengangkutan dari Pangkor ke Lumut pun menggunakan perkidmatan bot. Jadi harga pun meningkat ikut harga pasaran.

Nak beli di Lumut boleh. Pandai-pandai pilih kedai dan kalau ada masa lebih boleh survey dari kedai ke kedai. Ada rezeki dapat ikan bilis yang harganya lebih murah selepas tawar menawar. Ringan-ringankan mulut untuk bertanya dan tawar menawar. Kalau tak, kita yang rugi. Yang penting kita senyum supaya orang nak bagi diskaun pun senang hati.

Lepas ni, kalau ada rezeki kami lagi untuk pergi Lumut atau Pangkor nak borong ikan bilis mata biru banyak-banyak. Ikan bilis yang segar dan baru.



April 3, 2018

PILIHLAH KAWAN YANG BOLEH MEMBIMBING KITA KE JALAN ALLAH

Sungguh aku tidak punyai ramai kawan yang dianggap BFF. Lebih senang macam ni. Berkawan dengan yang sudi nak berkawan.

Sekarang bukan zaman kanak-kanak atau zaman remaja lagi nak sentap-sentap dengan orang sekeliling. Lebih fokus untuk membesarkan dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna untuk agama dan bangsa. 

Alhamdulillah diberikan nikmat oleh Allah untuk teruskan kehidupan ini sehingga hari ini. Banyak suka dan duka dilalui. Kebanyakan pengalaman ini menjadikan aku lebih matang dalam membuat keputusan.

Berpesan-pesan sesama insan untuk menjadi insan yang lebih baik. Banyak juga kawan-kawan yang negatif, aku jauhkan sebab aku taknak aura negatif itu singgah pada aku. Bukan apa, kita ni dalam menuju ke arah kebaikan memang banyak sangat dugaan. Nak istiqamah ke arah jalan yang baik tu bukan senang. 

Nak mulakan tu rasa sangat susah sangat. Bila dah buat dan nak terus konsisten pun susah. 

Tahu tak bukan senang nak bangkit untuk melawan seorang diri. Bukan senang nak dapat apa yang kita mahukan kalau tanpa sokongan orang sekeliling kita. Kadang-kadang luaran je nampak cool tapi dalaman hanya kita saja yang tahu.

Takkan kita nak cerita semua benda dekat orang. Ada benda boleh share dan ada benda kita tak boleh share. Satu perkara tentang sahabat ialah saat kita susah, dia akan selalu ada bersama kita bukan lupakan kita terus macam tu. Kita pun nak dapat sahabat yang baik seperti yang kita harapkan. Kita yang perlu mulakan dulu.

Dunia ini sentiasa berputar dan sampai masa kita akan kembali juga kepada Allah bila sampai masanya. Kadang-kadang Allah bagi nikmat sebab nak tengok kita ni bersyukur ke tidak. Sebab tu penting ada kawan yang boleh mengingatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.

Bila dah berumur ni agak sensitif dengan kehidupan. Allah suruh kita beringat tentang kematian. Kematian yang kita tak tahu bila masanya. Beruntung bagi mereka yang sudah tahu bila malaikat maut nak jemput dia. Kita ni asyik lagra dengan urusan dunia. Allahuakbar, ampunkan aku tuhan.

Sungguh banyak lagi yang belum selesai.

CLEAR DRAFT TO PUBLISH

Hari demi hari, banyak yang berlaku dalam hidup. Kadang-kadang sempat publish karya yang menarik. Kadang-kadang sendiri pun tak paham. Mula-mula buat je ikut flow. Lama-lama jadi habit untuk siapkan entry setiap hari. Kekangan masa kadang-kadang sangat-sangat mencemburui sebab tu banyak enty yang tersimpan dalam draft.

Planning sangat penting untuk siapkan semua tugasan. Bagi mak jemah yang masih work under my boss ni kena juga ikut arahan. Selagi kerja pejabat tak siap tak boleh nak berpoya-poya dengan urusan peribadi.

Ingat juga keberkatan dalam mencari rezeki. Kalau kita gunakan masa kerja untuk urusan peribadi memang tak boleh melainkan masa tu kita memang free. Mak jemah kalau nak update entry pun tunggu habis waktu kerja. Dalam pukul 5 dah rileks dah. Sementara nak tunggu en hubby datang ambik untuk balik kerja pukul 7 malam. Macam ni lah nak cari rezeki yang halal kan.

Anak ada 2 orang yang perlu disuapkan. Lepas tu nak belanja makan itu ini. Alhamdulillah rezeki mereka tetap ada. Syukur sangat-sangat dengan nikmat Allah bagi ni.

Jadi untuk memulakan kembali tugasan kembali mencantikkan tulisan blog Mak Jemah kena sediakan kembali nota-nota dan juga buat buku untuk artikel yang bakal keluar. Kadang-kadang artikel tu nampak sangat bodoh tapi yang tu lah selalunya banyak view dan yang penting banyak dapat sales. Bila dapat sales secara tak langsung poket pun kachingggg.

Tengok-tengok darft banyak lagi yang belum selesai dan tak sesuai untuk di publish. 

Nak kena ambil masa untuk proses mengclearkan draft ni. Nak buat sharing pun kena ada ilmu jugak. Bukan apa kalau kita share benda-benda yang tak elok. Akibatnya kita juga yang kena. Jadi nak share benda yang baik pun kena ada ilmu.



JOM KURUS DAN SIHAT DENGAN PRODUK YANG DIHASILKAN SECARA SEMULAJADI


Sebelum ni berat badan agak membimbangkan sampai tahap obesiti. Berat dulu 150kg. Macam-macam produk kurus telah cuba. Tak kira harga mahal dengan murah. Main beli je asalkan badan dapat diturunkan. Bila badan dah semakin naik dan naik ni mula lah makin lama makin tak larat nak buat kerja.

Setelah google google untuk mencari penyelesaian terbuka hati nak cuba produk Shaklee.  Antara produk yang disarankan dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal ialah ESP, Cinch, Cinch tea, Alfalfa Complex, Lecithin, Vitalea dan Herbalax. 
- Puan Anita, Kuala Lumpur -



 

Produk ini bukan sahaja membantu dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal malah menjadikan kulit lebih cantik dan gebu. 

Metabolisme badan kita akan menurun setelah umur meningkat bermula 30 tahun. Jadi kebanyakan orang mula mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma. Seeloknya untuk mendapatkan berat badan yang ideal perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan secara sihat, bersenam, tidak merokok dan juga elakkan minum minuman keras.

Perbezaan Shaklee

Shaklee menghasilkan produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi. Diuji secara klinikal untuk setiap produknya. Ia selamat untuk diamalkan.

Untuk mendapatkan suplemen bagi proses mendapatkan bentuk badan yang ideal ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI

March 30, 2018

DAH NAK PILIHANRAYA


Hari ni hari Jumaat, hari yang agak sibuk setiap minggu tapi curi-curi jugak nak tulis entry. Maklumlah rehat agak panjang walaupun tak berapa nak panjang.

5 tahun lepas, kami balik kerja konon nak terus balik kampung. Tapi hari tu hujan turun sangat lebat dan menyebabkan banjir kilat di tengah jalan sebelum sampai Leasure Mall. Jalan jem sebab kereta tak boleh lalu. Kami terpaksa berpatah balik ikut Bandar Tun Razak. Alhamdulillah jalan di situ pun bajir tapi masih boleh lalu.

Tak ingat dah tarikh pilihan raya lepas wei. Lupa. Tak larat nak google la. Hahaha.

Tahun ni belum diumumkan lagi bila tarikhnya. Ura-ura mengatakan bahawa 05 Mei 2018. Kena balik kampung lah aku dengan en hubby sebab kami mengundi di sana. Belum tukar tempat mengundi. Nak tukar dah tak boleh. Kalau tukar tempat mengundi tak perlu balik kampung. Syok juga ada pilihanraya ni at least boleh balik kampung. Lama tak balik kampung.

Bulan April ni ada kenduri di kampung. Hajat hati memang nak balik. Kalau mengundi bulan Mei kena berulang alik balik kampung la kami. Harapnya kos minyak dapat ditanggung. Kami ni golongan marheam yang kurang berkemampuan. 

Nak cerita pengalaman mengundi pertama kali tu. Aku dapat di Sekolah Kebangsaan Seri Adika Raja. Adun Temengor Parlimen Gerik. Undi adalah rahsia ya. Kira macam aku dah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang keluar mengundi. Nak mengundi kena cat dakwat hitam di jari yang menandakan bahawa aku sudah membuang undi. Tahun ni tak tahu cerita macam mana pulak. 

Siapa kita nak pilih terpulang pada kita. Kalau boleh nak lah wakil rakyat yang boleh bela rakyat ye dok ? Bukan masa nak pilihanraya baru nampak batang hidung. Lepas pilihanraya, semua pakat buat senyap. Tak syok la macam ni. Tanggungjawab kepada rakyat kena buat seperti yang diamanahkan. Nanti bila rakyat kata tak peduli rakyat, marah pula.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...