November 29, 2017

Live Every Single Moment


Live every single moment. Oh sangat menusuk kalbu. Jatuh bangun jatuh bangun. Macam tu lah hidup ni. Nak share tentang kejayaan ni kalau kita kejar sampai lupa segala-galanya takde guna jugak. Memang semua orang nak hidup senang, nak hidup mewah. Namun kita kena ingat Allah tidak akan memberi apa yang kita mahu namun dia akan beri apa yang kita mampu.

Alhamdulillah rasa macam nak berusyukur sangat-sangat. Betul, Allah bagi kita anak sebab kita mampu nak jaga depa. Allah lambat bagi sebab Allah tahu waktu bila yang sesuai. Jadi nikmatilah hidup ini seadanya.

Okey hari ni Feni bersyukur sebab dikurniakan dengan orang yang baik-baik untuk bersama Feni. Suami, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan yang begitu memahami. Alhamdulillah.

Nak ikutkan apa yang orang kata bukan mereka yang menanggung kita. Jadi hiduplah untuk diri sendiri. Chill dan enjoy. 

November 27, 2017

CARA MENGHILANGKAN SENGGUGUT TRADISIONAL


Senggugut sering menyerang wanita yang sedang datang bulan. Feni adalah salah seorang yang pernah kena senggugut teruk. Masa anak dara dulu, kalau kena senggugut teruk mesti tak pergi sekolah dan berehat di rumah je.

Sakitnya hanya tuhan je yang tahu. Nak hilangkan senggugut ni macam-macam cara Feni buat. Rupanya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Bertahun-tahun kena senggugut sampai takut nak datang bulan. Bila kena di sekolah, cikgu terpaksa hantar balik sebab tak tahan tengok Feni. 


Antara cara yang Feni buat untuk menghilangkan senggugut


1. Banyakkan minum air suam/panas
Beberapa hari sebelum datang bulan, Feni akan banyak minum air suam atau air panas untuk mengelakkan badan kurang air. Air kan banyak membantu dalam melancarkan perjalanan darah. Jadi pengambilan air kosong suam/panas memang membantu mengurangkan sakit senggugut.

2. Bertungku
Masa datang bulan, Feni suka bertungku. Guna air panas dalam botol atau pun batu tungku. Batu tungku lagi best sebab panasnya tahan lama.

3. Elakkan Makanan Yang Tinggi Garam
Benda ni memang Feni elakkan, tapi biasalah sebelum datang bulan mesti nafsu nak makan memang lain macam. Rasa nak makan itu nak makan ini. Namun kena elakkan makanan yang tinggi garam macam keropok segera tu.

4. Lakukan Senaman
Bersenam membantu melancarkan perjalanan darah dan oksigen ke otak. Ini bukan sahaja membantu dalam meningkatkan kesihatan malah masalah senggugut juga boleh lega.

5. Amalkan Suplemen
Antara suplemen penting yang Feni selalu amalkan ialah ESP, Vitalea, B-Complex, Alfalfa dan Gla-Complex. Ini memang membantu Feni dalam mengelakkan sakit senggugut. 

TESTIMONI SHAKLEE UNTUK SENGGUGUT



Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

November 24, 2017

TANDA PENUAAN DAN SUPLEMEN UNTUK KEKAL AWET MUDA



Umur adalah satu angka dan kita tidak boleh mengubah hakikat kehidupan ini. Namun ada orang bernasib baik kerana rupa masih nampak kekal menawan walaupun usia sudah meningkat.

TANDA-TANDA PENUAAN ADALAH

1. KULIT KERING
Kulit yang kering dan tidak bermaya menyebabkan nampak lebih tua. Pengambilan air kosong yang secukupnya membantu dalam melebabkan kulit supaya kekal cantik dan awet muda.

2. TIMBULNYA KEDUTAN DAN GARIS HALUS
Kedutan dan garis halus selalunya akan muncul dibahgian dahi dan bawah mata. Ini menunjukkan kulit sedang mengalami proses penuaan.

3. PORI-PORI MEMBESAR
Maalah pori membesar ni menyebabkan kulit mudah terdedah kepada habuk dan bakteria yang menyebabkan kulit menjadi rosak.

4. PERUBAHAN WARNA KULIT
Dengan kata lain tona kulit tidak sekata. Nampak tidak cantik dan bertompok-tompok. Untuk mengelakkannya jauhi dari terdedah terlalu lama di bawah sinaran mata hari.

SUPLEMEN UNTUK KEKAL AWET MUDA


Vivix adalah suplemen yang dihasilkan secara semulajadi melalui bahan-bahan yang selamat dari bahan kimia merbahaya. Khasiatnya bukan sahaja untuk awet muda malah membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan.

TESTIMONI VIVIX UNTUK AWET MUDA





Bagaimana nak kekal awet muda itu terpulang pada diri masing-masing. Namun dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat juga membantu untuk kekal awet muda.

Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

ULSER TAK MAHU SINGGAH SEJAK AMALKAN VITAMIN C

Ulser sering menyerang Feni sejak kecil lagi. Ulser ni tak tahannya bila kena dekat lidah. Sakitnya hanya tuhan je yang tahu.



Punca ulser ni banyak dan antaranya tergigit dan mempunyai alahan. Feni ni bila orang suruh minum air kosong banyak memang dah minum banyak. Namun tetap naik. Mungkin juga sebab keturunan. Masa kecik-kecik teringat mak dengan makcik-makcik belah mak Feni selalu kena ulser ni. Bila kena ni nak makan punya la seksa.

Seminggu ke 2 minggu kalau kena. Perut lapar nak makan. Jadi kena makan yang tak pedas dan kurang rasa. Kadang-kadang sampai minum air dengan hirup sup je sebab tak tahan sakit.

Tahun 2015 Feni mula kenal Shaklee. Tu pun sebab nak cari milk booster untuk Adik Rayyan. Produk pertama yang Feni cuba ialah Alfalfa dengan ESP sebab nak milk booster. Bila ada kawan offer cakap ambillah Vitamin C sekali sebab boleh mengimunkan ibu dan bayi.

Masa tu memang fikir mahal jugak vitamin C ni kan. Sebotol dalam 90 macam tu. Bila buat kira-kira tak mahal mana pun sebab kandungan dalam tu 180 biji. Kalau ambil sebiji sehari pun tahan sampai 6 bulan. Jadi pejamkan mata beli Vitamin C. Bila kawan offer lagi, join lah member dapat harga member. Wahhh. Ini memang bagus. Terus Feni join ahli. Masa join ahli tu dapat pulak free sebotol Vitalea sempena 100 tahun Vitalea di dunia ni. Alhamdulillah.

Maka, sejak itu vitamin C adalah suplemen yang sangat penting untuk Feni. Ambil sebab nak cantik juga. Maklumlah umur dah makin meningkat ni kenalah topup-topup vitamin.

Yang Feni perasan Ulser yang kerap kena dekat mulut dengan lidah makin kurang. Ada jugak naik tapi tak lama. Kalau kena pun cepat baik. Alhamdulillah syukur sangat.


Benda yang baik harus dikongsi bersama, jadi untuk yang ingin mencuba Vitamin C sebagai alternatif untuk mengelakkan kena ulser boleh cuba Vitamin C. Namun harus diingatkan bahawa produk ini hanyalah suplemen dan bukanlah ubat.


Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

November 23, 2017

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7



Tanggal 20/10/2010 aku selamat diijab kabulkan bersama suami tersayang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sekali. Bermula detik itu, aku sah menjadi isteri kepada Ahamd Fikri Bin Khainuddin.

Hari ni dah 7 tahun 3 hari kami melayari bahtera rumah tangga. Syukur alhamdulillah, walaupun tidak semewah orang lain namun kami bahagia. Bahagia dengan cara kami. Dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki yang sangat comel.

Abang Aus dah nak masuk 6 tahun bulan satu nanti dan Adik Rayyan 3 tahun bulan 12 nanti. Alhamdulillah untuk anugerah dan rezeki yang tidak semua orang memilikinya. Semoga bahagia ini akan menjadi milik kita selamanya.

Walaupun kadang-kadang ada juga perselisihan faham dan bertikam lidah demi menegakkan pandangan masing-masing. Namun bila dah bertahun menjadi suami isteri. Kita akan lebih kenal pasangan kita. 

Kita tidak tahu apa yang akan jadi kemudian hari namun ummi akan cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Kadang-kadang memang rasa banyak kekurangan namun inilah yang dikatakan kehidupan. Perlu give and take sebab kita pun tak sempurna. Banyak sangat kekurangan. Apapun ummi nak ucapkan terima kasih sebab menjaga kami dengan baik sekali.



Belanja gambar pelamin 7 tahun lalu dekat dewan serbaguna Gerik. 






PROSES PENGELUARAN SUSU IBU

Ramai ibu-ibu hari ini terpaksa bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Ibu terpaksa mengambil keputusan untuk kembali bekerja.

Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum. Jom kita tengok video tentang proses pengeluaran susu ibu.


Dapatkan nutrisi yang betul untuk ibu dan bayi ketika proses menyusukan anak. Menyusukan anak perlukan kesabaran yang tinggi. Ramai ibu-ibu yang cepat berputus asa dalam memberikan susu ibu kepada si manja tersayang.

Dengan ilmu yang betul dan cara yang betul, inshaAllah masalah susu merudum boleh diatasi. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar untuk proses menyusukan anak supaya dapat memberikan nutrisi yang terbaik untuk si manja tersayang.

Susu ibu adalah yang terbaik untuk si manja, namun bagi ibu-ibu yang tidak berupaya untuk menyusukan anak secara penuh, jangan mudah putus asa. Carilah ibu susuan yang sesuai sebagai alternatif selain memberikan susu formula.

Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali menyusukan anak, mungkin belum cukup ilmu dan pengalaman. Namun peluang untuk belajar masih boleh diteruskan.

SUPLEMEN UNTUK KEKALKAN KECERGASAN BAGI WANITA

Hari ni kita selalu didedahkan dengan gaya hidup yang tidak sihat. Makan minum pun nak segera. Kerja pulak banyak yang stress. Bila kita berada dalam stress banyak vitamin dalam badan pun musnah. 

Jadi bagaimana nak kekalkan kesihatan dan kecergasan. Kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti menjaga pemakanan, bersenam dan sentiasa berfikir secara positif.

Makanan yang macam mana kita nak makan. Kena makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk untuk mendapatkan zat yang sihat. Kalau makan sekadar makan untuk kenyang macam makan fast food, jajan dan makanan dalam tin memang sangat-sangat kurang khasiat.

Suplemen yang membantu dalam meningkatkan kecergasan ialah SET TAMBAH TENAGA. Ianya suplemen yang bukan sahaja memberikan tenaga malah membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan.

ESP

  • Soya Non-GMO yang berkualiti tinggi
  • Untuk menghasilkan 1 can ESP, 30kg soya diperlukan. 
  • Memberikan tenaga untuk kekal cergas
  • Mencantikkan kulit kerana membina sel-sel baru


Vitamin C

  • Mengimunkan sistem badan dari jangkitan virus
  • Mengelakkan badan mudah kena penyakit seperti demam, batuk dan selsema
  • Mencantikkan kulit
  • Menguatkan tulang 


Vitalea

  • Multivitamin terbaik dunia
  • Mengandungi kesemua jenis vitamin dan mineral
  • Memberikan tenaga untuk kecergasan
  • Sesuai untuk mereka yang menghidapi anemia


B-Complex

  • Lengkap dengan asid folik
  • Sesuai untuk ibu hamil yang inginkan tenaga berpanjangan
  • Memberikan tenaga



Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...