October 20, 2017

GASTRIK MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN



Masalah gastrik bukan sahaja dihidapi oleh golongan dewasa malah kanak-kanak juga boleh menghidap gastrik. Gastrik di kalangan kanak-kanak juga menganggu aktiviti harian mereka. Bagi ibu-ibu yang hamil juga sering mengalami masalah gastrik di awal kehamilan. Gastrik ini sangat mengganggu aktiviti harian. 

TANDA GASTRIK


1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen

2. Rasa senak, berangin atau pedih.

3. Rasa tidak selesa dan kembung

4. Sendawa berulang kali

5. Kerap kentut selepas makan

6. Rasa mual atau loya dan muntah

7. Berat badan turun (peringkat kronik)

8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)

9. Hilang selera makan

10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Langkah awal untuk mencegah gastrik :-


1. Makan ikut waktu, seeloknya jangan tinggalkan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.

2. Elakkan makanan yang pedas dan banyak rempah.

3. Elakkan minuman beralkohol, banyak kafein dan bergas.

4. Makanan ringan seperti jeruk dan keropok juga perlu dielakkan.

5. Minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. 

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Masalah Gastrik




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 19, 2017

BILA ABAH DAH KONVO !


Hari bersejarah untuk my hubby bila dah konvo. Bersusah payah belajar. Korbankan masa hari minggu sebab nak pergi belajar. 

Konvo ni berlangsung di PICC Putrajaya. Kami pergi bila dah nak habis waktu. Tu pun pakai waze dan ikut jer signboard. Sampai juga akhirnya di PICC.

Kak belikan bunga sebagai ucapan tahniah untuk abah. Tak sangka abah dapat juga pakai topi segi 4 ni. Sebenarnya tahun 2015 lagi dah dapat tawaran sambung belajar. Itu dekat UITM Space tapi dia taknak sebab fikir anak-anak. Tahun lepas bila dapat offer, kami semua suruh dia sambung sebab peluang kan tak datang banyak kali. Buat pun bukan lama. Hanya hujung minggu.

Alhamdulillah berjaya jugak habiskan. Tahniah dan syukur alhamdulillah.







Kami ambil peluang untuk merakamkan kenangan sempena hari konvo abah ni. Abah dah pucat lesi sebab panas sangat tengah hari tu. Dia kata keluar makan kat luar.

Lepas je konvo ni kami terus ke Melaka sebab dah janji dengan adik beradik untuk berjalan ke sana.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Mak Jemah yang nak sambung belajar, alih-alih hubby yang dapat. Rezeki Allah nak bagi kan. Siapa kita nak pertikaikan rezeki yang Allah nak bagi. Apapun sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik.

October 17, 2017

RASAI KEBAIKAN "THE RADIANT 4" UNTUK KECANTIKAN DALAMAN DAN LUARAN

Kecantikan adalah idaman untuk setiap insan. Tidak kira lelaki atau wanita. Namun bagi wanita kecantikan itu sangatlah penting untuk meningkatkan keyakinan diri.

Jom rasai kesan 'THE RADIANT 4" ini.



ESP - Minuman untuk Kulit Yang Sihat 

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Collagen Powder - Merangsang Kulit Kelihatan Muda dari Dalam Ke Luar

  • Membekalkan 4000mg Kolagen Sisik Ikan Merah, kolagen yang dipilih dengan teliti dan diekstrak dari sisik Ikan Merah.
  • Memberi lebih daripada kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk Ekstrak biji Camelia Japonica,
  • Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6.
  • Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi. 
  • Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

SUSTAINED RELEASE VITA-C - Mengatasi Radikal Bebas untuk Kulit yang Sihat

  • Produk semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut.
  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

GLA COMPLEX - Kekalkan Kelembapan Kulit 

  • Diperolehi daripada minyak borage yang tulen, semula jadi dan tinggi dengan GLA (17%-25%) dalam cara yang mudah dihadam.
  • Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.


TESTIMONI THE RADIANT 4






Berminat untuk mendapatkan SET THE RADIANT 4 ini bolehlah ORDER SINI atau dengan menghubungi Feni :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

October 12, 2017

JERAWAT MAKIN BANYAK SETELAH MAKAN ALFALFA


Assalamualaikum semua. Hari ni Feni nak share tentang seorang kawan Feni yang ambil Alfalfa sebab nak detox badan. Resdung banyak sangat di hidung sampai nak hidu bau pun tak berbau. 

Mula-mula dia amalkan Alfalfa, jerawat tumbuh dengan banyaknya di muka dan badan. Dia call Feni tanyakan kenapa macam ni. Feni pun suruh dia kurangkan dos dan minum air kosong banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Dia ikut nasihat yang Feni bagi.

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat bagus untuk kesihatan. Ini adalah antara kebaikan Alfalfa yang membantu kesihatan.


Jerawat banyak tumbuh setelah mengamalkan Alfalfa adalah salah satu proses body adjustment atau healing crisis. Kira macam membetulkan kembali apa yang tak betul dalam badan kita la.

Alfalfa Complex merupakan agen detox yang membantu membuang toksin dalam badan kita. Toksin ni akan keluar melalui proses perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau kulit. Jerawat adalah salah satu tanda proses detox. Toksin keluar melalui jerawat (kulit). Bila dah keluar semua, kulit akan kembali pulih macam biasa. Selalunya proses ni ambil masa untuk kembali cantik. Bak kata orang nak cantik perlukan masa.

Testimoni Pengguna Alfalfa






CARA MENGAMALKAN ALFALFA 

Selalunya Feni akan pm secara personal cara-cara makan suplemen ni supaya tiada masalah di kemudian hari. Maksimum sehari adalah 10 tablet. Namun ikut kesesuaian badan masing-masing.

Berminat untuk mendapatkan Alfalfa Complex bolehlah menghubungi Feni atau klik saja ORDER SINI .


Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com






October 11, 2017

6 PETUA UNTUK MENGATASI JERAWAT MELIAR DI MUKA


PUNCA JERAWAT

Jerawat sering mencacatkan penampilan tidak kira lelaki atau wanita. Paling parah kemunculannya boleh menyebabkan keyakinan diri semakin menurun sehingga boleh menjejaskan emosi. Jom ikuti beberapa petua untuk mengatasi masalah jerawat yang tumbuh segar di muka.


1. KAWAL PEMAKANAN

Ada orang kata bila makan kacang tanah, makanan berminyak dan bergorang lebih mudah jerawat tumbuh. Jadi untuk mereka yang ada masalah alahan terhadap makanan seperti kekacang hendaklah elakkan makan makanan yang mengandungi kacang. Seeloknya lebihkan sayuran dan buahan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan disamping itu mengelakkan jerawat tumbuh lebih banyak.


2. BIARKAN IA SEMBUH

Selalunya bila jerawat tumbuh di muka ni, tangan mesti gatal nak kutis-kutis dan pegang-pegang. Paling geram rasa nak je picit jerawat tu. Dinasihatkan supaya JANGAN ! Bila kita picit jerawat tu boleh menyebabkan kesan parut yang lambat untuk hilang. Jadi biarkan ianya sembuh dengan sendiri.

3. KAWAL TEKANAN

Stress atau tekanan adalah salah satu punca terjadinya jerawat. Jadi kawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan baik. 

4. CARA TRADISIONAL


Antara petua tradisional untuk mencegah jerawat ialah dengan menggunakan KULIT KAYU MANIS. Caranya cukup mudah, kisarkannya dann ambil sesudu kecil, campurkan dengan air dan sapukan pada wajah. Jadikan macam scrub. Ia juga boleh memudarkan kesan parut jerawat dan membuang sel kulit mati.

5. JAGA KEBERSIHAN DIRI


Ini sangat penting bukan sahaja untuk bahagian muka. Bila satu badan bersih secara tak langsung bahagian muka juga akan bersih. Gunakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka. Jangan gunakan sabun mandi untuk mencuci muka.

6. AMALKAN SUPLEMEN 


Suplemen adalah makanan tambahan yang penting untuk membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Maklumlah kadang-kadang kita ni makan pun tak tentu masa. Makan pulak banyak di kedai dan kebanyakannya segera. Jadi pengambilan suplemen boleh membantu dalam mendapatkan kulit yang diimpikan. Cadangan suplemen untuk kulit adalah ESP, Vitamin C, Vitamin E dan Collagen Powder.



Jadi jomlah amalkan petua mudah ni ya. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan SUPLEMEN UNTUK KULIT ni bolehlah kontek Feni atau ORDER SINI.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


October 10, 2017

SESI MERAPU MERABAN

2 hari pergi BSN sebab nak buat akaun baru tapi tak berhasil. Semalam pergi nak update buku lama. Last-last dia kata tak wujud. Kuang hajooo. Jangan la cakap tak wujud. Cakap je dah expired. Mati dah akaun ni. Ewahh pandai la aku. Ampunnn.

Hari ni second time aku dengan nadia berjalan kaki membakar lemak untuk membuka akaun BSN yang baru. Last-last dia mintak nak Letter Offer from ofis dengan bil utility. Amboi-amboi. 2 kali mak jemah jalan tapi bersabar jela dia kata syarat dari bank Negara. Okey.

Esok kita cuba lagi kt BSN Batu 9 Hulu Langat. Harapnya takde masalah la lagi. Bila nak marah ingat "setiap kesulitan itu ada kesenangan'. InshaAllah kalau ade rezeki ada lah. Kita ni manusia hanya mampu merancang. Kalau Allah tu kata ada rezeki aku. Takkan kemana.

Bila pikir-pikir jadi stress jadi apa pun berbalik kembali pada Allah. Kita dah usaha yang terbaik. Esok bila dah berjaya akan kenang balik susah senang nak menuju kejayaan. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Ingat Allah hati akan jadi lebih tenang.

Menulis ni untuk mengubati hati sendiri

Mudahnya Bisnes Dengan Adanya Shaklee2u

Bila stok di rumah tak banyak hari ni. Mak Jemah dapat order Alfalfa botol besar. Dia pm melalui wassap. Dia cakap dah cuba Alfalfa ni lama dah. Dah bertahun-tahun. Nak bajet dia pilih botol besar. Sebotol Alfalfa (s) mengandungi 330 tablets berharga RM57.50 manakala Alfalfa (L) mengandungi 700 tablet berharga RM102.50. Memang berbaloi ambil yang besar sebab jumlah kuantiti yang lebih dan harganya lebih murah.

Dengan shaklee2u mudah je. Guna handphone pun boleh asalkan ada internet dan boleh dibuat dimana saja.


Feni suka buat bisnes Shaklee sebab ianya memang tidak memerlukan modal yang besar. Gunakan apa yang ada je. Kalau ada modal lebih bolehlah simpan stok sikit-sikit di rumah. Mana tau ada yang nak segera secara COD.

Mula-mula terdetik nak buat bisnes Shaklee ni sebab memang betul-betul rasa kesan kebaikan produk ni. Benda yang baik memang harus dikongsi bersama. Selain mendapat kesihatan yang baik, ia juga mampu membantu menjana pendapatan. Tak sangka tiap-tiap bulan masa orang lain dah kehabisan duit gaji. Feni masih ada wang yang masuk hasil promot dan jual produk Shaklee.

Tengah-tengah bulan bonus Shaklee akan masuk melalui akaun yang kita daftar. Bagi Feni, bonus ni akan masuk akaun Maybank. Jadi bila tengah bulan dalam 14 atau 15 haribulan bonus akan masuk tapi ikut performance la. Kalau banyak sales tu banyak la dapatnya. 

Alhamdulillah setakat ni bonus tidak mengecewakan. Hihi.

Berbalik kembali kepada website shaklee2u ni. Kat sini ada macam-macam info. Nak tengok member message, GE, Bonus, Transfer UV, Nak new sign up, shopping, akaun sendiri, kalendar, resources center dan e-sell. Feni suka resources center tu sebab sega info pasal produk banyak kat situ. Jadi boleh study. E-sell pulak kita boleh create masukkan link dalam blog. Bila orang nak beli je produk kita boleh terus klik je link e-sell tu. Sangat mudah nak jana pendapatan. 


Macam Feni kan banyak buat online seperti sharing di FB, instagram, twiter dan blog. Bila ada order masuk melalui wassap atau messeger. Diorang akan terus bank in duit ke akaun Feni dulu. Feni akan terus buat order melalui shaklee2u ni la.

Klik di bahagian SHOPPING akan keluar macam gambar dibawah :-

Contohnya: penerima namanya Safeni. Just key in nama dan detail customer. Mudah je.


Bila dah siap buat bayaran kita boleh semak balik segala order kita melalui historical order. Bayaran kalau shopping dengan Shaklee2u ni dibuat melalui kredit atau debit card. Debit card make sure kena ada duit dalam akaun. Kalau tak tak boleh shopping. Hihi.


Untuk menyemak order atau consignment note yang dihantar kepada customer, semua di historical order ni. Kalau macam dekat area KL ni. Hari ni order esok dah sampai. Kalau jauh sikit dalam 2 ke 5 hari bekerja. Ikut tempat.

Kos untuk pos bagi produk Shaklee ni Semenanjung Malaysia RM10.60 manakala Sabah dan Sarawak RM21.20. Namun belian melebih 200uv akan dapat PERCUMA POSTAGE. 200uv ni dalam RM800.00 dan keatas. Jadi kalau nak simpan stok dan modal lebih eloklah biar sampai lebih 200uv. 

Syarat nak shopping melalui shaklee2u ni kenalah jadi ahli shaklee dulu. Pendaftaran hanyalah RM79.50 ataupun dengan belian 200uv ke atas dapat keahlian secara PERCUMA.

Alhamdulillah Feni dah jumpa dengan bisnes yang sesuai dengan Feni untuk masa ni. Selain flexible dan sangat menguntungkan. Ia juga banyak mengajar tentang marketing dan bisnes secara online dan offline. Paling best sahabat-sahabat dalam group banyak saport antara satu sama lain.

Kami banyak belajar tentang amalan-amalan menjemput rezeki dan berusaha lebih baik untuk mendapatkan apa yang kami impikan. 

Sekiranya ada juga kalangan yang membaca entry ni yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan menjana pendapatan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...