October 10, 2017

Mudahnya Bisnes Dengan Adanya Shaklee2u

Bila stok di rumah tak banyak hari ni. Mak Jemah dapat order Alfalfa botol besar. Dia pm melalui wassap. Dia cakap dah cuba Alfalfa ni lama dah. Dah bertahun-tahun. Nak bajet dia pilih botol besar. Sebotol Alfalfa (s) mengandungi 330 tablets berharga RM57.50 manakala Alfalfa (L) mengandungi 700 tablet berharga RM102.50. Memang berbaloi ambil yang besar sebab jumlah kuantiti yang lebih dan harganya lebih murah.

Dengan shaklee2u mudah je. Guna handphone pun boleh asalkan ada internet dan boleh dibuat dimana saja.


Feni suka buat bisnes Shaklee sebab ianya memang tidak memerlukan modal yang besar. Gunakan apa yang ada je. Kalau ada modal lebih bolehlah simpan stok sikit-sikit di rumah. Mana tau ada yang nak segera secara COD.

Mula-mula terdetik nak buat bisnes Shaklee ni sebab memang betul-betul rasa kesan kebaikan produk ni. Benda yang baik memang harus dikongsi bersama. Selain mendapat kesihatan yang baik, ia juga mampu membantu menjana pendapatan. Tak sangka tiap-tiap bulan masa orang lain dah kehabisan duit gaji. Feni masih ada wang yang masuk hasil promot dan jual produk Shaklee.

Tengah-tengah bulan bonus Shaklee akan masuk melalui akaun yang kita daftar. Bagi Feni, bonus ni akan masuk akaun Maybank. Jadi bila tengah bulan dalam 14 atau 15 haribulan bonus akan masuk tapi ikut performance la. Kalau banyak sales tu banyak la dapatnya. 

Alhamdulillah setakat ni bonus tidak mengecewakan. Hihi.

Berbalik kembali kepada website shaklee2u ni. Kat sini ada macam-macam info. Nak tengok member message, GE, Bonus, Transfer UV, Nak new sign up, shopping, akaun sendiri, kalendar, resources center dan e-sell. Feni suka resources center tu sebab sega info pasal produk banyak kat situ. Jadi boleh study. E-sell pulak kita boleh create masukkan link dalam blog. Bila orang nak beli je produk kita boleh terus klik je link e-sell tu. Sangat mudah nak jana pendapatan. 


Macam Feni kan banyak buat online seperti sharing di FB, instagram, twiter dan blog. Bila ada order masuk melalui wassap atau messeger. Diorang akan terus bank in duit ke akaun Feni dulu. Feni akan terus buat order melalui shaklee2u ni la.

Klik di bahagian SHOPPING akan keluar macam gambar dibawah :-

Contohnya: penerima namanya Safeni. Just key in nama dan detail customer. Mudah je.


Bila dah siap buat bayaran kita boleh semak balik segala order kita melalui historical order. Bayaran kalau shopping dengan Shaklee2u ni dibuat melalui kredit atau debit card. Debit card make sure kena ada duit dalam akaun. Kalau tak tak boleh shopping. Hihi.


Untuk menyemak order atau consignment note yang dihantar kepada customer, semua di historical order ni. Kalau macam dekat area KL ni. Hari ni order esok dah sampai. Kalau jauh sikit dalam 2 ke 5 hari bekerja. Ikut tempat.

Kos untuk pos bagi produk Shaklee ni Semenanjung Malaysia RM10.60 manakala Sabah dan Sarawak RM21.20. Namun belian melebih 200uv akan dapat PERCUMA POSTAGE. 200uv ni dalam RM800.00 dan keatas. Jadi kalau nak simpan stok dan modal lebih eloklah biar sampai lebih 200uv. 

Syarat nak shopping melalui shaklee2u ni kenalah jadi ahli shaklee dulu. Pendaftaran hanyalah RM79.50 ataupun dengan belian 200uv ke atas dapat keahlian secara PERCUMA.

Alhamdulillah Feni dah jumpa dengan bisnes yang sesuai dengan Feni untuk masa ni. Selain flexible dan sangat menguntungkan. Ia juga banyak mengajar tentang marketing dan bisnes secara online dan offline. Paling best sahabat-sahabat dalam group banyak saport antara satu sama lain.

Kami banyak belajar tentang amalan-amalan menjemput rezeki dan berusaha lebih baik untuk mendapatkan apa yang kami impikan. 

Sekiranya ada juga kalangan yang membaca entry ni yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan menjana pendapatan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI 3 HARI 2 MALAM

Alhamdulillah percutian kami kali ni lebih seronok sebab pergi bersama keluarga suami. Mak mertua, ayah mertua, adik beradik suami serta ipar duai. Tak cukup corum bila satu family adik ipar tak join sebab anaknya masih kecil lagi.

Kami bergerak awal ke KLIA sebab takut jem. Maklumlah jalan rumah kami ni masih belum dinaik taraf lagi. Jadi terpaksa bersesak ditambah dengan kami pergi waktu hari kerja. Lagi teruk jemnya.

Kami parking kereta di hentian Putrajaya sebab bayaran parkingnya tak mahal. RM4.00 sehari. Kalau parking di KLIA dengar cerita sampai RM50.00 sehari. Jadi untuk menjimatkan kos kami parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA. Tambang kami untuk 4 orang (2 dewasa 2 kanak-kanak) jumlahnya RM27.20. Kalau pergi balik semuanya RM54.40. Jadi boleh bajet siap-siap berapa kos untuk berjalan.

Kami sampai awal di Hentian Putrajaya dalam pukul 7.50 pagi. Sarapan siap-siap di situ barulah beli tiket dan terus ke KLIA.




Sementara menunggu waktu Check-In kami sibuk berwefie bersama-sama. Merakamkan kenagan untuk kali ni. Maklumlah semuanya tak pernah naik kapal terbang. Hanya 2 orang je yang pernah.




Beg kami. Yang belum diwrap. 

Aktiviti kami hari pertama selepas sampai di Langkawi ialah cari makan dulu. Mula nak pergi makan kat tempat yang kawan-kawan suggest. Cari punya cari tak jumpa. Tutup ke ape tak tahu. Last-last kami makan je kat kedai makan yang kami jumpe. Alhamdulillah sedap dan murah. Ayah mertua belanja. Hihi

Kemudian kami gerak ke UnderWaterWorld. Kami di situ dalam sejam je. Pukul 6 waktu last masuk. Kemudian baru balik Check In Apartment. Kami bermalam di Perdana Beach Resort. Kami masuk dalam pukul 7.30 malam. Mandi, solat dan berehat. Malam kami keluar jalan-jalan amik angin ke pantai Chenang. Tapi tak turun kereta pun sebab anak-anak dah tidur. Balik rumah dalam pukul 11.00 malam terus boom tidur sampai pagi. 

06/10/2017- Jumaat
Bangun awal pagi dan bersarapan di rumah. Abang Fairus beli roti canai, nasi bungkus dan kuih muih di kampung seberang jambatan berdekatan dengan apartment yang kami tinggal.

Pukul 8.00 kami terus bergerak ke tempat Cable Car.



Kami semua naik cable car ni kecuali mak sebab dia takut. Puas jugak memujuk dia tak mahu. Last-last dia duduk je bawah sorang.

Perasaan bila naik cable car ni mula-mula rasa relax je. Sampai kat tengah memang nak tercabut jantung bila tengok dia punya cable tu mencacak naik ke atas. Adoi pejam mata. Namun sempat juga merakam beberapa gambar kenangan di sini walaupun kaki macam cramp tak boleh jalan.





Mereka berempat ini sungguh berani kerana berjaya turun naik tangga nak pergi ke jambatan. Kami tunggu di atas.



Mak Yong hamil 4 bulan tidak mahu mengalah.

Sky Cab ni start pukul 9.00 pagi. Kami ambil masa dalam 2 jam duduk di atas. Dalam pukul 11.00 kami turun bawah. Pengalaman ni tak datang banyak kali. Jadi alhamdulillah dah pun merasa. Kami pilih pagi sebab takut cuaca petang hujan. Kalau hujan atau ribut atau berangin memang tak boleh naik cable car ni.

Next, kami ke 3D. kat sini ambil masa yang lama jugak la sebab ramai orang. Nak bergambar kena tunggu turn. Kami banyak ambil gambar disini. 




Kemudian kami terus ke Taman Buaya.

Masa ni lepas makan, jadi masing-masing dah penat dan mengantuk. Ada yang sakit kepala sebab panas semua ada.

Lepas ke Taman Buaya kami teruskan ke Langkawi Wildlife Park. Kat sini boleh tengok macam-macam haiwan. Anak-anak paling suka. Tetap meneruskan perjalanan walaupun masing-masing dah penat.















Di WildLife ni kita akan diberi voucher untuk claim makanan haiwan. Boleh claim di kaunter makanan. Mereka akan bagi makanan haiwan macam kacang, kuaci, pilet dan carrot. Bila lalu di kandang haiwan tu bolehlah bagi makan. Setiap sangkar atau kandang tu akan tulis dia makan apa. Jadi kita bagi lah makan ikut apa yang haiwan tu makan.


Lepas tu kami gerak ke HIG untuk shopping coklat. Sampai kat HIG pun dah senja. Shopping sikit-sikit terus balik tempat menginap. 

Sebelum tu kami ke Pekan Kuah dulu nak ambik gambar dengan helang.



07/10/2017 - Sabtu

Bangun awal pagi untuk ke Pantai Chenang. Kami keluar dari rumah pukul 8.00 pagi. Cari makan di kedai yang jumpa di tepi jalan. Macam biasa kami makan roti arab dan nasi campur. Ikut selera masing-masing.


Datang Langkawi tak pergi pantai sungguh rugi. Jadi kami pun ambik masa sejam disini. Anak-anak tak lepas peluang mandi dan main korek pasir.


Dalam pukul 10.00 pagi kami gerak balik ke apartment sebab nak mandi kolam pulak. Mandi kolam pun tak lama sebab nak bersiap untuk balik.




Perkara yang best memang ambik masa yang singkat je kan. Rasa tak cukup 3 hari bercuti. Nak-nak pulak bila bersama family tersayang.

Lepas mandi kolam terus naik dan bersiap untuk pulang. Pukul 12. Kami dah ready untuk check out. Terus ke airport sebab nak terus check in. Flight kami delay. Pukul 3 lebih baru terbang. Kami sampai di KLIA pukul 4.50 petang.

Alhamdulillah percutian keluarga yang best dan inshaAllah ada rezeki kami akan kembali lagi ke Langkawi.

October 4, 2017

SUPLEMEN YANG MEMBANTU KESIHATAN KULIT



Sebelum kenal dengan produk suplemen ni memang Feni tak tahu pun kepentingan makan suplemen. Namun sejak beranak pinak dan hidup semakin berubah. Terdesak untuk menambah stok EBM untuk Adik Rayyan masa tu menyebabkan Feni mencuba Alfalfa dan ESP sebagai milk booster. 

Tak sangka lepas mengamalkan ESP dan Alfalfa, susu menjadi meriah dan dapat kumpul stok EBM. Sehinggalah hari ni Adik Rayyan yang berumur hampir 3 tahun pun masih menyusu badan.

Lepas pantang, Feni tambah suplemen Vitamin C sebab nak kuatkan imun diri sendiri dan juga Adik Rayyan. Maklumlah lepas pantang terus masuk kerja. Pergi dan balik kerja pulak dengan motor. Tau sajalah keadaan jalan bila naik motor ni. Terdedah pada habuk dan debu. Mudah kena sakit dan kulit pun nampak kusam dan tak bermaya.

Bila dah beranak ni masa sangatlah berharga. Dah takde masa dah nak mekap lama-lama. Sibuk uruskan anak-anak je. 


KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE



KEBAIKAN ESP SHAKLEE




TESTIMONI DIRI SENDIRI YANG TELAH MENGAMALKAN SET CANTIK SEJAK TAHUN 2015



Bila tengok gambar-gambar lama, gelak besar mengalahkan pontianak. Ya Allah teruknya muka Feni dulu.

2011

Kulit kusam dan tidak bermaya
Tona kulit tidak sekata
Parut jerawat dan jeragat

2017

Kulit semakin sihat dan gebu
Tona kulit sekata
Parut jerawat dan jeragat hilang

Alhamdulillah sejak amalkan suplemen ni secara konsisten, masalah kulit kusam dan tidak bermaya ni selesai. Nak keluar tanpa mekap pun senang hati sebab memang tak suka mekap pun. Kalau mekap pun time-time ada event atau pergi kenduri. Kalau setakat nak lepak kedai mamak memang tak mekap la.

Untuk yang berminat untuk mendapatkan produk SHAKLEE atau membuat pesanan bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...