September 7, 2017

CARA HILANGKAN BIJI KOLESTROL BAWAH MATA


Biji kolestrol bawah mata memang mencacatkan penampilan seseorang itu. Masalah kolestrol ini sering dialami oleh golongan yang mula berumur 30 tahun ke atas. Keluarnya biji kolestrol di bawah mata adalah salah satu tanda badan banyak kolestrol dalam badan.

Bahaya kolestrol ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan perjalanan darah menjadi tidak lancar. Kolestrol yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya seperti sakit jantung. 

Antara tanda badan banyak kolestrol :-
✿ Badan cepat letih
✿ Cepat sakit kepala kerana perjalanan darah tidak lancar
✿ Mudah semput
✿ Emosi terganggu
✿ Sukar untuk bernafas

Cara untuk menghilangkan biji kolestrol ialah :

✿ Minum air kosong secukupnya kerana air sangat penting dalam melancarkan perjalanan darah.
✿ Buat detox untuk badan. Ini secara tak langsung membantu dalam mengurangkan masalah kolesterol.
✿ Untuk luaran bolehlah menyapu losyen atau pun pelembab bagi menghilangkan biji kolesterol. 
✿ Makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
✿Amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, jaga makan dan elakkan minum minuman keras.
✿ Makan makanan yang kurang lemak.
✿ Seeloknya amalkan makanan yang dimasak melalui cara panggang, rebus atau stim yang tidak mengandungi banyak minyak.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENGHILANGKAN BIJI KOLESTROL



Hubungi Feni untuk info lanjut dan membuat pesanan :-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 6, 2017

EPISOD MAKAN-MAKAN IKAN BAKAR PAK DIN TANGLIN

Hari ni muka senyum lebar sebab boleh terlepas pergi makan jauh-jauh sikit dari opis. Haha. Sebenarnya kami dah plan dari semalam nak pergi makan ikan bakar di Tanglin. Nak pergi sana kena ada transport sebab takde pengangkutan awam Teksi adalah.

Jadi hari ni kami bertiga Mak Jemah, Kak Diana dan Nadia pergi dengan kereta Nadia. Nadia yang drive. Macam formula one macam mana tu. 


Jalan agak lancar sebab kami keluar awal. Mak Jemah nak duduk belakang sebab nak feeling like mem githewww. 

Sampai situ kami tengok ramai dah orang beratur nak ambil nasi. Mak Jemah first time makan kat sini. Kak Diana yang dah berkali-kali makan yang dok tunjuk itu ini. Rupanya nak ambik ikan bakar kat belakang kedai. Banyak meja disediakan di belakang. Kami pun beratur tunggu meja sebab masa sampai tu memang dah ramai orang. Alhamdulillah ada satu meja kosong.

Kami ambil nasi separuh je konon nak makan sikit. Pilihan kami ialah ikan kembung  bakar dan ikan pari bakar. Yummy. Mulanya ambil satu satu je. Kemudian bila dah makan rasa macam tak cukup. Nasi dah habis. Pergi ambil pulak ikan pari untuk ratah. Dia punya sos, memang terbaik.

Gambar ikan bakar tak sempat nak ambik sebab perut dah lapar. 

Nahhhhh gambar pinggan yang dah licin.


Sebelum balik berphoto dulu sebagai kenangan. Thanks to Kak diana sebab suggest tempat best ni. Lainkali boleh pergi lagi. Perjalanan dari opis ke sini tak lama pun dalam 10 ke 15 minit je. Masa balik je lambat sikit sebab ada eksiden kat highway. Tapi bersyukur jugak jem kalau tak nadia bawak macam nak race. hukhukhuk.




 Apapun thanks to Kak Diana dan Nadia sebab sudi makan dengan Mak Jemah. Sebelum balik sempat beli buah-buahan yang dijual kat situ. Memang meriah la tempat ni. Sekali sekala nak ubah angin kan best. Lenkali boleh bodek bos makan kat sini. Kehkehkeh kalau berjaya la.





PROMOSI SEPTEMBER 2017

Yeah promosi Shaklee kembali menghangatkan musim-musim perayaan ni. Khas untuk mereka yang ingin sentiasa nampak cantik dan menawan. Kalau bulan lepas promosi Omega Guard dengan belian 5 botol layak dapat e-voucher RM20.00 sebanyak 3 keping. Jumlah keseluruhan ialah RM60.00.


Jimat berganda-ganda jika mendaftar sebagai ahli. Sekiranya berminat untuk mendapatkan harga ahli bolehlah mendaftar sebagai ahli dengan Feni. Promosi merdeka dengan belian melebihi 100uv dapat beli vitamin C dan Shaker dengan harga RM82.68 (termasuk GST) juga dilanjutkan.


Jom sertai keluarga besar kami untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Promosi ini hanya sah sehingga 30 September 2017 sahaja. Mengikut terma dan syarat.

Hubungi Feni untuk maklumat lanjut:-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 5, 2017

BERUBAHLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA

Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melalui banyak sangat dugaan untuk lebih mematangkan diri. Alhamdulillah syukur Allah telah beri hidayah terlebih awal. Bila berborak-borang dengan sahabat tentang aurat, sangat malu dengan diri sendiri. Dulu betapa jahilnya aku.

Bila melihat gambar-gambar lama alangkah malunya. Berpakaian tidak seperti seorang muslimah sejati. Bertudung tapi pakai baju lengan pendek. Betapa aku mempersendakan tentang aurat itu. Hari ini, Allah bagi hidayah supaya terus berubah ke arah kebaikan. Semoga aku terus istiqamah.

Mujur dulu aku tidak terlalu gemar untuk menonjolkan diri di media sosial. Status pun hanya berkisarkan tentang diri sendiri dan keluarga. Betapa tulisan aku dulu terlalu mengikutkan emosi dan hanya pentingkan diri sendiri. Hari ini aku belajar erti kehidupan bahawa hidup ini bukan tentang kita sahaja.

Banyak benda yang perlu kita hadapi untuk mencapai apa yang kita impikan. Alhamdulillah Allah sentiasa dengar doa-doa hambanya. Cuma Dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengabulkan segala permohonan hambanya.

Aku yang hina. Sentiasa lupa dan leka namun sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik. Terima kasih dengan nikmat ini.

VITAMIN UNTUK PESAKIT GOUT

Hanya mereka yang mengalami sakit gout saja yang tahu betapa seksanya derita penyakit ini. Nak berpijak pun sakit apatah lagi mahu berjalan seperti orang normal.

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


TANDA GOUT 

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. 
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. 
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. 
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. 
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. 
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. 
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. 
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan minuman keras 
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. 
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout 
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan 
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal. 
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat. 

VITAMIN UNTUK PESAKIT GOUT



Vivix 

Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

Omega Guard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

Alfalfa

Untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

Performance drink

Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

B-Complex

B-Complex adalah nutrien yang perlu untuk metabolisme asd urik di dalam hati.
Gla-Complex
Gla adalah anti-oksidan yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Menghalang jangkitan dan mengekalkan kesihatan.

Vitamin C

Berperanan untuk menyekat enzim xanthine oxidase dari menghasilkan asid urik yang bahaya kepada pesakit gout.

Berminat untuk mendapatkan Vitamin Untuk Pesakit Gout ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

August 29, 2017

KESAN KEKURANGAN ZAT BESI UNTUK ANAK KECIL

Masalah anemia / kekurangan zat besi bukan hanya berlaku pada wanita hamil. Tp juga pada anak yg sedang membesar.
Apakah bakal terjadi pada anak kecil yg anemia. Apakah set vitamin yg dicadangkan utk anak2 yg ada masalah ini?

Masalah anemia atau kurangnya zat besi bukan hanya berlaku pada wanita hamil. Anak yang sedang membesar juga berisiko mengalami kekurangan zat besi.

Zat besi sangatlah penting untuk pertumbuhan tubuh dan otak bayi Anda. Zat ini membantu pembentukan sel darah merah. Ia juga berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh.

KESAN KEKURANGAN ZAT BESI

  • Keletihan
  • Hilang fokus
  • Sesak nafas
  • Masalah pertumbuhan terganggu

MAKANAN YANG MENGANDUNGI ZAT BESI

  • Sayur-sayuran hijau
  • Daging
  • Ayam
  • Ikan

SUPLEMEN YANG MEMBANTU MENINGKATKAN ZAT BESI ANAK



KEBAIKAN MEAL SHAKES UNTUK ANAK

  • Merupakan nutrisi lengkap yang mengandungi 24 jenis Vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Kaya dengan protin yang membekalkan nutrisi kepada sel tubuh.
  • Membantu memulihkan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Mengandungi asid folic, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membantu proses untuk membesar.
  • Mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc dan Selenium bersifat anti oksida yang bertindak untuk melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengandungi Vitamin B lengkap, zat besi dan Copper yang cukup untuk membina sel darah merah yang sihat disamping menghasilkan kulit dan wajah lebih cantik.
  • Sumber pemakanan yang mengandungi serat dan protin yang terbaik.
  • Ianya juga kaya dengan sumber kalsium.
Berminat untuk mendapatkan Meal Shakes sebagai suplemen untuk anak anda bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

SET CANTIK GOJES KEGEMARAN SAYA

Bila ditanya apakah set kegemaran Mak Jemah, sudah tentu Mak Jemah akan jawab Set Cantik Gojes. Set ini mengandung 3 produk hot Shaklee iaitu ESP, Vitamin C dan Vitamin E.


Kalau nak cerita semua produk Shaklee memang best. Mula jatuh cinta dengan produk Shaklee sebab nak susu badan meriah. Masa tu cuba Alfalfa dan ESP. Pastu lama-lama rasa nak cuba Vitamin C dan Vitamin E sebagai tambahan. Sampai sekarang dok amalkan Vitamin ni.

Vitamin E tu best sangat sebab ianya anti-oksidan yang membantu melembabkan kulit. Bila konsisten makan, kulit muka yang dulu selalu kering jadi macam lembab je. Bukan berminyak tau. Nampak glowing gitu walaupun tak pakai pelembab.

Vitamin C tu dah tentu sangat bagus untuk kulit. Bukan sahaja untuk muka, malah sattu badan pun halus dan cantik.

Sekira anda juga berminat untuk mencuba SET CANTIK GOJES ni bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...