Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
January 16, 2017
Bila Aktiviti Menggemukkan Diri
Khamis lepas bila kakak ipar nak belanja makan dessert kat restoran Itali. Memang best dan tak lepaskan peluang.
Satu mangkuk dessert ni share 2 orang. Haha rasanya ishk ishk ishk taknak telan. Nak je kemam dalam mulut. Kihkihkih.
Sementara menunggu hidangan yang di order sampai. Waiter hidangkan kami dengan roti dan sos yang dibuat dengan cuka epal dan minyak zaitun.
Snap gambar sekeping dalam restoran sebagai kenangan.
January 15, 2017
Krim Ajaib Serbaguna Untuk Semua Peringkat Umur
Krim ajaib serbaguna ni patut disimpan oleh setiap keluarga terutamanya yang ada anak-anak kecil. Krim ini sesuai dibuat losyen untuk melembutkan kulit bayi.
Penggunaannya sangat menjimatkan kerana hanya perlu picit sikit dan sapu ke tempat yang perlu.
Untuk bayi pulak krim ini sangat selamat kerana tidak mengandungi bahan-bahan terlarang. Ianya diperbuat daripada sumber semulajadi dan selamat.
Kulit kaki yang kering dan kasar memang merimaskan. Kadang-kadang bila pakai stoking pun melekat-lekat bulu stoking di kaki. Jadi gunakan herbal blend sebagai losyen untuk menghaluskan kulit kaki.
TESTIMONI HERBAL BLEND:-
Tangan yang alergik disebabkan pencuci pinggan yang berbahan kimia pulih dengan sapu herbal blend.
Jerawat mengecut setelah disapu herbal blend.
Ruam anak tiada setelah disapu dengan herbal blend.
Penggunaan herbal blend tidak terhad untuk bayi sahaja. Malah seisi keluarga boleh menggunakan herbal blend sebagai krim atau losyen. Warga emas yang selalu lenguh-lenguh juga digalakkan menggunakan herbal blend kerana ianya tidak berminyak dan mudah diserap oleh kulit.
Selalunya kalau nak melancong ke mana-mana harus bawa herbal blend sebagai krim untuk waktu-waktu kecemasan.
Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
January 13, 2017
Hasil Menabung Duit Syiling Di Pejabat
Petang ni feeling free nak kira berapa jumlah duit syiling yang berjaya disimpan di ofis. Kalau kat rumah memang banyak la sebab masuk tabung anak-anak. Ini yang sendirian berhad punya. Haha tak banyak pun.
Ini untuk melatih diri menabung sebab memang duit tak lekat sokmo. Haha. Ada je duit ada je benda nak beli kan.
Taraaa. Ini adalah jumlah yang berjaya di simpan.
Banyak yang warna emas kan. Mula-mula plan nak simpan yang warna emas je tapi bila dompet dah banyak duit syiling. Berat nak bawak simpan la sekali dalam ni. Hasilnya ada jugak.
Orang kata sikit-sikit lama jadi bukit. InshaAllah lepas ni kalau dah penuh boleh la buat apa-apa atau simpan dalam bank. Ahaks.
Semoga tahun ni bos naikkan gaji kami semua pekerja yang berdedikasi ini. Bila dapat gaji lebih maka tabungan pun inshaAllah akan lebih.
2017 ni harap-harap hidup lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Abang Aus dah bersekolah dan Adik Rayyan dan 2 tahun.
Menabung untuk masa depan anak-anak.
January 12, 2017
7 Testimoni Vivix dan Diabetis
Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok atau angin ahmar, jantung, kanser, darah tinggi, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.
Jenis-jenis kencing manis
Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).Kencing Manis Jenis 1 – “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.
Kencing Manis Jenis 2 – “Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)
Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.
Testimoni Pengamal Vivix dan pesakit diabetis :-
Paras gula dalam darah turun tanpa makan ubat
11 tahun menghidap kencing manis
Tak perlu buat dialisis dan bebas diabetis
Tak habis sebotol bacaan gula dalam darah turun.
Untuk kesihatan secara menyeluruh
Mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi boleh amalkan Vivix dari awal sebagai suplimen harian untuk membantu melawan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Pengambilan Vivix adalah sebagai langkah untuk menjaga kesihatan dari awal. Vivix selamat diamalkan oleh semua golongan lelaki dan wanita.
Dapatkan Vivix anda hari ini dengan menghubungi Feni.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
January 10, 2017
Vivix untuk Kesihatan
Bagaimana VIVIX berfungsi?
>Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
>Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
>Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
>Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia
Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.
Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lemah
Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
Cell Performance : meningkatkan prestasi sel
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
10 Kebaikan VIVIX
1) Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser daripada menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dalam proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit serius, antaranya:
(Berdasarkan testimoni pengguna)
• Diabetes / Kencing manis
• Strok
• Katarak dan masalah mata
• Tekanan Darah Tinggi
• Masalah saraf
• Kayap
• Batuk berpanjangan
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang (lutut dan pinggang)
• Resdung
• Bengkak jantung
• Letih (memberi tenaga)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut dan kusam)
• Rambut kembali hitam (uban)
• Rambut gugur
• Kolestrol tinggi
• Masalah selera makan
• Asma
• Sembelit di kalangan warga emas
• Angin dalam badan
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
• Perokok
• Masalah kelenjar tiroid
• Kanser dan tumor
• Cyst
• Penyakit SLE
• Kudis
• Gout
• Alzheimer atau nyanyuk
• Metabolisme badan rendah
• Masalah berat badan
• Awet muda
• Fibroid
• Alergik
• Tibi
• Wanita berpantang
• Breast lump
• Kerap ulser mulut
• Keputihan
Vivix bertindak dalam 4 cara:
cell defence
cell energy
cell repait
cell performance
Vivix juga tinggi kandungan polofenol dan resveratrol secara serentak, yang tak sama macam dalam suplemen lain.
Shaklee juga dah patentkan vivix ni.
Kerana ia dijaga dari awal pembuatan,selain menggunakan teknologi,kepakaran saintis, ia juga menggunakan kaedah mengambil jus menggunakan air sejuk, bagi mengekalkan mutu. Biasanya,jus akan diperah guna air panas, so dapat lebih byk jus kan, tapi vivix tak.
ada 3 benda yang di patent oleh vivix
Vivix ni juga boleh memendekkan masa telomeres menua iaitu salah satu part dlm DNA kita. Dia kan ikat DNA supaya tak tercabut.
Analogi: tali kasut. hujung tali kasut tu ade plastik yang akan pastikan tali kasut tu tak terburai kan.Jadi, dalam DNA,ia dipanggil telomeres.
Penuaan akan berlaku bila telomeres ni memendek. Telomeres ni memendek disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah radikal bebas dan juga disebabkan oleh penuaan. Bila telomeres memendek ni lah yg akn menyebabkan tanda-tanda penyakit dan penuaan berlaku
DNA ni ada jujukan die kan, kalau jujukan tu semakin memendek dan tak cukup pasangan, sintesis protein tak dapat berjalan dgn baik. So,fungsi badan juga akan berubah.
Fakta:
Vivix ni juga takkan membeku walaupun diletakkan dalam freezer dan 100% tumbuhan.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
December 29, 2016
Bahan-bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik
SEBAGAIMANA kita sedia maklum, kanser telah menjadi penyebab utama kesakitan dan kematian di negara kita. Pada tahun 1970, jumlah yang dilaporkan ialah 6,254 kes, manakala pada tahun 1996, angkanya meningkat kepada 37,294 suatu jumlah yang amat membimbangkan iaitu pertambahan sebanyak 496%!
Oleh kerana itu pada Disember 1998, CAP telah membuat satu kajian asas untuk mendedahkan tentang bahan-bahan penyebab kanser dalam kosmetik dan produk kegunaan harian di war-warkan dalam Utusan Pengguna (akhbar bulanan CAP).
Di artikel tersebut pengguna dimaklumkan tentang jenis-jenis bahan kimia penyebab kanser yang terkandung dalam produk dan jenama berkenaan. Dimana isu ini menjadi satu topik hangat dan begitu popular sehingga diketengahkan dalam pelbagai rangkaian dan cara produk demi menyedarkan pengguna agar berhati-hati dan sentiasa bijak didalam memilih sesuatu produk yang hendak digunapakai.
Kajian tersebut dijalankan selama 1 1/2 tahun untuk melindungi terutama pengguna dari terus dimanipulasikan menggunakan produk yang boleh memudharatkan diri.
Satistik kajian tersebut mendapati kesemua bahan ramuan yang terkandung dalam 120 alatan kosmetik dan produk dandanan diri, cenderung mengandungi tidak kurang daripada 50 bahan penyebab kanser yang sering digunakan pengguna.
Tinjauan juga mendapati ancaman kanser terdapat dalam hampir semua jenis kosmetik dan bahan dadanan diri, antaranya buih mandian bayi, buih badan, krim cukur, gincu bibir, minyak wangi dan syampu. Dimana produk-produk tersebut boleh mengandungi sehingga 22 bahan yang berpotensi menyerapkan ratusan bahan kimia penyebab kanser menerusi kulit dan masuk ke dalam aliran darah.
Dalam tinjauan, kajian dan analisis yang dibuat keatas 120 alatan kosmetik dan barangan kegunaan harian, sekurang- kurangnya satu atau lebih daripada berikut :
* Bahan yang diketahui berkarsinogen (menyebabkan kanser) kepada manusia.
* Bahan yang mungkin dicemari bahan sampingan berkarsinogen.
* Bahan yang bertindak balas dengan kimia lain lalu membentuk karsinogen yang memudharatkan ketika penyimpanan dan penggunaan atau
* Bahan yang disyaki menyebabkan kanser di kalangan manusia atau yang dikaitkan dengan kanser melalui ujian makmal ke atas haiwan.
* Sekurang-kurangnya 60 bahan kimia berkarsinogen yang diketahui atau disyaki ditemui dalam tinjauan, kajian dan analisis terbabit.
Pemeriksaan yang dibuat ke atas 120 bahan ramuan barangan kosmetik didapati sekurang-kurangnya 50 bahan kimia berkasinogen didalamnya atau cenderung dikesan mengandunginya seperti :
* Pembayang mata boleh mengandungi sehingga 22 bahan karsinogen dan berkemungkinan karsinogen.
* Gincu bibir dan pembersih muka mengandungi 21 bahan karsinogen.
* Pewarna rambut dan syampu pula 20 bahan karsinogen.
* Losyen dan krim muka, 17 bahan karsinogen.
* Buih mandian bayi, 16 bahan karsinogen.
* Balm/pengilat bibir, 14 bahan karsinogen.
* Bedak asas dan topeng muka, 12 bahan karsinogen tiap satu.
* Krim/busa untuk pencukur dan penanggal mekap, mata, muka, 11 bahan karsinogen setiap satu produk.
* Pedandanan, 10 bahan karsinogen.
* Minyak wangi/cologne, 9 bahan karsinogen.
* Buih/krim mandian, skrub muka, ubat gigi dan gel/mousse rambut, 8 bahan.
* Losyen bayi dan pengilat kuku, 6 bahan karsinogen.
* Bedak kompak/debu,wangian selepas bercukur,sabun, 4 bahan karsinogen.
* Penyegar, pensil kening dan celak mata, 3 bahan berkasinogen.
* Maskara dan pelindung/penahan matahari, 2 bahan karsinogen tiap satu.
* Dan ubat kumur, 1 bahan karsinogen.
Kesemua bahan kimia yang menjejaskan kesihatan ini terkandung dalam barangan dan produk kegunaan harian kita. Apabila bergabung dengan pencemaran udara dan air, pengambilan ubat-ubatan dan bahan penambahan perisa makanan, pendedahan bahan kimia di tempat kerja maupun di rumah, kesemuanya faktor-faktor meningkatkan risiko kanser, selain kelemahan sistem ketahanan diri.
Menurut beberapa laporan karsinogen bahan kimia mungkin bertanggungjawab terhadap lebih banyak kes kanser berbanding radiasi.
Hasil tinjauan dan pemantauan dibuat mendapati tidak satu pun daripada label produk atau barangan yang mengandungi ramuan tersebut yang dijual, dipasarkan meletakkan jaminan keselamatan seumpamanya.
Menurut DORLAND'S Illustrated Medical Dictionary (Edisi 23) mentakrifkan karsinogen sebagai "apa juga bahan yang boleh menyebabkan kanser". Manakala The Merck Manual of Diagnosis and Therapy (Edisi ke 14, 1982) menjelaskan karsinogen sebagai "suatu bahan kimia atau agen fizikal yang berpotensi menghasilkan neoplasia, iaitu pembentukan sebarang pertumbuhan baru atau luar biasa".
Analisis, kajian dan tinjauan penyelidikan serta pemeriksaan yang dibuat bukan untuk menakut-nakutkan pengguna, malah bertujuan memberikan panduan keselamatan agar pengguna lebih teliti dan menyayangi diri sebelum terlambat, senantiasa menjadi pengguna yang berilmu, bijak dalam membuat pilihan sebelum membeli, memiliki dan menggunakan sesuatu produk atau barangan tersebut. Bak kata pepatah bijak membeli menang memakai, beringat sebelum kena dan mencegah itu lebih baik dari berubat.
Jangan kerana ingin menjaga status, mengikut trend dan gaya atau produk serta barangan itu berjenama paling gah dan mahal kesihatan kita tergadai. Tidak semestinya barangan atau produk yang berjemana dan mahal mempunyai kualiti yang tinggi dan terjamin.
Sebagai pengguna yang peka dan bijak dengan memeriksa label, tarikh luput kosmetik dan produk dandanan diri serta barangan yang hendak dibeli atau digunapakai samada berkualiti dan terjamin keselamatannya serta perlu pengetahuan serba sedikit tentang kandungan atau ramuan yang terkandung di dalamnya sebagai langkah berhati-hati dan tidak terjebak hanya kerana jenama terkemuka sesuatu produk atau barangan itu atau hanya sekadar terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan mengenai produk, barangan tersebut.
Pengguna yang tahu menilai haknya sedar keperluan diri dan percaya serta nyakin pada diri sendiri mampu untuk mengatasi kekeliruan untuk memilih hanya yang terbaik dari terus dimanipulasikan oleh produk atau barangan yang tidak terjamin kualiti serta keselamatannya.
Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com
KARSINOGEN
Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.
Bahan-bahan karsinogen banyak sekali digunakan dalam bidang industri. Aflatosin B1 merupakan bahan yang keluarkan oleh kapang. Aspergillus flavus yang digunakan dalam penyimpanan bijirin, kekacang dan juga mentega kacang merupakan contoh karsinogen mikrobial yang sangat kuat yang digunakan. Terdapat juga virus seperti hepatitis B dan virus papilloma manusia diketahui juga penyebabnya kanser kepada manusia. Bagi pemakai pewarna kuku, tanpa disedari peluntur bagi perwarna kuku tersebut merupakan bahan yang boleh menyebabkan kesan barah kepada pengguna. Di dalam peluntur tersebut terdapat suatu unsur organik yang merbahaya yang dipanggil sebatian acetone OC(CH3)2 yang dapat melunturkan warna tersebut.
Setelah badan yang terdedah dengan unsur kersinogen, tubuh akan mengalami tindak balas gadaptasi bahan toksik untuk menghilangkannya yang disebut proses biotransformasi. tujuan tindak balas tersebut adalah untuk menyingkirkan unsur kersinogen yang menjadi lebih larut dalam air sehingga badan boleh menyingkirkannya melalui air kencing mahupun peluh. Tindak balas biotransformasi ini juga boleh menukarkan karsinogen yang bertoksik kepada lebih bertoksik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...

























