December 28, 2016

Kebaikan Ostematrix Shaklee

Hari ini Feni nak share tentang suplimen Ostematrix. Suplimen yang mesti ada untuk setiap orang. Kalsium sangat penting untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang. Kesihatan tulang akan merosot secara beransur-ansur bermula ketika berumur 30 tahun dan ke atas.

Kandungan Ostematrix


Ostematrix membantu menguatkan tulang. Siapa yang kurang susu memang boleh ambil Ostematrix sebagai ganti susu.
1 Tablet Ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu atau 80 biji badam.


Kalsium yang cukup untuk tubuh membantu untuk mengekalkan kesihatan tulang dan mengurangkan osteporosis di kalangan orang dewasa yang berumur antara 40 tahun ke atas.


Ostematrix bukan sekadar kalsium untuk mengekalkan tulang yang sihat malah membantu menguatkan lagi gigi, kuku dan rambut.


Antara kebaikan Ostematrix ialah :

1. Menguatkan Tulang 

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas 

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3. Meringankan stress 

Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid 

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh 

Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Hubungi Feni untuk dapatkan Ostematrix anda hari ini. 

Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com




December 27, 2016

Adakah Buah Pinggang Kita Sihat ?

Nisbah untuk pesakit buah pinggang ialah 1:15 untuk orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang. Ini bermakna 1 daripada 15 orang dewasa mempunyai risiko untuk mendapat sakit buah pinggang.

Apakah penyakit buah pinggan (ginjal) kronik ?

Penyakit buah pinggang kronik adalah satu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat pelbagai faktor.

✿Ia boleh dikatogerikan kepada 5 peringkat. Peringkat 5 adalah tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialisis.


Tahukah anda berapa kerapkah prnyakit buah pinggang (ginjal) kronik berlaku ?

Terdapat lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggang kronik.

✿Terdapat lebih daripada 26,000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2012.

Siapakah berisiko tinggi ?

Golongan yang mempunyai :

✿ Diabetis (kencing manis)
✿ Tekanan darah tinggi
✿ Kehadiran protein/darah di dalam air kencing
✿ Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/akar-akar kayu/herba/tradisional
✿ Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
✿ Jangkitan kuman yang kerap pada saluran urineri genital
✿ Batu karang pada sistem buah pinggang
✿ Pesakit strok
✿ Pesakit yang mempunyai masalah jantung
✿ Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja
✿ SLE (Systemic Lupus Erythematosus)


Tanda dan gejala

Badan berasa mudah letih
Hilang selera makan, rasa loya dan muntah
Kerap kencing terutamanya pada waktu malam\Bengkak kaki dan muka
Sukar bernafas
Gatal seluruh badan
Pucat

*Majoriti pesakit tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala kecuali di peringkat hampir akhir atau akhir

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal ?

✔ Ujian air kencing
✔ Pemeriksaan tekanan darah
✔ Ujian darah

Apakah akibat tidak dikesan awal ?

Risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan boleh menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.


PERHATIAN !!!

Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu :

❀ Pesakit diabetis (kencing manis)
❀ Pesakit darah tinggi
❀ Perokok
❀ Mempunyai berat badan yang berlebihan
❀Mempunyai ahli keluarag yang menghidap penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang
❀ Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang

Langkah-langkah pencegahan


1) Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah.

2) Mengawal paras gula dan kolestrol di dalam darah.

3) Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetis adalah baik (optimum).

4) Jangan makan ubat dengan sembarangan tanpa nasihat doktor.

5) Mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu makan secara sihat, berhenti merokok dan bersenam.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

December 23, 2016

Cara Untuk Mengatasi Jeragat

Sejak akhir-akhir ini kulit muka menjadi kering dan nampak macam ada bintik-bintik jeragat dimuka. Mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu dan datang balik kerja pun naik motor. Habuk dan debu boleh menyebabkan jerawat dan jeragat. Bintik hitam dan putih pun banyak.

Cara yang Feni gunakan untuk mengatasi masalah jeragat ialah dengan mengamalkan beberapa suplimen iaitu alfalfa, vitamin C, vitamin E, dan ESP. Menjaga kebersihan muka dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dan pastinya bebas kimia. Bila pakai mekap pula Feni akan pastikan cuci mekap dengan bersih menggunakan Makeup Remover. 

Suplimen ini memang membantu dalam mengatasi masalah jeragat Feni kerana ianya merawat dari dalam. Bak kata orang sihat dalam sihat luar.



Untuk mendapatkan Set Jeragat Shaklee boleh hubungi Feni.

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



December 22, 2016

Kesan Pengambilan Kolagen

Ramai orang mengambil kolagen untuk kelihatan awet muda. Antara faedah mengambil kolagen Shaklee ialah :

Bukti keberkesanan diakui oleh ramai pihak.


Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

December 19, 2016

Kesan Kehilangan Kolagen Dalam Badan

Kecoh bila orang sibuk nak makan kolagen untuk cantik. Kolagen ini untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Nampak lebih muda dan lebih mantap orang kata.

Jom kita lihat apa itu kolagen ?
Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia..Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat meyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Kesan kehilangan kolagen, boleh rujuk gambar di bawah :-


Kebaikan kolagen Shaklee :


Salah satu sebab mengambil kolagen adalah untuk kelihatan awet muda. Bila umur meningkat, metabolisma badan pun menurun. Jadi untuk mengekalkan kolagen dalam badan perlu mengambil kolagen daripada sumber makanan.


Testimoni  SCP :




Bagaimana untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder ?

Hubungi saja Feni untuk dapatkan SCP anda.

Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


December 16, 2016

Suplimen Untuk Kecutkan Fibroid dan Cyst

Suplimen yang disarankan untuk pesakit fibroid dan cyst.

1) Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sekular
2) Carotomax - antioksidan yang kuat
3) Vitamin C 500 mg SR - Antioksidan yang kuat, menentang radikal bebas dan menyekat sel kanser
4) Vita E 400 IU - Antioksidan yang kuat
5) GLA Complex - Mengawal Ketidakseimbangan hormon
6) Alfalfa Complex - Mengandungi iodin, detoks, anti inflamasi dan anti kulat
7) Nutriferon - Mempertingkatkan sistem imun
8) Garlic - Antioksidan yang kuat dan antibiotik semulajadi
9) Lecithin - Membakar lemak berlebihan
10) Herbalax - Pembersihan usus dan boleh dijadikan sebagai detoks.
11) B- Complex- Mengurangkan stress dan menghasilkan tenaga



Safeni Feni 
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Warnai Tangan Dengan Inai

Bila gagal pegang kata-kata ini :

" Bila Allah letakkan kita di bawah, sebenarnya Allah nak ajarkan 100 cara untuk kita daki balik ke atas ".

Dalam menuju kejayaan kita akan lalui banyak sangat dugaan. Tapi dugaan itu yang sebenarnya mematangkan kita. Dalam perjalanan untuk menuju kematian juga banyak dugaan yang kita akan hadapi.


Alhamdulillah untuk hari ini kerana masih diberikan nafas oleh yang Maha Esa untuk menikmati hari-hari yang indah ini. Siapa kita untuk menidakkan nikmat yang Allah berikan secara percuma.

Kita sering leka dan lupa. Mengejar duniawi sehinggakan melupakan nikmat yang ada di depan mata. 

Aku manusia biasa yang seringkali lupa dan leka dengan duniawi. Berusaha keras untuk masa depan diri sendiri dan keluarga. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan sabar dalam menghadapi semua dugaan.

Semasa kecilku seringkali dihina dan dicerca oleh kerana keluargaku susah. Yang menghina itu pula bukan sesiapa tapi mereka yang terdekat dengan aku sendiri. Kadang-kadang sedih hati kerana mengapa begini mengapa begitu.

Sebenarnya itulah yang mengajarku untuk menjadi lebih kuat seperti hari ini. Syukur alhamdulillah kerana aku hari ini tidak lagi hidup dengan meminta-minta belas ehsan sesiapa. Hanya pada Allah tempat aku mengadu.

Kalau dulu aku tak berani untuk bersuara dan hanya berdiam diri saja. Aku hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan semua orang. Aku sangat pemalu dengan semua orang. Aku sangat takut dengan diri sendiri. Hari ini aku bangkit untuk menulis masa depanku.

Jika dulu aku selalu bermimpi untuk mendapatkan itu ini. Kenapa hari ini aku tidak berani untuk merealisasikan mimpi-mimpi aku ? Mimpi itu percuma dan aku perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan apa yang aku mahukan.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...