Alhamdulillah minggu ni penuh jadual dengan mengejar tiket murah Air Asia. Ke Bali pulak kita.
Awal tahun yang meriah dan alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi ni.
Daripada tak tahu apa-apa pasal nak booking tiket jadi terer la sikit-sikit. Ewah. Kak Feni banyak google dan tanya dengan travel agensi. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.
Nak booking tiket ni kena hati-hati terutama bab nama. Jenuh jugalah Kak Feni study dan terus apply. Siap buat file khas untuk urusan travel saja. Macam kalau ada yang tak kena boleh rujuk balik nota-nota yang Kak Feni dah tulis.
Yela bukan selalu booking tiket. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang seminggu sekali dan minggu ni hari-hari sebabnya ramai untuk ke Bali.
Mula-mula beli tiket awal, dapatlah harga rendah. Bila dah nampak ramai mulalah naik harga. Ish biasalah meniaga kan.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...

Wah berapa orang yang pergi? Selamat melancong!
ReplyDeleteSetakat ni untuk trip bali 22 orang.
DeleteAlhamdulillah..seronoknya..bekerja sambil travel..
ReplyDeleteKann best kerja sambil jalan
Deletesaya serik booking tiket flight ni.. pernah trsilap booking..burn RM500++
ReplyDeleteKak Feni pernah kena. Hampir burn RM700 tapi nasib baik cepat2 call. Rasanya TAC tak lepas tu yang dapat balik duit. Alhamdulillah. Cari makan bidang ni.
DeleteBestnya Bali... Uwuuuuu tak tak pernah jejak Bali lagi. Wishlist! 😍
ReplyDeleteJom kita tulis sama-sama. Free jer.
DeleteKalau tersalah book tiket or tunda rasanya boleh dapat refund asalkan cakap awal.
ReplyDeleteTunda boleh tapi refund tak dapat fully payment. Kak feni pernah book tiket dan burn 2k lebih untuk tiket saja. Huhu menangis tak berlagu.
Delete