Dalam sesi blogwalking hari ni, Kak Feni terjumpa segmen GA ni. Makanya, jomlah kita beramai-ramai join. Nak join just klik banner kat atas tu dan follow syarat yang sangat mudah.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
August 13, 2019
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Semoga segala yang kita rancangkan berjalan dengan lancar.
Kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua. Maafkan segala salah dan silap. Terkasar bahasa tercalar emosi.
Raya kali ni kami tak balik kampung sebab masing-masing tak dapat cuti panjang walaupun anak-anak cuti sekolah. Kami pergi melawat Atuk Kamal di Hulu Langat. Bila dah melawat ni dia bagilah buah tangan di kebunnya.
Kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua. Maafkan segala salah dan silap. Terkasar bahasa tercalar emosi.
Raya kali ni kami tak balik kampung sebab masing-masing tak dapat cuti panjang walaupun anak-anak cuti sekolah. Kami pergi melawat Atuk Kamal di Hulu Langat. Bila dah melawat ni dia bagilah buah tangan di kebunnya.
InshaAllah lepas raya ni, jalan dah lengang tak jem kami akan balik kampung. Bawa Tok Mek datang KL pulak. Pelepas angin di sini. Dia boring-boring hantar pergi jalan rumah Achik Manjung pulak.
Nama pun raya kan. Kalau tak jem tak sah. Dengarnye berjam-jam di atas jalan raya. Kami yang duduk di Hulu Langat pun tak ketinggal makan jem. Nak pergi ke Batu 14 pun makan masa yang lama.
Highway baru yang tengah buat sekarang ni pun macam dah nak siap. Jambatan yang merentasi Sungai Michu pun nampaknya dah nak siap. Lepas ni kalau ada rezeki nak pergi Langat, lajulah. Hihi.
August 9, 2019
Lepak Mamak Layan Cendol
Hari ni Kak Feni puasa. Jadi Kak Feni share je gambar-gambar throwback Isnin lepas. Balik kerja lepak mamak sambil menikmati cendol.
Layan cendol dengan Kak Tutik dan suaminya Abang Marzuki. Mereka ni rakan sekerja suami yang dah bertahun-tahun kerja di Malaysia. Abang Marzuki dah tukar company tapi masih bekerja di sekitar HKL. Jadi kalau ada masa bolehlah lepak sekali.
Kami lepak di mamak Hassan Shah dekat dengan rumah Kak Tutik. Mujur Kak Feni cepat call kalau tak dia cakap nak makan dekat tempat cendol.
Makanya tibalah mereka di kedai mamak yang kami lepak ni. Dengan cendol satu cup besar. "Jom minum cendol !!!". Hahaha
Kami yang sampai dulu jadi kami order dulu. Selalu Kak Feni suka makan nasi goreng kampung telur mata kat sini. Hari ni teringin makan meggi sup. Jadi order meggi sup. Pedas dan masam secukup rasa. Kena dengan tekak Kak Feni.
Lepas kenyang dan bersantai-santai kami balik rumah. Bukan selalu dapat jumpa dan lepak macam ni. Sekali sekala je sebab masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Bila dah jumpa macam ni banyak cerita nak share.
August 7, 2019
GEL MANDIAN BIDARA - SATU PRODUK MESTI CUBA DARI AS LEGACY
Pernah dengar mandian bidara ? Mesti pernah kan sebab sekarang ni memang dah banyak produk yang dihasilkan daripada daun bidara. Kenapa DAUN BIDARA sering menjadi pilihan ? Salah satu khasiat daun bidara ini adalah membantu dalam merawat masalah dalaman yang melibatkan sihir dan santau. Wallahualam.
• Penawar sihir , saka & santau
• Merawat gangguan makluk halus
• Menghilangkan kotoran dan bau badan
• Memberi aura positif
• Memberi kesegaran sepanjang hari
PENGENALAN GEL MANDIAN BIDARA
Gel Mandian Bidara diformulasikan daripada daun bidara , limau purut & garam yang mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.
BAHAN BAHAN GEL MANDIAN BIDARA
• Daun Bidara
Membantu untuk kesihatan tubuh manusia dan menjauhi daripada sihir ataupun mengusir makhluk
halus.
• Limau Purut
Limau purut mampu membantu menghilangkan masalah bau badan.
• Bunga Mawar
Bunga mawar dapat membantu merawat masalah kulit seperti bintik-bintik, ruam , kemerahan dan membantu melembapkan kulit.
• Garam Bukit
Garam bukit membantu mengurangkan sakit badan dan sendi.
FUNGSI & KEBAIKAN GEL MANDIAN BIDARA
• Penawar sihir , saka & santau
• Merawat gangguan makluk halus
• Menghilangkan kotoran dan bau badan
• Memberi aura positif
• Memberi kesegaran sepanjang hari
CARA PENGGUNAAN GEL MANDIAN BIDARA
• Cara penggunaan : Mandi dan ratakan gel mandian bidara aura 7 herba.
• Digalakkan guna setiap pagi dan petang dengan air dingin supaya dapat melindungi diri sepanjang hari.
TESTIMONI PENGGUNA GEL MANDIAN BIDARA
Bagi yang ingin mencuba GEL MANDIAN BIDARA ini bolehlah menghubungi nombor dibawah :-
August 6, 2019
Giveaway-01 by ematunz.blogspot.com
Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.
Klik gambar dibawah untuk join:
Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.
Klik gambar dibawah untuk join:
Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.
Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat.
Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.




Beli Digital Radio Surah 30 Juzuk Dengan Shopee
Hurm ni lah akibatnye download apps Shopee. Mulalah hari-hari dok scroll Shopee lepas tu berangan nak beli itu ini.
Ni dah terjebak lagi. Beli radio surah 30 juzuk. Harapnya lepas ni lebih rajin mengaji sambil dengar surah-surah yang akan dialunkan nanti. Survey punya survey nampak yang ni paling murah, jadi terus grab jelah.
Kak Feni suka beli dengan Shopee sebab boleh kumpul coin untuk item-item yang terlibat. Lepas tu bila kita buat review dia akan tambah juga coin tersebut.
Coin ni kita boleh redeem untuk belian seterusnya. Untuk seller yang terpilih. Ada juga seller yang boleh guna coin untuk redeem. Jadi pandai-pandailah korang ushar untuk guna coin ni.
Paling best bila ada banyak order boleh redeem FREE POSTAGE. Siapa nak bagi kan ? Kita kena jadi pengguna yang bijak.
Boleh download apps SHOPEE disini.
So untuk sesiapa yang baru nak download apps SHOPEE ni, jangan lupa masukkan kod Baucer SAFEN225 untuk penjimatan RM8.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...














