May 8, 2023

Raya Raya Selamat Hari Raya - Open House Sepanjang Bulan Syawal

Alhamdulillah untuk hari ini. Terima kasih ya Allah. Boleh update blog. Hahaha lama weh ambil mood nak menulis. Kadang-kadang buka tutup buka tutup tak tahu nak start dari mana.


Sempena Syawal yang masih bersisa ini. Kak Feni dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan diri samada yang sedar atau tidak sedar sepanjang hidup ini. Kita ni kadang-kadang tak sedar yang perbuatan kita ni mengguris perasaan orang lain.


Jadi untuk mengabdikan kenangan open hosue tahun ni. Kak Feni simpan lah di blog ini. Esok-esok rindu boleh throwback.

Dimulai dengan open house dekat rumah Kak Liza dan Abang Nuar di Taman Perkasa Indah. Dekat je rumah. On the way nak pergi rumah mak. Singgah dulu la.



Kemudian beli barang dapur untuk masak dekat rumah mak. Ada tetamu nak datang. Jadinya bersiaplah serba sikit kan. Hehe


Next sambil tunggu tetamu sempat beraya di Open House rumah Niza. Jiran lama yang sangat best. Masa ni jumpa sahabat lama yang tak jumpa. Kira macam jejak kasih lah. Nasib baik ada yang snap picture ni. Boleh buat kenangan.



 Tak boleh nak lepak lama di rumah Niza sebabnya tetamu nak datang. Jadinya merempit balik rumah. Singgah kejap pun jadilah kan untuk lepaskan rindu.


Next. Lepas tetamu istimewa mentua datang. Balik rumah siap-siap untuk ke open house rumah Angah pula. Last open house untuk hari sabtu.






Raya setahun sekali. Ada peluang berkumpul. Berkumpul lah ramai-ramai sebab kita tak tahu bila ada peluang lagi. Nikmati hidup ini. Ujian kita ke depan hari kita pun tak tahu. Semoga kita sentiasa menjadi yang baik-baik di kalangan orang baik. Eh.. begitulah.💕

May 5, 2023

Mei 2023 - Teristimewa

Pejam celik pejam celik dah bulan Mei. Tahun ni banyak all out pasal kerja. Tak fokus sangat untuk buat bisnes online tapi alhamdulillah rezeki tu ada sokmo. Syukur alhamdulillah.


Rezeki Allah tu kan luas. Kadang-kadang kita tak mencari pun dia datang sendiri. Tapi kita sebagai hamba harus berusaha sehabis baik dan buat yang terbaik untuk hidup ini.  Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa down sangat tapi esok pagi bangun dan mulakan sekali lagi. InshaAllah semuanya akan baik-baik saja.


Selagi kita dinamakan manusia. Ujian dan kebahagiaan pasti akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita sampai akhirnya. Ujian susah ujian senang. Semuanya ujian dari Allah.


Yang paling penting kita kena nikmati dan jalani saja hidup ini. Rasa senang sikit kita berkongsi dengan yang memerlukan. Rasa tak mampu diam lebih baik. Begitulah nasihat dekat diri sendiri.


Dunia ini pentas ujian. Kita pun tak tahu bila kita akan dijemput pulang. Selagi ada peluang dan ruang. Buatlah yang terbaik. Jangan dengar cakap-cakap toksik yang boleh memusnahkan hidup kita. Biarlah gaji kita sikit tapi berkat.


Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nikmati sahaja segala ujian yang Allah beri. Kadang-kadang kita rasa tak mampu tapi bila Allah kata kita mampu. Semuanya dengan izinya.

March 9, 2023

Salam Nisfu Syaaban Untuk Semua

Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk hidup sampai hari ini. Semalam kita telah menyambut malam Nisfu Syaban. Hari ni ramai yang berpuasa. Alhamdulillah sebab masih diberikan waktu untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.


Sempena Nisfu Syaban ni Kak Feni dengan rendah hati memohon kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan samada dalam sedar dan tidak sedar. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari diri sendiri.


Semoga yang datang kepada kita baik-baik saja. InshaAllah.


Niat tahun ni nak jadi lebih baik dari sebelum ini. Nak banyak tolong orang lain dan nak buat amal ibadat untuk bekalan ke alam sana. Syurga itu bukan percuma. Azam tiap-tiap tahun nak jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni.


Amalan Umum Bulan Syaban :

1. Bersedekah

2. Istighfar 70x

3. Memperbanyakkan selawat

4. Membaca Selawat Sya'baniyah

5. Berpuasa 3 hari di awal, 3 hari di tengah, dan 3 hari di akhir bulan Sya’ban.


March 1, 2023

Semoga Mac 2023 Yang Baik-baik Saja Datang

Bulan Febuari terasa begitu panjang sebab gaji lambat.  Haha orang lain suka sebab 28 hari je bulan Febuari. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac 2023. 


Bulan Jan 2023, banyak benda yang berlaku. Suka duka sebab seorang insan yang bernama Safeni. Yang best-best kita share. Yang sedih-sedih luka kita simpan sendiri. Begitulah yang Kak Feni dok amalkan sampai hari ni.


Alhamdulillah untuk nikmat yang Allah bagi. Bulan Jan 2023, kami kehilangan biras bongsu yang kami sayangi. Acu untuk anak-anak Kak Feni. Allahuakbar rasa macam beliau masih ada dengan kami walaupun sebulan dah pergi. 


Dia dah selamat pergi. Tinggal kita je kat dunia ni yang masih berjuang untuk bekalan ke alam sana. Allah... Kak Feni mohon kalau sesiapa yang terbaca entry ni, sedekahkan al-fatihah untuk arwah biras Kak feni yang sentiasa disayangi dan dirindui ramai. Semoga Allah merahmati beliau. InshaAllah.

January 5, 2023

Harapan dan impian 2023

Ewah. Azam awal tahun nak hupdate entry banyak-banyak. Biasalah awal-awal ni semangat dia lain macam kan ?


Ada seribu juta plan nak buat tahun ni. Berjuta impian dan harapan nak capai. Nak buat dan sebagainya. Alhamdulillah semoga dalam 100% impian tu. 50% tercapai pun dah bersyukur sangat dah. Haha ni orang kata impian itu percuma. So mari kita bermimpi.


Minggu pertama di awal tahun ni, alhamdulillah prestasi kerja masih okey. Kerja tip top. Baru 3 hari kerja kan. Harapnya berterusan sampai hujung tahun. Balance cuti tahun lepas pun masih banyak lagi. Alhamdulillah. InshaAllah ada rezeki nak balik kampung. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.


Kita tak tahu apa yang Allah nak bagi dekat kita. Jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah. Pasti yang terbaik untuk kita.


Tahun lepas sejak kena covid bulan September 2021. Kesihatan macam on off. Selsema dan demam selalu sangat. Selang sebulan mesti kena batuk dan demam. Habis sakit badan. Hujung tahun lepas Kak Feni MC 3 hari sebab demam. Tak larat betul badan. Baring je mampu. Bila test covid negatif.


Hurm harap tahun ni diberi kesihatan yang baik. Nak kerja nak kumpul duit. Nak tolong orang nak besarkan anak-anak dan nak capai berjuta impian ni.


Sekarang ni nak kuatkan iman dan amal. Nak buat bekalan ke akhirat. Disamping itu taknak menyusahkan orang. Nati ada idea sambung lagi.

January 4, 2023

ASBF - Berbaloi atau tidak ?

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberikan waktu untuk nikmati hidup ini. Awal tahun adalah yang sering dinantikan oleh mereka yang melabur dalam ASB. 


Hari ni Kak Feni pergi ke bank untuk keluarkan wang simpanan ASB. Tak keluar semua tapi adalah sikit untuk keperluan kehidupan sekarang ni. Maklumlah banyak benda nak buat. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan walaupun kena tunggu lama di bank tadi.




Tadi kalau tak sempat hari ni ingat nak pergi bank esok pulak. Tengok betapa gigihnya Kak Feni demi untuk keluarkan duit. Setelah nombor giliran dipanggil. Kak Feni rasa lega sebab akhirnya penantian berakhir.

Lepas selesai je urusan transfer duit tadi terus officer maybank tu offer Kak Feni loan ASB. 



Kak Feni dari tahun lepas lagi nak apply loan ASB ni tapi taktahu kenapa lah MAE ni buat hal. Dah pergi bank pun tak lepas. So Kak Feni husnuzon jela. Simpan sendiri. Husband Kak Feni dah buat lama dah.

Ini adalah pendapat peribadi Kak Feni dan terpulang pada diri masing-masing untuk menilainya. Baik atau buruk terserah pada pandangan diri.

Bagusnya ASBF ni ada takaful dia sendiri. Bila kita apply loan. Secara tak langsung kita akan buat bayaran takaful. In case kalau jadi apa-apa dekat kita macam hilang upaya kekal atau kita meninggal. Waris atau penama akan dapat terus jumlah yang kita buat loan tu.

Bonus pulak akan kira dengan jumlah pinjaman. Tapi terpulanglah nak buat ke taknak. Hehe

Kalau rasa mampu nak hadap boleh buat. Kalau rasa tak mampu nak buat jangan buat. Tepuk dada tanya selera.

By the way selamat tahun baru 2023.

January 3, 2023

Assalamualaikum 2023

Alhamdulillah bertemu kembali di awal tahun. Semoga tahun ni yang datang baik-baik saja. InshaAllah. Semoga segala apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. 


Sekarang ni nak perkemaskan diri dengan iman dan amal je. Bukan apa takut lah dengan keadaan dunia hari ni. Nak kejar dunia sampai lupa akhirat. Dunia ni tempat persinggahan sementara je. Rasa senang ujian dan rasa susah pun ujian. Semua ni ujian dari Allah.


2022 tahun yang banyak mengajar Kak Feni tentang apa yang kita miliki hari ini takkan kekal selamanya. Sesayang mana pun dengan apa yang kita ada, sampai masa Allah kata bukan rezeki kita. Tetap bukan rezeki kita. Kak Feni belajar erti redha dengan ketentuan Allah. Hati lebih tenang.


Kak Feni banyak belajar untuk berkongsi dan bersedekah. Apa yang kita ada ni tak boleh bawa mati pun. Nikmati jela apa yang ada. Ikut kemampuan lah. Sebab hidup ni tak tahu bila Allah nak jemput. Hargai nikmat sihat, nikmat boleh makan, nikmat boleh beribadat dan semuanyalah.


Allah nak ambik balik segala pinjaman dia ni bila-bila masa je. Jangan dengki dengan rezeki orang dan jangan menyusahkan orang lain selagi kita mampu.


2023 ni tahun nak muhasabah diri banyak-banyak. Nak banyak amal ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah. InshaAllah.


💓💓💓


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...