December 7, 2021

Rak Baru Sempena Tahun Baru 2022

 Assalamualaikum. 


Nak masuk tahun baru ni nak ambil mood nak naikkan semangat baru. Rak meja lama pun dah mereput setelah 6 tahun berkhidmt untuk Kak Feni. Beli di DIY je. Pegang pun dah mereput macam keropok. Haha


Jadinya Kak Feni order baru di Shopee.


Taraaaa...




Kak Feni order yang lain sebenarnya. Lagi panjang tapi seller wasap Kak Feni boleh tak tukar yang ni. Okey je la kan sebab yang Kak Feni nak tu dah habis stok. Jadinya nak cepat kita proceed je la. Sampai rupanya dia flexible boleh panjangkan dan pendek. Sesuai lah dengan meja Kak Feni yang kecil ni.


Nak buat macam mana. Harta benda banyak. Takde kita gi cari beli. Lepas tu mulalah tak muat tempat nak letak. Alhamdulillah rezeki Allah tak pernah putus.


Rak ni sampai di rumah sebab Kak feni buat alamat rumah. Bila sampai kena pasang sendiri. Dengan bantuan en suami maka siaplah rak ini. Alhamdulillah hari ni datang kerja dengan van jadinya bolehlah bawa ke opis.




Benda senang buat apa nak susah kan ? Nak jimat buat sendiri. Bila beli online ni pandai-pandailah pilih. Senang sebab dia sediakan siap-siap skru dan skru driver. Pasang je ikut aturan. Nanti rumah baru nak plan beli macam-macam lagi. Haha impian kena besar kan tu.


Nak beli rak cantik macam Kak Feni beli boleh Klik Sini. Tapi yang Kak Feni pilih dah habis jadi ushar jela kat situ ya. Tak lama pun tunggu.


Tahun depan inshaAllah nak sentiasa bersemangat dan taknak lemau-lemau dah. Ewah azam setiap hujung tahun dan nak masuk tahun baru. Selagi diberikan waktu untuk nikmat hidup ini.


Kadang-kadang kita ni plan macam-macam, namun Allah juga is the best planner. 


November 30, 2021

Selamat Datang Disember 2021

Alhamdulillah masih panjang umur. Esok dah Disember dah ya. Lagi 31 hari nak masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik dah setahun. 2020 dan 2021 kita telah lalui dengan penuh sabar. Alhamdulillah masalah covid pun dah semakin baik. Semua sektor pun dah boleh buka untuk membangunkan ekonomi negara kita yang tak tahu nak komen ni.


Malas nak fikir nak fikir pasal diri sendiri dan keluarga je. Yang lain-lain tu biarlah yang berkenaan je yang fikir. 


Apa yang diimpikan untuk Tahun 2022 ?


1. Kak Feni nak banyakkan amal ibadat kepada Allah.

2. Nak selesaikan segala hutang.

3. Nak masuk rumah baru. InshaAllah.

4. Simpanan 1 juta dalam akaun.

5. Work hard untuk kumpul harta dan pahala. Nak banyak sedekah.

dan banyak lagi senarainya tapi cukuplah diri sendiri saja yang tahu. InshaAllah benda yang baik akan dikongsikan bersama. Benda yang tak best biarlah diri kita dan Allah saja yang tahu.


Buat baik-baik dan inshaAllah yang baik-baik je yang akan datang kepada kita. InshaAllah.


Setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita sebenarnya adalah tanda kasih sayang Dia kepada kita. Kadang-kadang kita ni lupa dengan nikmat yang Allah beri. Bila dah senang sikit mulalah lupa diri. Sebenarnya Allah nak kita sentiasa ingat denganNya. 


Manusia ni biasalah, kalau dah rasa senang. Rasa selesa akan ingat yang kita ni akan senang selamanya. Padahal apa yang kita ada, kita miliki sekarang ni hanyalah pinjaman semuanya.


Kak Feni dah dapat berita baik sebab proses nak masuk rumah baru dah 50% completed. InshaAllah awal tahun depan dapat kunci boleh masuk. 




Proses seterusnya tukar nama atas geran dan tunggu dapat kunci. Allah permudahkanlah urusan hambamu ini. Bukan tak seronok duduk rumah sekarang tapi selalu kena banjir. Bila banjir habis rosak barang rumah. Almari, rak, meja dan lain-lain banyak rosak. Setiap kali banjir mesti penat nak cuci rumah.


Namun begitulah, dalam kesusahan pasti akan ada hikmah kemanisannya. Setiap kali banjir, mesti kami akan dapat bantuan makanan. Alhamdulillah tak pernah putus sejak 7 tahun tinggal kat sini. Semalam pun masa balik rumah ada dapat kotak bantuan dari pihak berwajib. Terima kasih kepada yang berkhidmat untuk rakyat.



Ni barang yang kami dapat dalam beg makanan. Alhamdulillah jimat tak perlu beli beras dan semua ni. Rezeki Allah tu selalu ada.


Apapun sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Berfikiran positif selalu. Buat yang terbaik untuk hidup ini dan bahagialah dengan apa juga dugaan dan cabaralan dalam hidup ini.

November 26, 2021

Banjir Malam 22 November 2021

Minggu ni penat betol. Sebabnya Isnin start dari Manjung balik KL masuk opis. Balik rumah takdan nak rehat nak kemas segala benda barang, banjir pulak datang. Allah macam nak pitam rasanya. Sakit belakang sampair sekarang tak hilang lagi. 

Yayy finally dah Jumaat hari ni dan harapnya esok boleh setelkan rumah. Nak susun baju-baju. Nak susun buku-buku sekolah anak. Berteraburnya hidup ni rasa. Huru hara sebab ujian ni tapi alhamdulillah bila kita rasa kita susah. Masih ramainya orang kat luar sana yang lebih susah dari kami.






Gamabar setelah kami bersusah payah angkat tempat tinggi.

Tahun lepas awal bulan November. 4/11/2020 kena banjir. Tahun ni 22/11/2021 banjir. Dua tahun berturut-turut banjir. Allah cepatlah dapat pindah rumah baru. Kak Feni dah tak sabar nak pindah dan tak larat dah nak kena banjir. Penatnya hanya Allah saja yang tahu.


InshaAllah minggu depan nak follow up dengan lawyer rumah tu. Nama owner lama salah dalam geran jadi tu yang asyik delay je urusan nak masuk rumah baru ni. Kak Feni beli rumah subsale je sebab tu je yang mampu setakat ni. Nak beli rumah baru naik kang pening kepala nak bayar bulan-bulan. Beli jela rumah subsale. Dapat kunci boleh terus duduk. InshaAllah esok-esok kaya lagi, Allah bagi rezeki lebih boleh beli rumah bawah pulak. Mana tahu rezeki kan.


Sejak duduk di rumah ni rasanya dah 3 kali kena banjir. Kena pulak 2 buah rumah. Rumah mentua dan rumah sendiri sebab kami duduk satu taman. Dah siap kemas rumah mentua. Kemas rumah kami pulak. Serik rasa tapi nak buat macam mana. Nak taknak kena hadap juga lah.


Allah, permudahkanlah urusan pindah rumah baru. Amin. 





Kami tinggalkan rumah pergi rumah mentua sebab sana air masih belum naik dan alhamdulillah rumah mentua tak naik air. Malam tu kami tidur di rumah mentua sebab tak larat nak kemas rumah. Esok pagi Selasa terpaksa cuti sebab nak kemas rumah. Bila kena bencana macam ni kita akan lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Ni Langat. Dengar di Ampang lagi teruk. Semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian yang Allah bagi ni.


November 25, 2021

Bila nak mula kembali

Allah bilalah mood nak menulis ni datang. Sibuk dengan kerja hakiki. Sibuk dengan urusan dunia. Allah rasa macam tak terurus je hidup ni. Minggu lepas Jumaat cuti sebab nak ikut husband gi Lumut. Dia ada program team building di sana. Kami apa lagi bila dah dengar belah sana terus nak ikut lah. Nak gi rumah Achik Manjung. Lepak sana.


Balik dari Manjung terus masuk opis sebab Isnin pagi baru gerak dari sana. Ahad tu abahnya penat baru lepas program kan. Jadi kami stay sampai pagi. Pukul 5.30 pagi kami gerak dari sana. Nasib baik sampai awal. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.

Bila dah lama tinggal nak buat sharing ni mula lah malas nak start balik. Malas nak perah otak. Malas nak buat apa-apa dan malas nak produktif. Allah.


Ada ramai yang wasap nak suruh buat review masuk ig dan blog ni. Kak Feni minta maaf banyak sebab tak boleh nak commit. Jadi kak feni tolak dengan baik. Tambah kerja opis yang berlambak ni. (alasan banyak kann)


Sebenarnya semuanya dengan izin Allah. Kita ni manusia hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Sentiasa positif dan berdoa agar Allah permudahkan segala urusan. InshaAllah.


Dah semakin berumur ni malas rasanya nak kejar-kejar dah. Alhamdulillah dengan nikmat ni. Cukup apa yang ada. Cukup bayar komitmen bulan. Cukuplah. Ada simpanan sikit-sikit sambil menghabiskan sisa hidup. Tak semua orang berpeluang untuk bahagia sebab sibuk cari harta dunia.


Alhamdulillah untuk diri ini sebab sentiasa cukup dengan apa yang ada. Nikmati nikmat yang Allah bagi. Bukan tak payah usaha tapi nak hidup tenang je. Kalau kita push diri kita yang tak mampu ni pun tak guna jugak kalau kita sakit. Entahlah terpulang pada diri masing-masing sebab masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri.



Yang baik itu semuanya dari Allah. Wallahualam.

November 11, 2021

Tak Dapat Pergi Kenduri Dapat Makan Nasi Kenduri Pun Ok !


 Semalam punya hal. Kak Diana masuk opis setelah beberapa hari bercuti dapat menantu baru. Alhamdulillah semoga berkekalan hingga ke Jannah hendaknya. Amin. Musim PKP ni kan tak boleh nak buat kenduri besar-besaran, jadi dia order makanan istimewa untuk kami satu opis.


Alhamdulillah rezeki. Malam sebelum tu dah wasap siap-siap kami sahabat opis ni yang dia belikan makanan untuk lunch. Tak dapat pergi kenduri, dapat makan nasi kenduri pun dah bersyukur. Dia siap bagi goodies lagi untuk kami sahabat opis. Terima kasih banyak-banyak Kak Diana. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan.



Nampak gayanya jadual penuh sampai hujung Disember sejak kerajaan umumkan yang kita dah boleh rentas negeri. Kak Feni macam biasalah kena kerja dan kena buat kerja luar. InshaAllah next week akan ke Lumut menemani husband untuk program Team Building untuk company dia. 


Dia kerja sambil makan angin. Kami nak pergi rumah Acik. Jadi semoga semuanya berjalan dengan lancar dan yang baik-baik datang kepada kita.


Kak di Gerik pula kena C19. Kami hari-hari call dan wasap dia sebab dia duduk seorang diri. Hari ni dia kena pergi CAC untuk checkup status kesihatan. Alhamdulillah dah semakin baik. Boleh drive sendiri dan bawa diri. Simptom biasa saja. Alhamdulillah. 


Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan namun kadang-kadang ada benda yang boleh kita kongsi dan ada benda yang perlu kita simpan sendiri. Begitulah hidup ini. Kalau rasa boleh dikongsi kita kongsi. Benda yang tak perlu kongsi kita simpan untuk pengetahuan kita sendiri.


Berada di zaman semua di hujung jari ni. Macam-macam boleh berlaku. Kalau yang positif maka baik lah jadinya. Kalau yang negatif, buruklah jadinya. Bukan C19 ya. Hehe 

November 2, 2021

Banjaran Titiwangsa - Lebuh Raya Timur Barat

 Assalamualaikum semua. 


Lama tak balik kampung sejak PKP tahun lepas kan. Bila kerajaan bagi je balik terus apply leave seminggu dan alhamdulillah boss approved. Kak Feni memang dah spare duit untuk balik kampung. Maklumlah lama tak jalan kan.


Kami balik Kelantan lalu ikut Pahang, Terengganu dan balik semula ke Kuala Lumpur ikut Gerik, Manjung. Nak balik ikut Gerik tu akan lalu jalanraya Timur Barat (Gerik Jeli). Bila lalu jalan ni jangan lupa singgah di R&R Banjaran Titiwangsa. Pemandangan yang sangat cantik untuk dinikmati serta suasananya yang nyaman dan sejuk. 


Kami dari kampung pukul 11.00 pagi dah bergerak dari rumah TokMek sebab banyak tempat nak singgah. Nak cari sarapan di Kelate dulu sebelum pindah negeri, maklumlah makanan Kelate kan sedap-sedap.



Seronok sangat bila dah sampai puncak sebab sejuk sangat. Sampai sini wajib ambil gambar sebab ada port baru siap yang pemandangannya cantik sangat.












Kat sini ada macam-macam kemudahan seperti surau, tandas, kedai makan, dan kedai runcit. Bersih dan nyaman. Masa kami sampai sini kedai makan tutup hanya kedai runcit yang buka. Perjalanan kami bukan hujung minggu jadi tak ramai sangat orang bolehlah berposing lama sikit.


Kami tak boleh lama, singgah sekejap je sebab nak teruskan perjalanan ke Manjung. Nak singgah banyak tempat di Gerik lagi.

November 1, 2021

Teluk Senangin Perak

Balik dari Kelantan, kami round the world ikut Gerik, singgah Lawin rumah mentua Acik dan terus ke Manjung. Bila sampai Manjung, mesti mandi pantai. Selalu pergi Teluk Batik je sebab dekat dengan rumah Acik.

Kali ni kami ronda jauh sikit ke Teluk Senangin. Walaupun jauh ke dalam tapi meriah. Alhamdulillah sampai lagi. 

Anak-anak sibuk nak mandi pantai. Yang best Teluk Senangin ni dekat dengan tempat makan. Macam dekat Pulau Pangkor. Lepak kejap je sebab nak puaskan hati anak-anak nak mandi pantai.

Kami sewa pondok tepi pantai dengan harga RM15 sejam. Kami sewa 2 jam rm30. Dari pukul 3 sampai pukul 5 petang. Sejam sekali dia datang ambil duit. Ingat sekejap je. Eh tambah pulak masa. Jangan risau sebab benda boleh bincang kan. Kalau rasa nak lepak lama, tambah je duit sewa tu RM15 sejam. 

Pondok ni ada sediakan elektrik. Jadi kalau bateri handphone dah habis boleh cas. Siap ada kan as untuk tutup jadi bilik. Lepas mandi rasa nak baring boleh tutup. 

Kami pilih dekat dengan toilet sebab senang nak bawa anak-anak mandi.



Kami tak mandi pun. Anak-anak dengan Pakcik je yang mandi. Malas nak tukar baju. Nak lepak santai duduk atas pondok. Kena angin pantai. Memang syahdu la jawabnya. Rasa macam nak lena pun ada. Pukul 3 petang tu panas lagi. Dah masuk pukul 4 tu baru nampak redup dan seronok mandi. 



Sementara tunggu anak-anak mandi. Ummi dengan abah dating la jalan-jalan di gerai sekitar. Ewah sebabnya ummi lapar tak makan tengahari. Berhenti makan tengok kedai tu takde sambal belacan. Putus angin nak makan nasi. Haha
Mujur kat sini ada jual laksa. Beli dan memang sedap. 

Mula beli satu je nak try. Dah sedap pergi repeat lagi beli 2 bungkus. Makan atas pondok. Memang best berkelah di sini. 

Kami kalau pergi Manjung rumah Acik. Agenda utama mesti nak mandi pantai dan berkelah. Kali ni malas nak bersiap. Beli jela di gerai kat situ. 

Rasa malas nak pergi Pulau Pangkor boleh pergi Teluk Senangin. Cantik sangat. 


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...