November 11, 2021

Tak Dapat Pergi Kenduri Dapat Makan Nasi Kenduri Pun Ok !


 Semalam punya hal. Kak Diana masuk opis setelah beberapa hari bercuti dapat menantu baru. Alhamdulillah semoga berkekalan hingga ke Jannah hendaknya. Amin. Musim PKP ni kan tak boleh nak buat kenduri besar-besaran, jadi dia order makanan istimewa untuk kami satu opis.


Alhamdulillah rezeki. Malam sebelum tu dah wasap siap-siap kami sahabat opis ni yang dia belikan makanan untuk lunch. Tak dapat pergi kenduri, dapat makan nasi kenduri pun dah bersyukur. Dia siap bagi goodies lagi untuk kami sahabat opis. Terima kasih banyak-banyak Kak Diana. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan.



Nampak gayanya jadual penuh sampai hujung Disember sejak kerajaan umumkan yang kita dah boleh rentas negeri. Kak Feni macam biasalah kena kerja dan kena buat kerja luar. InshaAllah next week akan ke Lumut menemani husband untuk program Team Building untuk company dia. 


Dia kerja sambil makan angin. Kami nak pergi rumah Acik. Jadi semoga semuanya berjalan dengan lancar dan yang baik-baik datang kepada kita.


Kak di Gerik pula kena C19. Kami hari-hari call dan wasap dia sebab dia duduk seorang diri. Hari ni dia kena pergi CAC untuk checkup status kesihatan. Alhamdulillah dah semakin baik. Boleh drive sendiri dan bawa diri. Simptom biasa saja. Alhamdulillah. 


Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan namun kadang-kadang ada benda yang boleh kita kongsi dan ada benda yang perlu kita simpan sendiri. Begitulah hidup ini. Kalau rasa boleh dikongsi kita kongsi. Benda yang tak perlu kongsi kita simpan untuk pengetahuan kita sendiri.


Berada di zaman semua di hujung jari ni. Macam-macam boleh berlaku. Kalau yang positif maka baik lah jadinya. Kalau yang negatif, buruklah jadinya. Bukan C19 ya. Hehe 

November 2, 2021

Banjaran Titiwangsa - Lebuh Raya Timur Barat

 Assalamualaikum semua. 


Lama tak balik kampung sejak PKP tahun lepas kan. Bila kerajaan bagi je balik terus apply leave seminggu dan alhamdulillah boss approved. Kak Feni memang dah spare duit untuk balik kampung. Maklumlah lama tak jalan kan.


Kami balik Kelantan lalu ikut Pahang, Terengganu dan balik semula ke Kuala Lumpur ikut Gerik, Manjung. Nak balik ikut Gerik tu akan lalu jalanraya Timur Barat (Gerik Jeli). Bila lalu jalan ni jangan lupa singgah di R&R Banjaran Titiwangsa. Pemandangan yang sangat cantik untuk dinikmati serta suasananya yang nyaman dan sejuk. 


Kami dari kampung pukul 11.00 pagi dah bergerak dari rumah TokMek sebab banyak tempat nak singgah. Nak cari sarapan di Kelate dulu sebelum pindah negeri, maklumlah makanan Kelate kan sedap-sedap.



Seronok sangat bila dah sampai puncak sebab sejuk sangat. Sampai sini wajib ambil gambar sebab ada port baru siap yang pemandangannya cantik sangat.












Kat sini ada macam-macam kemudahan seperti surau, tandas, kedai makan, dan kedai runcit. Bersih dan nyaman. Masa kami sampai sini kedai makan tutup hanya kedai runcit yang buka. Perjalanan kami bukan hujung minggu jadi tak ramai sangat orang bolehlah berposing lama sikit.


Kami tak boleh lama, singgah sekejap je sebab nak teruskan perjalanan ke Manjung. Nak singgah banyak tempat di Gerik lagi.

November 1, 2021

Teluk Senangin Perak

Balik dari Kelantan, kami round the world ikut Gerik, singgah Lawin rumah mentua Acik dan terus ke Manjung. Bila sampai Manjung, mesti mandi pantai. Selalu pergi Teluk Batik je sebab dekat dengan rumah Acik.

Kali ni kami ronda jauh sikit ke Teluk Senangin. Walaupun jauh ke dalam tapi meriah. Alhamdulillah sampai lagi. 

Anak-anak sibuk nak mandi pantai. Yang best Teluk Senangin ni dekat dengan tempat makan. Macam dekat Pulau Pangkor. Lepak kejap je sebab nak puaskan hati anak-anak nak mandi pantai.

Kami sewa pondok tepi pantai dengan harga RM15 sejam. Kami sewa 2 jam rm30. Dari pukul 3 sampai pukul 5 petang. Sejam sekali dia datang ambil duit. Ingat sekejap je. Eh tambah pulak masa. Jangan risau sebab benda boleh bincang kan. Kalau rasa nak lepak lama, tambah je duit sewa tu RM15 sejam. 

Pondok ni ada sediakan elektrik. Jadi kalau bateri handphone dah habis boleh cas. Siap ada kan as untuk tutup jadi bilik. Lepas mandi rasa nak baring boleh tutup. 

Kami pilih dekat dengan toilet sebab senang nak bawa anak-anak mandi.



Kami tak mandi pun. Anak-anak dengan Pakcik je yang mandi. Malas nak tukar baju. Nak lepak santai duduk atas pondok. Kena angin pantai. Memang syahdu la jawabnya. Rasa macam nak lena pun ada. Pukul 3 petang tu panas lagi. Dah masuk pukul 4 tu baru nampak redup dan seronok mandi. 



Sementara tunggu anak-anak mandi. Ummi dengan abah dating la jalan-jalan di gerai sekitar. Ewah sebabnya ummi lapar tak makan tengahari. Berhenti makan tengok kedai tu takde sambal belacan. Putus angin nak makan nasi. Haha
Mujur kat sini ada jual laksa. Beli dan memang sedap. 

Mula beli satu je nak try. Dah sedap pergi repeat lagi beli 2 bungkus. Makan atas pondok. Memang best berkelah di sini. 

Kami kalau pergi Manjung rumah Acik. Agenda utama mesti nak mandi pantai dan berkelah. Kali ni malas nak bersiap. Beli jela di gerai kat situ. 

Rasa malas nak pergi Pulau Pangkor boleh pergi Teluk Senangin. Cantik sangat. 


October 28, 2021

Kembali Masuk Kerja Setelah Seminggu Bercuti

 Hari ni kembali kerja macam biasa. Masuk-masuk kerja terus kena meeting pukul 11.00 tadi. Habuan cuti lama. Boss pun dah rindu. Haha


Alhamdulillah sebab masih diberikan kesihatan yang baik untuk teruskan hidup di bumi Allah yang bertuah ni. Minggu depan anak-anak dah masuk sekolah secara penggiliran. Sekolah Kebangsaan dan selesai. Tunggu jadual sekolah agama pula.


Kita mak-mak ni mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak. Dah sebulan lebih Kak Feni tak peduli sangat tentang PDPR anak-anak. Balik kampung tengok Tokmek. Dan lepas ni kena fokus balik pelajaran anak-anak. Buat apa yang termampu. InshaAllah kita manusia biasa yang kemampuannya terhad. Hanya serahkan semuanya pada Allah.


Bahagia cara kita. Nak pulun sangat pun tak boleh kalau sampai stress. Nikmati jelah hidup ini. Serahkan semuanya pada Allah. Semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan oleh Allah.



Sebelum balik kampung pun macam-macam hal kena hadap tapi alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Balik kemas rumah Tokmek dan buat apa yang patut. Macam nak raya. Tokmek nak jalan jauh pun dah tak larat. Faktor umur. Kalau tak dia memang suka berjalan kalau anak cucu balik.


Semoga Kak Feni sentiasa diberikan waktu dan peluang untuk menjaga dan berbakti kepada ibu. InshaAllah.

September 30, 2021

Selamat Datang Oktober

 Esok dah Oktober ya. Pejam celik pejam celik dah Oktober. Tinggal 3 bulan je tahun 2021 ni. September ni macam-macam dugaan yang kami lalui. Kena kuarantin selama 12 hari. Pakai gelang pink. Ummi, abah dengan adik positif. Abang Aus sorang je negatif. Tapi dah duduk 1 rumah. Ummi yang masak makan. Nak tak nak bertawakal jela kita pada Allah.


Tanggal 13 haribulan kami semua pergi potong gelang. Tamatlah tempoh kuarantin di rumah. Semoga virus covid ni cepat berlalu. Kami nak balik kampung. Allah! Rindu kampung tak tahu nak cerita.


Esok juga negeri Selangor dah Fasa 3. Kak Feni ada tulis perjalanan kami pasal kena covid dan kuarantin tapi belum sempat post sebab dalam draf lagi. Nak sambung sikit lagi. Bulan Oktober bulan baru. Mari kita mulakan hidup baru dan semangat baru. Taknak lemau lemau dan usaha selagi diberi peluang. InshaAllah.


#imstillalive

#alhamdulillah


September 16, 2021

We are Covid Fighter - Alhamdulillah dah sihat

Alhamdulillah tak tahu nak cerita macam mana syukurnya pada Allah sebab masih diberikan peluang untuk nikmati hidup yang indah ini.

Lama Kak Feni tak share dalam blog ni sebab sibuk uruskan keluarga.

29/8/2021 - Ahad

Badan mula rasa tak sedap. Dedar macam nak demam. Kami macam biasa ke rumah mentua Kak Feni sebab -anak-anak nak pergi rumah opah depa. Kebetulan Abang Par pun nak datang nak main dengan anak-anak Kak Feni. Jadi kami pun berlonggok la di rumah mentua.


30/8/2021 - Isnin

Kami satu keluarga demam. Abah yang mula dulu, kemudian ummi dan anak-anak. Kami ke klinik biasa dan dapat ubat. Makan ubat lega. Anak-anak pun macam dah lega. Tinggal ummi dengan abah selsema dan batuk serta sakit tekak.


31/8/2021 - Selasa

Hari merdeka, abah cuti. Kami duduk rumah je sebab risau kan. Kira kuarantin kendiri sebab tak sihat. Kami pun dah tak pergi rumah mentua sejak hari Isnin. Duduk rumah masing-masing.


1/9/2021 - Rabu

Kami kuarantin di rumah saja. Masa ni dah risau sebab takut dah kena jangkitan. Suami Kak Feni pun masih pening-pening dan batuk. Kak Feni dah tak sedap hati. Rasa macam kena pergi buat swab sebab dah berapa hari demam on off. Kami ajak kakak ipar sekali sebab dia pun demam selsema.


2/9/2021 - Khamis

Kami 5 orang pergi klinik kesihatan Bandar Tun Hussein On untuk buat saringan. Cuba je pergi klinik kesihatan sebab ayah mentua kak feni pergi situ. Kalau klinik kesihatan taknak buat saringan baru kami nak pergi klinik swasta. Alhamdulillah kami boleh buat saringan di situ walaupun kena bebel dengan nurse kenapa tak pergi klinik Batu 14. Segala urusan di klinik selesai dalam 2 jam. Doktor bagi ubat terus sebab kami masih ada demam dan batuk. Balik terus kuarantinkan diri di rumah.


3/9/2021 - Jumaat

Pagi-pagi kami dah semak mysejahtera dan terus jadi merah. Lepas tu dapat call dari KKM untuk update mysejahtera. Terus tanyakan result untuk anak-anak. Yang Abang Aus negatif dan kami 3 orang positif. Angah dia pun positif. Bila dah positif ni kena lah asingkan tempat kami dengan Abang Aus. Dia duduk sorang dalam bilik dan kami bertiga duduk kat luar. Bila dah duduk sekali ni nak jaga asingkan pun susah. Tawakal jela.



Kami terus suruh siapa yang kontak rapat dengan kami pergi buat saringan. Abang Fairus suami Kak La buat dekat klinik swasta. Mak dengan ayah buat di klinik kesihatan Batu 14. Keputusan Abang Fairus negatif. Keputusan mak ayah kena tunggu hari Isnin sebab buat saringan hari Jumaat.

Bermulalah episod kami kuarantin di rumah sebagai pesakit covid-19. Oleh kerana kami positif yang bergejala ringan, jadi hanya kuarantin di rumah.

August 10, 2021

Salam Maal Hijrah 1443



Salam Maal Hijrah untuk semua. Marilah kita sama-sama perbaiki kekurangan diri dan perbetulkan apa yang khilaf sebelum ini. Azamkan untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

InshaAllah dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik saja nanti.

Semalam seharian Kak Feni tengok media sosial tentang pemergian Bidadari Syurga Siti Sarah. Pemergian yang sungguh menjentik emosi para ibu dan isteri. Semoga kita juga menjadi bidadari syurga seperti yang diimpikan. InshaAllah.

Pengorbanan isteri untuk melahirkan zuriat untuk suami dan ibu yang bergadai nyawa untuk anaknya. Allahuakbar syurga buatmu bidadari syurga. Pemergiannya yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia berduka dan menghargai pasangan masing-masing. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

Sempena tahun baru Islam ni. Mari sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Sesungguhnya melawan nafsu itu adalah satu perjuangan besar.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...