November 1, 2021

Teluk Senangin Perak

Balik dari Kelantan, kami round the world ikut Gerik, singgah Lawin rumah mentua Acik dan terus ke Manjung. Bila sampai Manjung, mesti mandi pantai. Selalu pergi Teluk Batik je sebab dekat dengan rumah Acik.

Kali ni kami ronda jauh sikit ke Teluk Senangin. Walaupun jauh ke dalam tapi meriah. Alhamdulillah sampai lagi. 

Anak-anak sibuk nak mandi pantai. Yang best Teluk Senangin ni dekat dengan tempat makan. Macam dekat Pulau Pangkor. Lepak kejap je sebab nak puaskan hati anak-anak nak mandi pantai.

Kami sewa pondok tepi pantai dengan harga RM15 sejam. Kami sewa 2 jam rm30. Dari pukul 3 sampai pukul 5 petang. Sejam sekali dia datang ambil duit. Ingat sekejap je. Eh tambah pulak masa. Jangan risau sebab benda boleh bincang kan. Kalau rasa nak lepak lama, tambah je duit sewa tu RM15 sejam. 

Pondok ni ada sediakan elektrik. Jadi kalau bateri handphone dah habis boleh cas. Siap ada kan as untuk tutup jadi bilik. Lepas mandi rasa nak baring boleh tutup. 

Kami pilih dekat dengan toilet sebab senang nak bawa anak-anak mandi.



Kami tak mandi pun. Anak-anak dengan Pakcik je yang mandi. Malas nak tukar baju. Nak lepak santai duduk atas pondok. Kena angin pantai. Memang syahdu la jawabnya. Rasa macam nak lena pun ada. Pukul 3 petang tu panas lagi. Dah masuk pukul 4 tu baru nampak redup dan seronok mandi. 



Sementara tunggu anak-anak mandi. Ummi dengan abah dating la jalan-jalan di gerai sekitar. Ewah sebabnya ummi lapar tak makan tengahari. Berhenti makan tengok kedai tu takde sambal belacan. Putus angin nak makan nasi. Haha
Mujur kat sini ada jual laksa. Beli dan memang sedap. 

Mula beli satu je nak try. Dah sedap pergi repeat lagi beli 2 bungkus. Makan atas pondok. Memang best berkelah di sini. 

Kami kalau pergi Manjung rumah Acik. Agenda utama mesti nak mandi pantai dan berkelah. Kali ni malas nak bersiap. Beli jela di gerai kat situ. 

Rasa malas nak pergi Pulau Pangkor boleh pergi Teluk Senangin. Cantik sangat. 


October 28, 2021

Kembali Masuk Kerja Setelah Seminggu Bercuti

 Hari ni kembali kerja macam biasa. Masuk-masuk kerja terus kena meeting pukul 11.00 tadi. Habuan cuti lama. Boss pun dah rindu. Haha


Alhamdulillah sebab masih diberikan kesihatan yang baik untuk teruskan hidup di bumi Allah yang bertuah ni. Minggu depan anak-anak dah masuk sekolah secara penggiliran. Sekolah Kebangsaan dan selesai. Tunggu jadual sekolah agama pula.


Kita mak-mak ni mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak. Dah sebulan lebih Kak Feni tak peduli sangat tentang PDPR anak-anak. Balik kampung tengok Tokmek. Dan lepas ni kena fokus balik pelajaran anak-anak. Buat apa yang termampu. InshaAllah kita manusia biasa yang kemampuannya terhad. Hanya serahkan semuanya pada Allah.


Bahagia cara kita. Nak pulun sangat pun tak boleh kalau sampai stress. Nikmati jelah hidup ini. Serahkan semuanya pada Allah. Semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan oleh Allah.



Sebelum balik kampung pun macam-macam hal kena hadap tapi alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Balik kemas rumah Tokmek dan buat apa yang patut. Macam nak raya. Tokmek nak jalan jauh pun dah tak larat. Faktor umur. Kalau tak dia memang suka berjalan kalau anak cucu balik.


Semoga Kak Feni sentiasa diberikan waktu dan peluang untuk menjaga dan berbakti kepada ibu. InshaAllah.

September 30, 2021

Selamat Datang Oktober

 Esok dah Oktober ya. Pejam celik pejam celik dah Oktober. Tinggal 3 bulan je tahun 2021 ni. September ni macam-macam dugaan yang kami lalui. Kena kuarantin selama 12 hari. Pakai gelang pink. Ummi, abah dengan adik positif. Abang Aus sorang je negatif. Tapi dah duduk 1 rumah. Ummi yang masak makan. Nak tak nak bertawakal jela kita pada Allah.


Tanggal 13 haribulan kami semua pergi potong gelang. Tamatlah tempoh kuarantin di rumah. Semoga virus covid ni cepat berlalu. Kami nak balik kampung. Allah! Rindu kampung tak tahu nak cerita.


Esok juga negeri Selangor dah Fasa 3. Kak Feni ada tulis perjalanan kami pasal kena covid dan kuarantin tapi belum sempat post sebab dalam draf lagi. Nak sambung sikit lagi. Bulan Oktober bulan baru. Mari kita mulakan hidup baru dan semangat baru. Taknak lemau lemau dan usaha selagi diberi peluang. InshaAllah.


#imstillalive

#alhamdulillah


September 16, 2021

We are Covid Fighter - Alhamdulillah dah sihat

Alhamdulillah tak tahu nak cerita macam mana syukurnya pada Allah sebab masih diberikan peluang untuk nikmati hidup yang indah ini.

Lama Kak Feni tak share dalam blog ni sebab sibuk uruskan keluarga.

29/8/2021 - Ahad

Badan mula rasa tak sedap. Dedar macam nak demam. Kami macam biasa ke rumah mentua Kak Feni sebab -anak-anak nak pergi rumah opah depa. Kebetulan Abang Par pun nak datang nak main dengan anak-anak Kak Feni. Jadi kami pun berlonggok la di rumah mentua.


30/8/2021 - Isnin

Kami satu keluarga demam. Abah yang mula dulu, kemudian ummi dan anak-anak. Kami ke klinik biasa dan dapat ubat. Makan ubat lega. Anak-anak pun macam dah lega. Tinggal ummi dengan abah selsema dan batuk serta sakit tekak.


31/8/2021 - Selasa

Hari merdeka, abah cuti. Kami duduk rumah je sebab risau kan. Kira kuarantin kendiri sebab tak sihat. Kami pun dah tak pergi rumah mentua sejak hari Isnin. Duduk rumah masing-masing.


1/9/2021 - Rabu

Kami kuarantin di rumah saja. Masa ni dah risau sebab takut dah kena jangkitan. Suami Kak Feni pun masih pening-pening dan batuk. Kak Feni dah tak sedap hati. Rasa macam kena pergi buat swab sebab dah berapa hari demam on off. Kami ajak kakak ipar sekali sebab dia pun demam selsema.


2/9/2021 - Khamis

Kami 5 orang pergi klinik kesihatan Bandar Tun Hussein On untuk buat saringan. Cuba je pergi klinik kesihatan sebab ayah mentua kak feni pergi situ. Kalau klinik kesihatan taknak buat saringan baru kami nak pergi klinik swasta. Alhamdulillah kami boleh buat saringan di situ walaupun kena bebel dengan nurse kenapa tak pergi klinik Batu 14. Segala urusan di klinik selesai dalam 2 jam. Doktor bagi ubat terus sebab kami masih ada demam dan batuk. Balik terus kuarantinkan diri di rumah.


3/9/2021 - Jumaat

Pagi-pagi kami dah semak mysejahtera dan terus jadi merah. Lepas tu dapat call dari KKM untuk update mysejahtera. Terus tanyakan result untuk anak-anak. Yang Abang Aus negatif dan kami 3 orang positif. Angah dia pun positif. Bila dah positif ni kena lah asingkan tempat kami dengan Abang Aus. Dia duduk sorang dalam bilik dan kami bertiga duduk kat luar. Bila dah duduk sekali ni nak jaga asingkan pun susah. Tawakal jela.



Kami terus suruh siapa yang kontak rapat dengan kami pergi buat saringan. Abang Fairus suami Kak La buat dekat klinik swasta. Mak dengan ayah buat di klinik kesihatan Batu 14. Keputusan Abang Fairus negatif. Keputusan mak ayah kena tunggu hari Isnin sebab buat saringan hari Jumaat.

Bermulalah episod kami kuarantin di rumah sebagai pesakit covid-19. Oleh kerana kami positif yang bergejala ringan, jadi hanya kuarantin di rumah.

August 10, 2021

Salam Maal Hijrah 1443



Salam Maal Hijrah untuk semua. Marilah kita sama-sama perbaiki kekurangan diri dan perbetulkan apa yang khilaf sebelum ini. Azamkan untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.

InshaAllah dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik saja nanti.

Semalam seharian Kak Feni tengok media sosial tentang pemergian Bidadari Syurga Siti Sarah. Pemergian yang sungguh menjentik emosi para ibu dan isteri. Semoga kita juga menjadi bidadari syurga seperti yang diimpikan. InshaAllah.

Pengorbanan isteri untuk melahirkan zuriat untuk suami dan ibu yang bergadai nyawa untuk anaknya. Allahuakbar syurga buatmu bidadari syurga. Pemergiannya yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia berduka dan menghargai pasangan masing-masing. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

Sempena tahun baru Islam ni. Mari sama-sama kita muhasabah diri dan berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Sesungguhnya melawan nafsu itu adalah satu perjuangan besar.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

August 8, 2021

Selesai Dos Kedua Vaksin

Pejam celik pejam celik dah 8 haribulan hari ni. Banyak urusan yang tak selesai rupanya. Roadtax dan insuran kereta dah tamat 24/07/2021 lagi. Haha tak renew-renew lagi sebab tak boleh nak buat. Hari tu try buat online guna etiqa tapi sangkut dekat payment. macam-macam hal. Esok nak try buat lagi lepas tu nak kena pergi renew roadtax di pejabat pos atau JPJ. Harapnya selesai lah.


Risau juga ni kalau roadtax dengan insuran mati ni. Buatnya tiba-tiba ada emergency kan. Harapnya dipermudahkan segala urusan lah. 


Minggu ni banyak benda yang terjadi. Kak feni dah start masuk kerja 3/8/2021 dan kerja 3 hari je seminggu. Selasa, Rabu dan Khamis. Jadi kelam kabut sikit dengan PDPR anak-anak. Malam baru boleh fokus untuk selesaikan kerja sekolah anak-anak.


Minggu ni macam relax sikit sebab hari Selasa cuti awal Muharam. Jadi boleh la santai sikit. Kalau kerja dan sekolah anak-anak, Allah hanya tuhan saja yang tahu macam mana. Kadang-kadang memang tak terkejar pun. Buat apa yang perlu je.Kadang-kadang Kak Feni biar je bagaikan angin lalu. Emosi nak kena jaga juga. kalau kita stress, anak-anak stress apapun tak jadi kan. Allah. Mohon agar Allah permudahkan segala urusan.


Kak feni dah selesai 2 dose vaksin. Dose kedua pada 6/8/2021. Alhamdulillah setakat ni cuma lenguh-lenguh tangan je. Pagi tadi ada rasa macam cirit birit. So far so good. Takde demam yang teruk-teruk. Cuma rasa lapar sokmo nak makan. Hehehe


Dalam masa 14 dari tarikh vaksin kedua ni tempoh untuk completekan dose vaccine. InshaAllah kalau takde pape Kerajaan kata boleh balik kampung. Kita baliklah jenguk mek. Mek pun dah selesai vaksin 2 dose. InshaAllah semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.



Gambar pagi sebelum bertolak ke Pusat Pemberian vaksin Bangi Avenue. Jauh kami berjalan. Hehe 2 kali vaksin makanya 2 kalilah kami ke sana. Masa dose pertama hari tu 3 roadblock kena jumpa. Kali ni free and easy. Takde roadblock. Alhamdulillah.


semoga yang baik-baik datang kepada kita dan serahkan semua urusan kita hari ini, esok dan seterusnya pada Allah untuk diuruskan kerana Allah sahaja yang Maha Mentadbir. Alhamdulillah.

July 26, 2021

Order Vitamin C Shaklee Masuk - Alhamdulillah

 Hari ni hari santai sedunia. Ewahhh ! sebab apa santai? Sebab dok rilek je sepanjang hari. Baju tak payah mesin, nasi takyah masak, keje tengok hp je dari pagi sampai petang. Letih tidur. Tadi keluar kejap gi cari makan beli mcd sebab lama dah tak makan mcd.


Sekarang kan tak boleh dine in jadi kita drive thru jela. Biasa dah kalau drive thru mesti kena check betul-betul. Mesti ada yang kurang. Sebelum ni Kak Feni balik kerja singgah mcd Taman Midah pun sama. Mesti tak cukup, dan husband yang kena keluar pergi minta balik. Hari tu tak cukup bubur. Kena lah turun gi minta.


Hari ni tak cukup fries pulak. Dahlah beli 4 set. Selalu kena macam tu. Kat mana-mana pun sama. Hari tu beli banyak-banyak juga untuk opis punya. Nasib baik ada parking jadi boleh tunggu dan check satu-satu. Tu pun tak cukup burger jugak. Beli banyak jadi kena check dulu. Buatnya sampai opis yang orang order tu tak cukup, tak ke naya. Kita yang tukang beli ni lah yang dipersalahkan.


Benda kita bayar bukan free dan harga pun boleh tahan. Bukan hari-hari kita boleh makan mcd. Sebulan pun sekali 2 je boleh makan kita ni. Tunggu gaji atau pun dapat duit untung/komisyen meniaga. Rezeki tu ada sokmo. Alhamdulillah.


Bukan nak pertikaikan staff mcd ke apa, paham sebab diorang pun penat dan banyak order. Bahagian kita la pula untuk check kalau tak cukup boleh je gi minta benda yang tak cukup tu. Benda boleh settle kan. Masa tengah drive thru kat mcd tu tengok memang ramai runner food panda dan grab tengah menunggu order masing-masing. Maklumlah semua tak boleh nak dine in kan. Hari Ahad pulak tak boleh keluar, lepak rumah order makan dengan e-hailing.


Kat Langat ni macam tak banyak kedai yang bukak tu yang putus angin nak order tu. Kalau macam terdesak sangat barulah order. Kak Feni dengan anak-anak dah 2 hari makan nasi  dengan telur mata kerbau. Malam ni pun masak nasi dan goreng telur je. Tak tahu dah nak masak dan makan apa. 


Esok dah start PDPR anak-anak. Nak masak ke nak beli tengoklah macam mana. Rasa macam nak masak je. Masak cincai-cincai je. Anak-anak ada ayam atau ikan goreng dah okey. Lauk basah semua dah habis dalam peti ais tu. Nak kena keluar pagi la esok kalau nak cari lauk. Harap abahnya pergi la beli pagi esok.


Alhamdulillah hari ni dalam malas-malas pun order shaklee masuk. Terusla kita online je sebab Kak Feni malas nak keluar pergi J&T. Ada stock kat rumah ni. Biarlah submit online jela. Benda boleh guna handphone kan. Buat apa nak susah-susah ke diri. Lain kalau yang nak COD tu boleh keluar hantar. Ada ready stock 2 3 botol suplemen kat rumah ni okeylah kan.


Payment masuk kita terus order lah. Lambat order lambat lah sampai dekat customers kan. Jadi untuk kita elakkan terguna duit customer baik kita buat order terus. Macam dropship juga la bisnes Shaklee ni tapi yang bestnya kita tak payah nak bersangkutan dengan orang. Order masuk terus je klik klik. 




Dah selesai buat order kita tunggu jela sistem update no tracking. Lepas tu kita bagi no tracking dekat customer. Selalunya Kak Feni akan tolong track barang tu dah sampai kat mana. Memudahkan urusan dan pastikan barang sampai dengan selamat. Kalau tak sampai kita kena update la customer. 


Sekian untuk hari ini. 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...