May 19, 2021

Anak-anak Dah Start PDPR Di Rumah

Dua tahun ni sangat mencabar bagi Kak Feni dan juga semua ibu bapa yang ada nak masih belajar. Masa PKP awal hari tu okeylah sebab semua duduk rumah. Work from home. Tapi sekarang ni dah kena masuk kerja jadi kena tunggu ummi dengan abah balik kerja baru boleh buat kerja.


Yang Abang Aus okey sikit sebab dia dah darjah 3, boleh harap dah. Kalau ummi bagi wasap ke apa. Dia boleh faham dengan apa yang cikgu ajar. Adik jela yang masih terkial-kial lagi. Masa semangat nak buat kerja sekolah okeylah. Time dia taknak buat kerja sekolah boleh jadi mak kau hijau.


Allah nak cerita pasal mak kau hijau ni memanglah boleh naik stress dan kemurungan dibuatkan. Kak Feni ni dahlah mudah penat dan stress. Jadi nak taknak kena relaxkan diri jangan stress-stress sangat. Biar jela lepaskan semuanya dan serahkan pada Allah untuk uruskan sebab kita sebagai hamba ni kekuatan kita terbatas. 


Hari ni nampaknya kes semakin naik sampai 6k lebih. Taktahu nak cakap apa dah. Kita ikut SOP, orang lain tak ikut. Nak cakap apa. Semoga kita semua dijauhkan dari segala penyakit merbahaya dan selamat dunia akhirat.



Tulis dekat whiteboard jadual anak-anak walaupun diorang pikul je semua buku-buku sekolah agama. Hari Isnin tu pergi belajar di rumah Angahnya sebab Angah cuti. Ni kena duduk rumah opah lah sebab Angah dah start kerja. Kalau pergi rumah Angah nye buat perang dunia ke 3. Naya. Haha bertabahlah.


Ummi dan abah pun kadang-kadang terbabas jugak sebab penat sangat. Balik kerja dah penat nak kena jadi cikgu pulak. Kadang-kadang tak pandai jadi kena google dulu macam mana nak buat. Cabaran ibu bapa hari ini. Untuk yang tak berkemampuan pulak tak tahu la macam mana. Dengan handphone, laptop, printer dan juga line internet. Yang ada anak 5 6 orang kena belajar serentak pun tak tahulah.


Inilah dinamakan norma baharu. Nak tak nak kita terpaksa menghadapinya. Semoga segala kesulitan ni cepat berlalu. Allah ada dan tak pernah tidur. Sama-sama kita doakan. Allahumma Amin. 💗 

May 5, 2021

Selesai Bayar Zakat Fitrah Untuk Tahun Ni


 

Alhamdulillah hari ni dah selesai bayar zakat fitrah untuk kami sekeluarga. 4 orang semuanya. Abah dah janji dapat je gaji abah nak bayar zakat. Alhamdulillah selesai dah. Selesaikan apa yang patut awal takut lupa. Biasalah kita ni manusia sentiasa lupa. 


Tahun ni abah banyak buat kerja di Selangor, jadi dia bayar di Selangor. Dah 2 tahun bayar di di Selangor. Sebelum ni bayar di Wilayah sebab kami 2 2 kerja di Wilayah. Takpelah bayar mana-mana pun janji bayar zakat. Jangan tak bayar.


Lega bila dah selesai satu bab. Macam ni lah kita kalau tiap-tiap tahun. Bayar zakat fitrah ikut jumlah yang ditetapkan oleh kerajaan. Zakat lain-lain tu kena kira lain. Zakat pendapatan, zakat simpanan dan macam-macam lagi. Emas pun kalau banyak cukup haulnya pun kena bayar. Bagi Kak Feni yang ada berapa bentuk cincin ni tak sampai kena bayar zakat lagi sebab memang buat pakai.


Rezeki semuanya. Semoga tahun depan covid ni hilanglah dari muka bumi ni. Nak balik kampung nak beraya. Kami semua rindu keluarga. Tahun ni dah dapat SOP raya dan Kak Feni berada dalam zon PKP. Tak boleh rentas daerah dan negeri.


Nasib baik adik beradik suami duduk satu daerah. Jadi tak terasa sangat cuma mak di kampung lah yang rindu anak-anak dan cucu. Semoga semuanya baik-baik saja. Kita sama-sama doakan agar semuanya kembali pulih seperti biasa. InshaAllah.

May 4, 2021

Done Renew Domian www.safenifeni.com

Beberapa hari lalu dapat email notification yang domain untuk safenifeni.com dah nak expired pada 27/05/2021 nanti. Sementara ada modal ni baik kita renew lah siap-siap. Kang terguna duit lagi pening. Huhu


Tiap-tiap tahun memang dah kena standby untuk renew domain ni. Sebabnya memang guna platform blog ni untuk jual barang atau produk atau servis. Alhamdulillah ada je rezeki dengan blog ni. 



Kak Feni start guna domain ni dari tahun 2018. Jadi tahun ni dah nak masuk 4 tahun dah guna domain. Hehe walaupun tahun ni tak banyak menulis tapi sales untuk produk Shaklee memang ada je dapat melalui blog ni. 


Dan semalam dah selesai buat bayaran kepada sempoi hosting. Terus email resit dan malam tu jugak dapat invoice dari mereka. Alhamdulillah mudah kan? Keluar modal sikit untuk kedai online kita. Kalau di fb dan ig ada ads. Blog kita boleh guna google. Orang akan google je senang. Tu pentingnya ada blog satu. 

Kak Feni ada juga 1 lagi blog personal safenifeni.blogspot.com yang tu jarang update tapi untuk backup sebab banyak meraban di situ. 


Selain kena renew domain untuk blog. Kak Feni jugak akan renew SSM untuk bisnes kecil-kecilan Kak Feni ni. Bila ada SSM dan statement kita cantik. Ni semua boleh buat modal untuk apply loan. Kak Feni apply loan rumah guna statement bank dan SSM sebab gaji Kak Feni tak banyak. Sikit sebanyak dah membantu. Alhamdulillah terima kasih ya Allah.


Semalam lawyer rumah dah wasap yang proses tukar nama di geran dah berjalan. Dari owner lama ke purchaser baru. InshaAllah 2 3 bulan lagi akan selesailah. Berkat bulan Ramadhan yang mulia ni, alhamdulillah Allah kabulkan doa-doa Kak Feni.


Semoga yang baik-baik je datang kepada kita nanti. InshaAllah.

May 3, 2021

Minyak Wangi Raya

Tahun ni tak dapat balik raya di kampung. Jadi kita raikan apa yang ada. Semalam jalan-jalan di Jusco Balakong, penuh orang. Nak beli satu barang je tapi bila dah tengok offer banyak ni mula lah.



Hasil tangkapan bila dah dapat keluar ni kan. Belilah minyak wangi offer 2 botol RM129. Dapat free lotion bau serai. Hehe nak masuk hutan banyak nyamuk boleh pakai losyen tu sebab bau serai. Lupa nak ambil gambar lotion.


Sebenarnya dah lama nak beli minyak wangi baru sebab yang lama semua dah habis. Beli yang local je murah-murah dan mampu milik. Nak beli yang original tu nak jugak tapi rasa macam sayang duit. hehe maklumlah golongan marheam kan. Selagi boleh berjimat kita berjimat.


Nak belanja pun setahun sekali nak merasa barang mahal sikit. Kalau tak biasa-biasa jela sebab kita kan golongan biasa. Alhamdulillah rezeki dapat merasa jugak. 





May 1, 2021

19 Ramadhan Dah Kita Ni

Pejam celik pejam celik hari ni dah 19 Ramadhan. Kak Feni sibuk dan kurang mood nak menulis. Allah nak ambik mood nak menulis satu-satu entry pon susah. Dapat job review pon malas. Haha sebab rasa macam kaya nau dah tu sampai tolak job. Haha bukan lah sebab nak menulis ni pun kena ada mood jugak. Kalau tak kelaut biru jugak.


Kak feni lebih suka santai-santai dan tak ikut SEO sangat. Biarlah view sikit pun sebab anggap bukan rezeki ku. Kaya, rezeki. Susah pun rezeki. Berbalik pada rezeki dan Allah inshaAllah hati akan tenang.


Bila dah semakin meningkat umur ni. Rasa malas nak ambil campur urusan orang lain. Nak perbaiki diri sendiri je sebab memang tahu diri ni memang sentiasa banyak kekurangan dan dosa. Kalau dosa dengan Allah tu, kita boleh mintak ampun dan merayu pada Allah. Kalau dosa sesama manusia ni kena minta maaf dengan manusia. Seeloknya taknaklah berdosa dengan manusia. Kak feni nak minta maaf dengan semua orang andai ada salah dan silap selama hidup ni.


Bulan Ramadhan ni, bulan yang terbaik untuk kita tingkatkan amalan dan topup yang mana kurang. Mana tahu salah satu amalan kita ni boleh membawa ke syurga Allah. InshaAllah.


Kak Feni pun kurang aktif di media sosial seperti ig dan fb sempena bulan Ramadhan ni. Post pun jarang-jarang. Muncul sekali sekala sebab nak bagitahu diri ini wujud lagi. Tak sepulun dulu nak kejar sales. Haha memanglah orang kata kena usaha lebih kalau nak lebih. Benda kalau kita berbalik pada Allah hati akan tenang. InshaAllah.


Kak Feni pun macam orang lain jugak. Insan biasa. Ada masa rasa semangat sampai ke langit nak dituju. Ada masa rasa down gila sampai taknak buat apa-apa. Macam tulah hidup ini. Bagaikan roda. Ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Begitulah ujian yang harus kita hadapi selagi nama manusia.


Tahun ni Kak Ani tak ambil stok meniaga banyak sebab masalah kovid ni. Takut tiba-tiba bazar Ramadhan takleh bukak, naya burn modal. Dahlah nak ambil stok tudung pun bukan murah. Tapi takpe benda tak basi dan boleh jual secara online. Kalau nak jimat kos penghantaran boleh pickup sendiri di kedai Kak. Tapi kebanyakan yang online ni minta pos sebab malas nak keluar. Tunggu abang posmen hantar depan pintu.


Satu masalah bila penduduk kampung yang order tapi kena keluar juga sebab posmen atau abang kurier tak jumpa cari rumah. Kebanyakkannya kena keluar pergi ambil sendiri di pejabat pos atau branch kurier. Haaa terbebel pasal kurier pulak dah. oklah dan nak masuk waktu berbuka. Banyak-banyak berdoa agar kita semua sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Boleh balik kampung jumpa insan tersayang.



Share 1 gambar untuk kenangan. Kami berbuka di luar dan jalan-jalan shopping untuk raya. Kak feni sayang semuanya.

April 30, 2021

Beraya di Rantauan Lagi tahun ni

Pejam celik pejam celik dah 18 Ramadhan hari ni. Tahun ni nampak gayanya tak balik beraya di kampung lagi la kita ya.

Sedih mengenangkan dah 2 tahun tak dapat beraya bersama keluarga di kampung. Nasib baik Kak Feni ada 6 adik beradik. 2 ada di kampung. Abang long ngan abang ngah di Kelantan. Abang Ngah duduk ngan mek. 2 di Perak, Kak Ani dan Atun. 2 di Selangor, Abang Chik ngan Kak Feni. Kak Feni anak bongsu. Jadi masing-masing ada genglah.

At least ada adik beradik buat hilang duka. Tahun ni tak tahulah macam mana gaya raya. Sop raya pun tak keluar lagi dengan kes makin hari makin naik. Kita pun dah pening. Ada sorang anak buah Kak Feni yang tengah belajar kat Shah Alam pun tak tahu lagi macam mana. Kata dapat balik sebelum raya tapi tak boleh balik sendiri. Kena pihak sekolah yang uruskan sama ada balik dengan bas atau van. Nak contact dia pun tak boleh sebab hari sabtu 2 jam je warden bagi tengok handphone.

2 minggu sudah, kak feni ada hantar makanan untuk dia. Memang tak boleh jumpa. Makanan pun hantar sampai dekat guard je. Makanan untuk berbuka dan sahur. Kesian asyik makan makanan asrama. Beli lah jajan sikit buat hilang boring makanan asrama.



Alhamdulillah seminggu lepas tu baru dia reply wasap Kak Feni dah dapat makanan. Ma dengan abah jauh di Kelantan nun. Jadi kita mak sedara yang dekat ni lah yang hantar. Ayah chik dia pun ada kalau ada apa-apa hal. Maklumlah baru first time jauh dengan ma dan abah.

April 13, 2021

Salam 1 Ramadhan Untuk Semua

Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan yang sangat mulia ini. Allahuakbar terima kasih Allah kerana masih memberikan peluang dan ruang untuk menyambut Ramadhan kali ini. Semoga tahun ni lebih baik dan lebih bermakna untuk kita semua.



Awal Ramadhan kali di rezeki mencurah-curah. Dapat serunding daging segar dari Kelantan. Terima kasih kepada yang memberi. Seorang dapat 1/2kg. Allah memang rezeki Kak Feni memang suka makan serunding ni dengan nasi panas-panas. Takpun makan dengan roti. Kalau ada ketupat palas lagilah nikmatnya. 


Semalam kami tidur di rumah mentua Kak Feni sebab nak bersahur ramai-ramai di sana. Malam ni dah nak balik bersahur di rumah sendiri. Adalah prepare sikit bahan-bahan makan untuk kami 4 beranak bersahur. Kak Feni banyak prepare yang senang dan mudah je. Kadang-kadang bawa balik makanan yang mentua masak. Bila sahur bangun panaskan je.


Anak sulung Kak Feni pagi tadi dia bangun minum air jer. Kak Feni bancuhkan milo panas untuk dia supaya boleh tahan sampai berbuka. Maklumlah cuaca sekarang ni bila tengahari panas betul. Petang pulak kadang-kadang hujan kadang-kadang tak. Tak menentu. Doa Kak Feni agar anak-anak kuat untuk berpuasa penuh. InshaAllah.


Semalam Adik Rayyan balik sekolah tunjuk dia dapat hadiah cikgu bagi. Biskut dengan bekas letak makanan. Nanti lepas raya nanti bolehlah guna untuk letak bekal dia untuk dibawa ke sekolah.



Seronoklah anak ummi dapat hadiah dari cikgu. Dia cakap semua kawan-kawan dalam kelas dapat. Alhamdulillah rezeki mengalir tak pernah putus.


Semalam jugak vitamin yang Kak Feni order minggu lepas sampai. Vitamin untuk wanita ! Vitamin cantik. Limited edition ni. Berebut dengan SID lain. Nasib baik upline Kak feni selalu ingat dengan Kak Feni. Hehe sebab dah lama order ni tapi takde stok. Bila ada ni terus grab banyak terus. Boleh sampai 6 je. 3 dah ada yang booking jadi ada 3 lagi yang boleh jual.



Alhamdulillah rezeki dalam bisnes online ni sentiasa ON walaupun hari-hari sibuk dengan kerja hakiki dan urusan rumah tangga. Boleh topup yang mana yang lompong. Terima kasih Allah sebab sentiasa berikan jalan untuk hidup lebih tenang dan senang.


Urusan pos mengepos akan dibuat selepas balik kerja. Kalau tak semuanya Kak Feni buat secara online saja. Hari ni nak pos 2 botol GLA-Complex ke Kelantan. Dah lama customer ni tunggu stok siap pesan kalau ada suruh pos terus. 

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni. Kak Feni susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah samaada sedar atau tidak. Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah. Amin.







Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...