March 18, 2021

Singgah Shaklee Velocity untuk Topup Stok Sempena Bulan Ramadhan

Semalam balik kerja sempat singgah di Shaklee Velocity. Ambik stok untuk customer yang dah order. Walaupun banyak produk yang takde stok, alhamdulillah untuk produk yang ada memang sentiasa ada permintaan.


Sempena nak sambut bulan Ramadhan yang tak sampai sebulan lagi ni. Kak Feni dah sediakan beberapa stok ESP yang kebetulan sedang promosi bulan ni. Beli 4 can ESP dapat free shaker. Memang mantap la kan. ESP tu boleh jual secara loose satu-satu. Untung dapat, bonus pun dapat. Memang tak rugi join ahli Shaklee dan jana pendapatan.



My partner dalam segala hal. Mujur datang dengan dia. Bolehlah dia tolong angkut kotak yang boleh tahan berat ni. Sejak MCO tahun lepas, Kak Feni memang tak pergi langsung Shaklee Velocity. Order secara online je dan abang kurier hantar ke rumah atau opis. Untuk customer yang ada di sekitar Hulu Langat dan KL (kawasan opis) Kak Feni.



Lama tak pergi branch wei lain macam feeling dia. Dah tak sama macam sebelum MCO. Kalau sebelum ni boleh ambil bakul dan shopping macam dekat mall. Boleh belek satu-satu produk yang Shaklee display. Kali ni pergi semua kena ikut SOP yang ketat. Haha macam jakun pulak rasa. Nak masuk pun macam biasa kena scan mysejahtera dan ambil suhu dulu. Ada orang yang jaga bahagian ni.

Lepas tu boleh terus ke kaunter untuk order. Kak Feni sampai Shaklee Velocity dalam pukul 6.00 macam tu, jadi tak ramai orang mungkin sebab cuaca hujan juga. 

Order produk yang Kak Feni nak. Bayar dan ambil resit kemudia kena pergi ke bahagian stok dan serahkan resit kepada penjaga stok untuk terima barang. Dia yang akan ambil semua produk yang kita nak. Ikut apa yang ada dalam resit. Kena sama-sama semak untuk elakkan kekeliruan. Dah selesai ambil barang boleh pulang dengan senang hati. 


Yang bestnya meniaga produk Shaklee ni tak perlu modal yang besar pun. Boleh jual ikut permintaan dan boleh order secara online saja. Kalau rasa nak simpan stok sikit-sikit pun boleh sebabnya inshaAllah pasti akan ada orang nak beli. Selalunya yang amalkan Shaklee ni pasti akan repeat order sebab serasi dengan suplemen atau vitamin Shaklee.

Boleh rujuk juga : Kebaikan Makan Vitamin untuk maklumat lanjut.

Dah selesai di Branch Shaklee Velocity kami pun bergerak pulang dengan senang hati. Ewah !



Thanks to my husband sebab sentiasa support apa yang isteri dia buat ni. Alhamdulillah semoga segala apa yang kita impi dan harapkan menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan.


Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau nak jadi ahli Shaklee bolehlah hubungi Kak Feni melalui whatsapp +601115672780.


March 16, 2021

Nak Jual Shaklee Tapi Taknak Join Ahli ?

Nak jual Shaklee tapi taknak jadi ahli. Boleh saja sis. Jadi dropship je. Dapat untung runcit yang berbaloi-baloi. Tapiii kalau join ahli lagi berbaloi-baloi.

Mari Kak Feni share cara macam mana nak buat duit banyak dengan produk Shaklee. Best gila buat Shaklee ni sebab modal kecil dan income besar.



Jujur Kak Feni kata walaupun buat dropship boleh juga tampung belanja bulanan. Mula-mula try untuk diri sendiri. Bila dah share dengan orang lain secara tak langsung orang lain pun nak cuba. Produk ni confirm akan ada repeat order. Jadi jangan risau dengan rezekinya. 


Promosi Shaklee Bulan Mac 2021.



Bulan ni kalau korang beli 4 tong ESP ni terus boleh sign up jadi member. Kalau tak harga member Shaklee ni RM35.00. Jadi dah jimat banyak kat situ. Boleh buat beli pampers anak, atau bayar bil atau etc lah. Kalau Kak Feni dah boleh topup prepaid handphone untuk sebulan. Awak taknak ke?

Okey lagi bestnya bila beli 4 tong ESP ni dapat pulak Shaker hijau cantik menawan menggoda tu secara percuma. Memang tak rugi sangat kalau grab bulan ni.

Lagi best nak share. Bila dah grab 4 can atau 4 tong esp ni, next month korang akan dapat bonus atau senang cerita cash back secara tunai yang dibank in terus ke akaun kita. Macam Kak Feni, dia link dengan akaun maybank. Jadi bonus tu terus masuk Maybank la. Bonus ni selalunya akan masuk tengah bulan dalam 15 haribulan tak tentu. Selalunya awallah. Lambat setakat ni belum lagi.

Memang bestlah sebab sementara tunggu gaji, duit bonus dah masuk. Gaji kita boleh buat macam-macam lagi.

Selain beli 4 Can ESP ni ada juga cara lain untuk signup member secara percuma macam poster di bawah :-



Beli 2 botol ResV
3 Can ESP
4 Botol Omega Guard


Boleh dapatkan rundingan dan khidmat nasihat percuma dengan Kak Feni kalau berminat.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com



March 13, 2021

Alhamdulillah Mata Tak Kena Operate

Hari ni pagi-pagi dah bersiap nak pergi klinik mata dekat dengan opis. Sebelum pergi ke klinik beli sarapan untuk anak-anak dulu sebab nak tinggal di rumah opahnya. Kami singgah beli roti canai dulu di kedai depan tu. Oleh kerana hari ni hujung minggu, makanya ramailah orang di kedai tu. Kena tunggu lama baru boleh dapat roti canai yang kami order walaupun dah order melalui whatsapps. 



Keadaan mata Kak Feni dah bertambah baik berbanding semalam. Dah tak bengkak dan sepet macam semalam. Rasa lebih lega. Kena pergi juga klinik sebab dah buat appointment. Kami bertolak agak lambat dari rumah dan sampai di klinik pukul 11.00 pagi. Ada juga beberapa patient yang sedang buat rawatan. Jadi kena tunggu turn.



Nasib baik ada cermin mata hitam yang Kak Feni beli sekali bingkai ada power ni. Bergunalah juga masa tengah sakit mata ni. Cuaca panas sangat dan cahaya menusuk mata. Bila kenakan spek hitam ni kuranglah sakit berdenyutnya. Barulah tahu nikmatnya. Pakai spek hitam bukan untuk bergaya semata tapi untuk perlindungan mata kita juga. 


Lepas jumpa doktor dan cek mata ni. Doktor cakap takde nanah dan tak perlu buat operation buang nanah. Alhamdulillah memang lega sangat sebab takut juga. Haha.


Doktor bagi 3 jenis ubat titis yang kena titis 4 kali sehari. Pagi, tengahari, petang dan malam. Jadi kena konsisten setiap hari sehingga sembuh. InshaAllah hari Isnin ni kena datang lagi untuk checkup mata.




Lepas balik dari klinik kami singgah makan tengahari dulu. Lama tak dating berdua laki bini. Haha dah tua pun tetap kena dating jugak. 💓 Okey daaa nanti Kak Feni free kita cerita pasal kesembuhan mata i ols ni pulak ya.




March 12, 2021

Dah Seminggu Mata Bengkak dan Bernanah

 Alahai tak bestnya bila sakit mata kena ketumbit ni. Sakit dah mula rasa start hari Ahad lagi tapi bengkak macam sikit je boleh tahan lagi. Hari Selasa pergi klinik, doktor bagi ubat titis mata je sebab dia kata dah ada antibiotik dalam tu. Dia tak bagi ubat antibiotik makan.



Keadaan mata belah kanan sebelum pergi klinik hari Selasa lepas. Bengkak dan rasa sakit nyut-nyut. Balik kerja terus singgah di klinik.


 Doktor tanya nak MC ke tak, Kak Feni cakap taknak sebab banyak kerja yang nak kena setel di opis nun. Jadi Kak Feni pun kerjalah macam biasa berbekalkan dengan ubat titis dan ubat tahan sakit yang doktor bagi.


Semalam Datin beli sambal sotong dan takde sape nak bawa balik. Makanya Kak Feni bawa balik dan makan. Allahuakbar lupa nak pantang makan. Pagi ni bangun langsung tak boleh nak celik mata. Sakitnya ampun. Kena ambil emergency leave la jawabnya. Macam mana nak pergi kerja dengan mata bengkak dan sakit sangat ni.



Keadaan mata Kak Feni hari ni. Sepet takleh nak buka. Mata ni berat je dan macam nak tidur je rasa. Bila cuaca panas, rasa berdenyut macam nak terkeluar biji mata. Esok dah call klinik pakar mata yang dekat opis tu. Nak buang nanah di kelopak mata ni. Doktor kata kalau dah jadi macam ni makan antibiotik pun tak guna sebab dah ada kuman. Kalau awal-awal sakit mula bengkak hari tu okey.


Hurmmm ingatkan tak seteruk ni. Aduii sabar jela. Kak Feni kena pergi dengan husband la esok. Lepas buang nanah tu kena banyak rehat. Nak drive macam mana. Nasib baik hubby kata "takpelah abah amik leave jela". Alhamdulillah sayang jugak dia kat bini dia ni kan. Kalau tak semua benda bini buat sendiri 😄.


Bila dengar nak kena minor operate ni seriau jugak la rasa tapi mengenangkan rasa sakit ni. Kena kuatkan dan tabahkan hati. Kang lagi teruk lagi naya. 


Semoga semuanya baik-baik saja. InshaAllah. 💜


March 9, 2021

Alhamdulillah Tudung Bawal Sabela Dah Sampai


Setelah berhari-hari menunggu akhirnya parcel yang mengandungi tudung bawal Sabela tiba juga. Kak Feni beli dengan sahabat Kak Feni yang jadi ejen Sabela. Beli 2 helai tapi dapat 3 helai. Thank you so much my friend. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki selalu. Amin.


Parcel ni selamat sampai pada hari Khamis lepas. Jumaat terus melaram pakai pergi kerja. 



Tak sempat nak berOOTD dengan tudung bawal baru sebab seharian sibuk dengan tugas opis. Nasib baik pagi tu sempat selfie. Kainnya lembut dan mudah bentuk. Kak Feni suka sangat. Haha.


Next day hari Sabtu kena bawa opah pergi klinik dan nak cari barang sekolah Abang Aus. Melaram lagi dengan bawal baru.



Lepas gi klinik kami singgah sebentar di tasik tepi jalan untuk bagi ikan makan roti yang dah expired. Panas-panas pun tudung tetap maintain cun on point. Selesa sangat pakainya.




Hari ni mata naik ketumbit jadi bengkak sikit. Biar mata bengkak pun tetap kena pergi kerja. Melaram dengan bawal sabela lagi. 





Selesai sudah merasmikan 3 helai tudung Sabela. Esok pergi kerja kita pakai jela tudung bawal yang mana ada. Janji bertudung dan sopan gitu.

Jom kerja sekuatnya cari rezeki untuk hidup.



February 16, 2021

Ambil Buku Teks Sekolah Agama Anak-anak

 


11 hb lepas gi sekolah kebangsaan. Hari ni hari last hantar buku teks sekolah agama dan ambil buku teks tahun 2021. Alhamdulillah setel semuanya. Yang darjah 1 pun dah selsesai bayar yuran. 

Belanja makin banyak tahun ni. Tak tahu bila nak buka sekolah. Ummi ingat nak beli satu laptop untuk memudahkan anak-anak belajar. InshaAllah kalau ada rezeki. Harga makin melambung naik sejak ramai kena belajar secara online ni. Kita kumpul duit dulu la.


February 4, 2021

I-Sinar Dah Bersinar

 Alhamdulillah hari ni gaji husband masuk. Bolehlah setel apa yang patut. Gaji Kak feni untuk bulan January 2021 masih delay dan tak tahu bila nak masuk. Allah nasib baik Kak Feni ada apply i-sinar jadi boleh lah tampung yang mana perlu. 


Nasib baik try buat walaupun tahu harapannya tipis. Tak salah mencuba kan? Tengok-tengok duit dah masuk RM1k dalam akaun. Terus Kak Feni bayar sewa rumah. Dah lambat sangat ni sebenarnya. Sepatutnya kena bayar paling lewat pun 1 haribulan setiap bulan. Nasib baik dapat tuan rumah yang baik dan memahami. 





Saat-saat macam ni memang struggle gila. Boleh pusing-pusing duit untuk hidup pun mujur. Nak beli barang yang bukan keperluan ni pun fikir 45 kali. 


Dengan anak-anak sekolah yang kena guna handphone atau laptop untuk belajar. Semalam dan kelmarin adalah pergi survey laptop dekat Bangunan Mara tu. Konon nak beli sebuah supaya senang nak buat homework. Harganya amboi semuanya 2K ke atas. Lari bajet mak nak. Kena kumpul duit lagi la ni.


Tadi pergi sekolah ambil buku teks di sekolah Abang Aus. Ingatkan boleh ambil terus yang adik darjah 1 tapi tak boleh sebab cikgu tak siap susun lagi. Makanya neexweek ummi kena pergi sekolah semula untuk ambil buku teks adik. Nasib baiklah boleh masuk opis lambat. Allah permudahkan segala urusan.


Alhamdulillah dalam sesak-sesak ni Allah tolong jugak. Gaji walaupun lambat tetap bersyukur sebab ada jugak gaji masuk cuma lewat. Jadi kena cari duit lain dulu untuk cover komitmen awal bulan ni. Semoga cepatlah covid ni berakhir. Kita semua akan kembali seperti dulu. InshaAllah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...