September 21, 2020

Cuti Balik Kampung 4 Malam 4 Hari

 Assalamualaikum. Hari ni Kak Feni dah kembali masuk opis setelah bercuti mula dari hari Sabtu lepas. Mari kita mulakan perjalanan cuti Kak Feni.

Sabtu -12/09/2020


Kami bertolak dari Langat pukul 9.00 malam sebab husband Kak Feni masih kerja pada hari Sabtu tersebut. Kita pun ikut jelah driver kan. Kami makan malam siap-siap di rumah mertua Kak Feni sebab kami tak masak. Hehe semangat nak balik kampung kan.

Jalanraya kali ni lengang dan santai saja sebab bukan musim perayaan kan. Kami pun santai-santai je. Tak laju nak rushing sangat. Memandu pun tak laju macam formula one.

Sebelum jalan tu dah singgah beli macam-macam makanan untuk bekalan anak-anak dalam kereta. Kami sampai di Gua Musang pukul 1.00 pagi. Husband cakap nak rehat kat sini je. Suruh Kak Feni google hotel. Haha aku dah tak ingat hotel nama apa. Semalam RM70 untuk 2 single bed. Hotel ni dekat atas bank BSN Gua Musang. 

Malas nak buat review. 

Okey setel bab tempat tidur. Kami bermalam di Gua Musang sampai subuh. 


Ahad - 13/09/2020

Kami bangun awal siap-siap nak cari sarapan di Gua Musang. Husband Kak Feni bawa kami pergi makan roti canai di Stesyen Keretapi Lama Gua Musang.




Kami makan roti canai kuah kari dan minum minuman biasa masing-masing. Kat sini best jer dan sejuk sebab dekat dengan gua. Sambil tunggu roti canai siap kami anak beranak merayap ambil gambar kenangan.

























Mengimbau kenangan lama. Masa kecil dulu kami selalu naik keretapi untuk ke Pahang. Stesyen yang kami naik ialah Kuala Krai. Masa kat atas keretapi tu banyaklah pit stopnya. Gua Musang mesti riuh rendah sebab ada gua. 

Lepas makan sarapan dekat sini. Kami teruskan perjalanan ke rumah Tokmek. Jauh lagi perjalanan. Gua Musang ke Pasir Puteh ambil masa 2 jam setengah juga sebab lebih kurang 170km. Kami akan lalui Kuala Krai dan Machang. 

Sampai di rumah Tokmek pun dah nak masuk zuhur. Terus call tokmek bersiap nak gi makan nasi air di Pasir Puteh.



Seronok sangat Tokmek bila anak menantu balik. Kami bawa makan nasi air di Pasir Puteh. Lepas gi shopping apa barang yang dia nak kami balik. Rehat kat rumah tokmek.



Anak-anak paling seronok sebab boleh jadi orang kampung. Kebetulan bunga api lebihan raya tahun lepas masih ada. Beraya sakan lah 2 beradik tu.

Isnin - 14/09/2020

Pagi-pagi kami dah bersiap untuk bawa Tokmek pergi ambil darah di Klinik Kesihatan. Kami pergi dekat dengan rumah Abe Long sebab senang nak ambil keputusan nanti. 

Lepas siap urusan klinik Tokmek kami terus berjalan ke Rantau Panjang untuk shopping toto dan cari makan. 





Haha beli makan saja pun habis berpuluh-puluh ringgit. Makanlah kami sampai lebam. Kak Feni shopping lah toto satu, tiffin yang tengah viral tu dan ada lah sikit-sikit kain batik. Rasa nak beli macam-macam tapi macam membazir pulak. Haha jadi beli jela ikut bajet yang hado ni.

Lepas kami ke Rantau Panjang, kami teruskan perjalanan ke Kota Bahru. Singgah kejap di Opis CSSB di Tunjung. Jumpa kawan-kawan opis. Lepas tu kami terus ke Pantai D'Aur dekat Bachok Kelantan.

Cantik sangat pantainya.


























































































Balik dari D'Aur kami teruskan perjalanan ke Tok Bali untuk tengok jeti dan beli ikan segar. Sampai rumah Tokmek dah azan maghrib. Kami siap-siap dan masak untuk makan malam. Malam ni hujan turun tak berhenti. Syok je rehat sebab hujan dan sejuk.

Selasa - 15/09/2020

Bangun pagi lepak dekat rumah. Ayah Long dah berkali-kali call suruh pergi ambil buah di kebun. Haha dia dah nak balik baru kami sampai.











Dekat kebun ayah long ni dekat dengan sawah padi. Masa kecik-kecik tokmek tanam padi kat sinilah. Kami dok berkubang tanam padi sambil main. Lelahnya rasa masa tu tapi seronoknya ada. Haha.






Sekali sekala balik kampung posing dalam kebun dan sawah. Haha mengimbau kenangan lama.

Balik dari kebun kami bersiap nak pergi Bukit Keluang di Besut, Terengganu. Tak jauh pun dengan rumah Tokmek. Perjalanan dalam setengah jam macam tu. 













Kami sampai di Bukit Keluang dalam pukul 3.00 petang. Mula janji dengan Cikni. Ingatkan dia and the gang sampai dulu. Rupanya kami yang sampai dulu. Sambut besday di dalam gua dekat Bukit Keluang. Haha makcik-makcik diva belaka.




Lepas posing mak-mak diva kami gerak balik. Depa bawa haluan depa dan kami terus balik rumah. Cuaca panas sangat sampai sakit kepala.

Malam rasa penat sangat tapi nak bawa anak-anak sedara gi makan dekat kedai pula.





Gambar ramai-ramai dalam handphone Cikni. Nanti kita update kemudian. Masa sampai kat Nasken Coffee ni hujan lebat. Kedai dia tepi jalan lepas flyover Tanah Merah. Kami parking dekat kedai sederet dengan Nasken tu, tuan kedai Siam tu nye marah kami parking depan kedai dia. Sabar jela. Malas nak panjang cerita kami alih jela kereta tunggu orang lain keluar.

Dengan hujan-hujan lebat ni memang spoil mood nak makan tapi aku bedal jugak. Hahaha dah lapar kan.

Balik dari makan, hantar kakak ipar dan anak-anak buah kami terus balik rumah tokmek untuk rehat dan tidur.

Rabu - 16/09/2020


Selamat hari Malaysia. Kami masih lagi di Kelantan. Petang baru gerak balik. Kami balik ikut Gerik sebab Wawan anak buah Kak feni buat nana pergi balik cari mama dia di Gerik. Mama dia balik kampung.

Mula plan nak balik dengan kereta masing-masing. Kak Ani drive pajero beliau sampai Gerik. Kami dengan kereta kami. Wawan tunggu di Gerik. 




Kami lalu ikut Jeli. Sebelum naik bukit Jeli - Gerik akan nampak satu gunung. Nama apa entah gunung ni. Lawa sangat.

Kami singgah rehat di R&R Banjaran Titiwangsa.





Cantik view kat sini. Ramai orang singgah untuk makan dan rehat serta berphoto.
 

Kami teruskan perjalanan ke Gerik. Singgah di Gerik kejap sebab nak makan laksa tapi laksa pulak habis. Order jela me bandung. Share ramai-ramai. Tak lama singgah di Gerik. Terus jumpa Wawan dan terus ke KL.

Singgah lagi di Hentian Sungai Perak untuk makan. Bekalan makanan yang Kak Feni bekalkan dari kampung. Mek masak gulai lemak putih petola. Kak Feni goreng ikan dan ayam. Bawa bekas budu dan timun potong. Haha berkelah di R&R best lah. Jimat belanja sebab duit banyak dah perabih masa balik kampung. 

Kami teruskan perjalanan dan sampai di Langat pukul 12.00 malam. Tamatlah percutian kami balik kampung kali ni. Semoga banyak rezeki sokmo-sokmo boleh balik kampung selalu.

September 11, 2020

Rasa Hilang Beban Di Kepala Kak feni

Dapat shabat-sahabat yang boleh layan kepala kita pun dah bersyukur yakmat. Terima kasih ya Allah untuk nikmat yang tidak terhingga ini.




Hari ni mula meeting dari awal pagi. Haha dah kena warning dari awal dengan boss sebab setiap hari Jumaat akan ada meeting atau briefing pasal projek lama dan baharu.


Sejak mula PKP hari tu banyak projek yang tergendala. Jadi nak start enjin balik memang jem rasa. Masuk kerja lambat balik kerja awal. Jadi banyak yang tertangguh. 


Ni Kak Feni dah mula datang dengan husband. Naik motor jadi ada lah masa untuk setelkan kerja-kerja yang tertangguh. Nak plan semula kerja personal yang tergendala. Haha semoga dipermudakan segala urusannya. Amin.


Kak Feni nak cerita pasal bayaran loan rumah Kak Feni hari tu. Ada jumpa la kakak yang sama level dengan Kak Feni ni. Dia kerja pejabat peguam. Ada dia tanya pasal macam mana proses beli rumah. Kak Feni pun story-storylah pasal segala benda yang berlaku.


Kami baru jer sign agreement dengan lawyer bank. Dia tanya bila start bayar ? Kak Feni pun cakap lah nanti dapat kunci baru start bayar. Dia pun cakap lah nanti feni tengok balik agreement. Gelabah juga lah Kak Feni sebab ni kan baru first time kami beli rumah. Tak tahu macam mana.


Risau juga takut loan dah kena bayar tapi kami tak bayar-bayar. Esoknya terus call bank tanya pasal status loan. Bank cakap belum ada apa-apa lagi. Nanti kalau dah nak kena bayar bank akan bagitahu kita melalui panggilan telefon dan surat. Kak Feni tanya juga ada hantar sms jugak tak sebab masa loan lulus hari tu bank ada hantar sms. Orang bank kata akan ada juga. Takpelah kita tunggu jela apa-apa perkembangan dari pihak bank dan peguam.


Alhamdulillah rasa hilang beban dekat kepala. Stress juga kalau kena bayar 2 ni. Loan rumah kena bayar, sewa rumah yang duduk sekarang ni. Alahai bila dah confirmkan dengan bank rasa lega. Hilang rasa beban di kepala.


Masa sign SPA hari tu pun lawyer SPA dan maklumkan prosesnya. Cuma kita nak confirm balik. Kak Feni difahamkan yang kami akan mula kena bayar loan selepas mendapat kunci. Contohnya macam dapat kunci hari ni 11/09/2020, bulan depan 11/10/2020 dah kena bayar installment rumah. Itulah yang kak feni faham.


Jadinya kena tunggu pihak lawyer dan bank buat kerja diorang dulu. Selesaikan hutang owner lama dengan bank, pihak pengurusan rumah, dan segala bil-bil yang berkenaan. Masa yang diambil pula dalam 4 bulan.


Harapnya sebelum masuk tahun baru 2021 dah selesai. Kak feni tak sabar nak masuk rumah baru ni. Semoga dipermudahkan segalan urusan. Ahad ni nak balik kampung. Nanti kalau ada cerita atau benda yang best yang boleh dikongsi akan Kak Feni share lagi.


Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. InshaAllah. Allahumma Amin.



September 4, 2020

Rempah Masak Hitam Resepi Asli Dari Mak Tok

Hai Assalamuaikum semua.


Alhamdulillah rezeki mencurah-curah awal bulan ni. Terima kasih ya Allah. Hari ni Kak Feni nak kongsikan dengan semua tentang Rempah Masak Hitam Resepi Asli Dari Mak Tok.


Siapa orang Perak memang terkenal sangat dengan masakan masak hitam ni. Tak kiralah ayam atau daging masak hitam. Kak Feni masa mula-mula pindah ke Hulu Perak dulu baru kenal masakan masak hitam ni. Maklumlah kita kan orang Kelate sejati. Jadi sesuatu yang baru bagi Kak Feni.


Mula ingatkan macam masak kicap tu sebab ialah warna hitam kan. Bila dah sekali rasa memang ketagih sebab rasa dia yang istimewa dan unik. Pelbagai gabungan rempah yang digiling halus. Kalau dulu nak buat masak hitam ni leceh betul sebab kena giling bahan-bahan rempahnya dulu.


Sekarang ni dah mudah dan senang sebab rempah masak hitam ni banyak dikomersialkan oleh orang-orang Perak ikut citarasa masing-masing. Salah satu rempah yang korang boleh cuba ialah Rempah Masak Hitam Mak Tok. Resepi asli Mak Tok. Kira macam resepi opah-opah lah.



1 paket rempah masak hitam ni boleh masak untuk 1 kg daging atau seekor ayam. Berbaloi sangat untuk mak-mak yang kat rumah tu nak buat stok. Senang kalau rasa teringin nak masak daging atau ayam masak hitam boleh je terus masukkan dalam periuk. Campak-campak siap!



Setiap paket ni akan disertakan cara-cara untuk memasak daging atau ayam masak hitam. Jadi bagi mereka yang tak pandai memasak macam Kak Feni boleh ikut je cara yang dibuat. Senang dan mudah kerja memasak di dapur. Tak payah nak giling atau blender rempah ratus bagi mendapatkan hasil masakan yang sedap. 


Harga 1 Paket Rempah Masak Hitam Mak Tok ialah RM4.50. Jauh supplier akan pos.


Berminat boleh hubungi 

Kak Feni +601115672780 

atau 

Kak Sue +6019-5000135.

September 3, 2020

Order Bubur Assyura Kelantan - Kurier Dengan Citylink

Semalam bubur assyura Kelantan sampai dengan jayanya. Alhamdulillah sampai dengan selamat dan masih lagi segar dan sedap dimakan.


Rasa bubur assyura Kelantan berbeza dengan negeri lain di Malaysia ni. Oleh kerana kami ni dibesarkan di Kelantan. Mestilah rindu dan suka dengan makanan sendiri kan. Mana nak dapat bubur assyura Kelantan di Kuala Lumpur ni kalau tak masak sendiri.


Macam Kak Feni yang sememangnya rajin nau nak masak ni memang mudah sangat kalau ada orang jual dan boleh hantar pakai kurier. Ketahanan bubur assyura ni kalau tak masuk dalam peti ialah 3 hari. Jadi kena kurier dan hantar dalam tempoh tu.


Kalau lebih tak dijamin kesegarannya. Alhamdulillah untuk Kak Feni. Orang Kelantan pos hari Selasa dan hari Rabu dah sampai. Alhamdulillah dapat makan bubur assyura Kelantan.


Rasanya sedap sangat sebab tak terlalu manis. "just nice" orang kata. daging yang berurat tu pun banyak. Kenyal-kenyal gitu. Hmmm sedap sangat.


Satu bekas ni harganya RM25.00. Kos penghantaran pula macam gambar di bawah.




Kalau macam bekas kecil tu RM12.00. Alhamdulillah berbaloi sangat dan puas hati untuk anak rantau yang tak boleh balik kampung tapi teringin sangat nak makan bubur assyura Kelantan.


Kalau berminat untuk mendapatkan bubur assyura Kelantan boleh hubungi Puan Norame melalui Whatapps +60 19-945 8405 . Bubur assyura dibuat setiap hari sepanjang bulan Muharram.




September 2, 2020

Biskut Cicah Nescafe


 

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. 

Pagi ni Kak Feni tak ambil heavy breakfast. Tak tahu pasal apa. Perut lapar. Selalu pagi dah makan berat sebab nak buat kerja sampai petang kan. Balik rumah petang karang baru nak cari makan. 


Sejak boleh balik awal ni makan sekali je dekat opis. Kalau ambil sarapan. Kami tak makan tengahari. Hari ni teringin nak makan biskut cicah nescafe. Nasib opis ada pantry. Bolehlah bancuh air sendiri. Kan dah boleh jimat tu.


Perut ni perut nasi. Sarapan makan biskut ni bolehlah bertahan sampai tengahari. Nanti kena turun bawah pulak cari makan. Kalau tak makan boleh kena angin dan sakit kepala.


Semoga yang datang baik-baik saja. Semoga September 2020 ni membawa seribu kejayaan yang bermakna untuk kita semua.


Jom mula tugas!

September 1, 2020

Gila Beli Emas Pulak Dah

Sejak 2 3 menjak ni. Kak Feni mula gila nak kumpul emas pulak dah. Berangan tak sudah-sudah. Bab koya bui ko aku (orang Kelate kata).


Nak share dengan korang pasal emas ni memang banyak membantu Kak Feni dalam hidup ini. Kak Feni ni orang sangat susah dulu. Nak merasa pakai emas memang tak lah. Dah kerja dan bercinta dengan husband (masa tu pakwe la) baru merasa pakai cincin emas. Beli yang nipis je. Haha berat dalam 1gram lebih je rasa. Oleh kerana ia nipis lama-lama pakai jadi kemek.


Lepas tu barang mas kedua cincin tunang dan merisik. Haha tu pun kumpul duit sama-sama dengan bakal husband. Konon sama-sama susah dan sama-sama senang. Cincin merisik ada batu. 




Dapatla merasa pakai cincin emas. Lepas tu 2010 Kak Feni kahwin. Beli rantai tangan sebagai pembatalan air sembayang. Emas kahwin Kak Feni ialah RM1001.00. Duit mas kahwin tu Kak Feni ambil untuk beli rantai leher dan loket. Beli masa tu dalam RM1400.00. Tambah duit sendiri untuk cukupkan.


Dua tiga bulan lepas tu beli satu lagi rantai tangan bola. Berat dalam 10gram lebih. Tu jela barang kemas yang Kak Feni ada.


Lepas kahwin biasalah macam-macam dugaan datang. Ingat lagi masa mengandungkan Abang Aus. Kami nak balik kampung tapi duit memang tak cukup dan bahasa kasarnya takde langsung. Makanya rantai tangan Kak Feni lah jadi mangsa gi gadai. Haha first time belajar menggadaikan barang emas. Dahlah ada 2 urat je.


Lepas gadaikan rantai tu dapatlah duit belanja balik kampung. Gadai kat kedai pajak Cina sebab masa tu memang jahil sebab tak reti pun. Eh rasanya takde lagi Ar-Rahnu di Gerik. Kami tinggal di Gerik. Tahun 2012 baru pindah ke Hulu Langat.


Kami berjaya tebus balik rantai tu hasil menabung bersama-sama suami. Alhamdulillah rezeki Allah. Banyak sentimental value. Sampai sekarang masih boleh pakai rantai tu sebab masa beli hari tu rantai tu longgar.


Pernah jatuh tercabut cangkuk di depan rumah mentua. Nasib nak jadi rezeki kakak ipar Kak feni jumpa balik. Rezeki orang beriman (hehe).


Hampir 10 tahun Kak Feni berumah tangga dan ada anak 2 orang. Barang kemas Kak Feni kebanyakannya keluar masuk Ar-Rahnu terutamanya bila anak-anak nak masuk sekolah atau nak renew roadtax dan insuran kereta atau nak balik raya.


Tahun ni Allah bagi rezeki yang banyak. Cincin tunang dan yang cincin masa bercinta hari tu Kak Feni trade in sebab tak muat nak masuk jari. Haha jari dah gemuk. Nak tunggu anak perempuan entah ada entah tidak. Jadinya Kak Feni minta izin husband nak tukar yang lain.


Alhamdulillah husband Kak Feni izinkan sebabnya daripada tak pakai kan. Lebih baik tukar baru. Makanya sebelum raya haji lepas PKP hari tu kami pun beramai-ramai gi trade ini emas. 


Yang ni trade in dari cincin lama. Dapat 1 yang lebar sikit. Bukan apa. Sesak-sesak boleh gi Ar-Rahnu (Kalau boleh taknak dah). Nak je ada kat diri ini. 

6 bulan ni kan dapat moratorium yang tak payah bayar duit installment kereta tu. Jadi bolehla Kak Feni gi tebus dan ambil 2 lagi cincin kat kedai emas. Supaya nampak barang. Beli vaquum kat shopee. Rasa macam kaya sangat dah takyah bayar kereta 6 bulan.



Cincin zigzag ni Kak Feni kenan sebab nampak sweet je. Haha beli masa emas tgh melambung naik hari tu. Lantaklah malas aku nak fikir pasal harga. Pejam mata jela. Ada duit hentam je. Balik aku klip pas klip menung. 


Yang ni beli kali kedua masa emas turun sikit. Aku pow amoi tu suruh dia turunkan kos upah. Masa tu emas pun tinggi. Lantaklah weii sakit jiwa mikir naik turun harga emas ni. Janji aku dapat susah ikut kemampuan aku.


Lepas ni mari kita koya-koya beli champ pandora pulak. Gelang lama kak Feni tak muat dah. Gi la tukar pandora sebab kalau simpan pun takleh pakai.



Bead tu beli sebulan kemudian sempena duit kereta takyah bayar. Entah bila nak penuh tak tahu. Takpelah yang penting impian nak penuhkannya itu ada. Ada rezeki boleh topup sikit-sikit.


Nak beli debuk degang yang besar-besar tak mampu. Jadi kita kumpul lah yang kecil-kecil yang mampu milik. Daripada duit habis ke lain tak nampak apa baik kita simpan emas.


Ikut pendapat masing-masing. Kak Feni harap entry kali ni membakar semangat korang juga untuk sama-sama kumpul emas. Ewah !

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...