June 19, 2020

Tak Tahu Nak Update Apo ?

Kadang-kadang banyak masa tapi tak banyak idea nak tulis.
Kadang-kadang banyak idea tapi tak ada masa nak tulis.

Macam tulah hidup sebagai seorang penulis macam Kak Feni. Haha hari ni terkebil-kebil buka tutup buka tutup blogger ni tak tahu nak tulis apa.

Semalam kononnya esok Kak Feni nak tulis pasal lens Neelofa yang Kak Feni janji hari tu. Masih belum start pun sebab gambar tak susun betul-betul lagi. Kena susun dan buat list cantik-cantik baru boleh present. Kalau main tulis cacar marba orang pun pening. Haha apa benda mek ni tulis. Mesti serabut tak datang dah blog Kak Feni kan?

Kak Feni dah 5 bulan hampir 6 bulan dah duduk rumah mentua. Jadi jadual pun macam dah banyak berubah sejak sebelum PKP hari tu. Tambah pula husband kena kerja tak sama jalan dengan Kak Feni. Banyak benda kena plan semula.

Kena drive sendiri paling tak best sebab sebelum ni datang kerja naik motor dengan husband. Sampai rumah pun laju je tak perlu hadap jem. Huhu bertabahlah Kak Feni nak buat macam mana kan.

Salam Jumaat Semua. 
Nanti Kak Feni susun cantik-cantik lens Kak Feni update. 


Nahhh lanjer la satu photo Sis Neelofa kita yang pakai lens Milky Beige untuk Tresure orang kata. Ewah.

Last baru fikir tajuk ni. Hehe



June 16, 2020

Ujian Itu Tandanya Allah Sayang

Hidup ini ada pasang surutnya seperti roda yang sentiasa berputar. Begitulah hidup ini. Kadang-kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Sentiasa muhasabah diri dan bersyukur selalu.

Ya! Aku agak outspoken bila bercakap. Benda yang betul kita iakan dan benda yang salah tetap salah. Kadang-kadang orang tak boleh terima pendapat kita dan kita juga ada kalanya tak boleh terima buah pendapat orang.

Begitulah hidup ini. Tak semua yang kita nak yang kita impikan akan kita capai tapi sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kadang-kadang Allah lambat tunaikan sebab masa tu kita tak mampu nak hadapinya.

Percayalah bahawa setiap kesusahan yang kita hadapi itu adalah nikmat dan pengalaman yang tak ternilai yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kak Feni menulis bukan untuk menasihati sesiapa tapi menasihati diri sendiri juga. Kenapa aku jadi macam ni? Mungkin sebelum ni aku kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.

Kenapa Allah uji aku dengan kesusahan macam ni ?

Jawapannya mungkin aku dah banyak senang sebelum ni jadi aku lupa dengan nikmat senang sebelum ni.

Kenapa Allah bagi aku ujian begini ?

Mungkin aku sombong dengan Allah dan orang sekeliling aku sebelum ni. Sebab tu aku diuji begini supaya aku turunkan dan rendahkan keegoan/kesombongan kekayaan aku sebelum ni.

Jadi nikmat apa lagi yang harus kita dustakan ?

Kuncinya cari kekurangan diri untuk terus bangkit dan ubah apa yang tak betul kita betulkan. Dengar nasihat orang lain dan bukan ikut kepala sendiri saja. Kita hidup dalam dunia ini bukan untuk diri kita saja.

Kalau rasa diri tu susah sangat. Lebih banyak lagi orang di luar sana yang lebih susah dari kita. Makanya. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah bagi.

Susah nikmat. Kaya pun nikmat.

Dunia ini adalah tempat untuk kita hadapi ujian. Ujian Allah adalah mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Percayalah Allah adalah yang terbaik. Kembali kepada Allah hati akan jadi tenang.

Alhamdulillah.

Kak Feni | 16 Jun 2020


June 11, 2020

Open Order Lipmatte XOXO dan Foundation Young & Glow Dari Mama Neelofa

Assalamualaikum semua. Haiiii lambat Kak Feni bersiaran hari ni.


Biasalah banyak hal. So malam ni Kak Feni nak share dengan korang pasal produk yang tengah meletop sekarang ni. Ianya tak lain tak bukan foundation Young & Glow dan Lipmatte XOXO dari mama Neelofa.

Produk yang tak perlu nak dikenalkan lagi sebab semua dah tau tentang kualiti dan kebaikannya.


Foundation Young & Glow



PERHATIAN KEPADA WANITA SUKA

SOLEKAN CANTlK GLAM & CEPAT ! !



Saya suggest untuk pakai Young and Glow foundation ni. Haritu dah pakai, harini repeat pakai lagi tau. Sangat mudah & cepat, bersolek dengan ringkas & nampak glowing.


Memang terbaik la glowing foundation ni .


Kandungannya sangat bagus untuk kulit:


๐ŸŒธMinyak Argan

๐ŸŒธEkstrak Pudina

๐ŸŒธVitamin C&E

๐ŸŒธMinyak Biji Aprikot

๐ŸŒธSerum Merawat Masalah Kulit..

๐ŸŒธTiada Bahan Kimia merbahaya!

๐ŸŒธTiada Bahan berasaskan haiwan & HALAL.

Haa best kan?


Jom baca khasiat & kelebihan Young and Glow ni:

❤Melindungi kulit dari sinar UV (Sunblock SPF 45)

❤Melembabkan kulit wajah (Moisturiser)

❤Memperbaiki masalah kulit(Serum)

❤Sesuai pakai Medium coverage to Full coverage

❤Kulit sensitive pun boleh pakai

❤Bau pun wangi

❤Sesuai untuk semua jenis kulit

❤Tekstur lembut dan ringan bila pakai

❤Mudah cuci

❤Mesra solat

❤Tahan 2 bulan bergantung penggunaan

LipMatte XOXO






Wow menarik kan warna dia ? Meletops sangat. Kak Feni dah pun submit order untuk mereka yang preorder semalam. Alhamdulillah tak lama lagi akan sampai terus kepada customer.

Haha oleh kerana tergoda dengan warna yang meletop ini, Kak Feni pun tak lepaskan peluang untuk grab juga satu set. Nanti dah sampai Kak feni akan buat review tentang warna yang ada ni. InshaAllah.




Dalam set ni terdapat 3 warna istimewa dan 1 Lipmatte Remover. Jadi tak perlu risau susah nak cuci ke apa. Jadi senang dan tak risau kalau kita nak berwuduk sebelum solat.

Jom tengok apa kebaikan Treatment Lip Balm / Lipmatte Remover Neelofa ni ⬇️

๐Ÿ’‹ Menanggalkan Lipmatte yang melekat pada permukaan bibir dengan lebih mudah.
๐Ÿ’‹ Merawat bibir yang bermasalah.
๐Ÿ’‹ Memberikan kesegaran dan kelembapan dan memberi kesan munggil pada bibir.
๐Ÿ’‹ Menjadikan penampilan kita kelihatan begitu natural dan segar.
๐Ÿ’‹ Mempunyai SPF 30  yang dapat melindungi bibir dari kesan sinaran matahari.

๐˜Š๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข. ๐˜•๐˜ฐ ๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฌ ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ด ๐˜ญ๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ.
๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ด๐˜ช๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜—๐˜™๐˜Œ๐˜–๐˜™๐˜‹๐˜Œ๐˜™ ๐˜‘๐˜ˆ๐˜‹๐˜ ๐˜Š๐˜œ๐˜š๐˜›๐˜–๐˜”๐˜Œ๐˜™ ๐˜—๐˜Œ๐˜™๐˜›๐˜ˆ๐˜”๐˜ˆ ๐˜Ž๐˜™๐˜ˆ๐˜‰ ๐˜š๐˜Œ๐˜› ๐˜“๐˜๐˜—๐˜”๐˜ˆ๐˜›๐˜›๐˜Œ ๐˜Ÿ๐˜–๐˜Ÿ๐˜–!
.
๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜” 142 ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช 1 ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต ๐˜Ÿ๐˜–๐˜Ÿ๐˜– ๐˜ฏ๐˜ช, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต ๐Ÿฏ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐— ๐—”๐—ง๐—ง๐—˜ + ๐Ÿญ ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐— ๐—”๐—ง๐—ง๐—˜ ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—ข๐—ฉ๐—˜๐—ฅ ๐˜๐˜ˆ๐˜•๐˜ ๐˜ˆ ๐—ฅ๐—  ๐Ÿต๐Ÿต
.
๐˜“๐˜ช๐˜ฑ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ถ๐˜ฎ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฏ๐˜ช. ๐˜ ๐˜ฆ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช @๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ง๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ. 

๐˜•๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ? ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ด๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฑ

๐˜•๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ? ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ด๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฑ
 
๐˜•๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ? ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ด๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฑ

  

Oh ya, tak lupa juga ada juga stok LOFA lens yang tengah sales sekarang ni. Sekotak 2 pair hanya RM60 sahaja. Nanti ada masa Kak feni update pasal lens sahaja okey ?

Jangan lupa kalau berminat dengan LipMATTE ni cepat order dengan Kak Feni. Klik je link wasap di atas. 


Terima kasih semua !


June 10, 2020

Selesai Urusan Dengan KWSP

Assalamualaikum hai semua. Kak Feni sangat happy hari ni nak share dengan korang pasal urusan KWSP Kak Feni dan suami dah selesai tadi. Alhamdulillah syukur sangat Allah permudahkan segala urusan.

Next step tunggu urusan lawyer kita dengan bank jer. Lepas segala urusan pindah milik dan owner lama selesai segala yang tertunggak baru kami dapat kunci. Lepas dapat kunci baru Kak Feni dan husband boleh uruskan urusan untuk renovate ke apa. Jadi kena sabar. 

Lawyer cakap dalam masa 4 + 1 bulan akan selesai semuanya. Kak feni kira urusan ni dalam bulan 10 jugalah nanti. Tapi kalau siap awal boleh masuk awal. Nak renovate repair segala benda dalam rumah bagai tu pun ambil masa juga. Jadi mungkin hujung tahun atau awal 2021 baru boleh masuk rumah baru.

Korang yang baca tolong doakan Kak feni juga ye. Terima kasih.

Kak Feni pun doakan korang yang membaca entry Kak Feni ni akan capai segala impian korang. Umur 34 baru boleh merasa nak beli rumah. Tu pun Allah bagi sebab kami dah mampu kot. Dulu sibuk nak besarkan anak-anak. Sekarang pun masih nak besarkan anak-anak tapi keadaan kewangan agak stabil lah sikit berbanding dulu. Alhamdulillah.

Okey berbalik kepada urusan untuk keluarkan duit dari akaun 2 dari KWSP. Kak Feni kena pergi ambil dokumen di pejabat peguam dulu sebelum boleh terus terjah KWSP.

Kami keluar awal pagi walaupun dah buat temujanji pukul 10.30 pagi. Kak Feni dan husband sampai di pejabat peguam pukul 9.00 pagi. Wasap lawyer tanya mana tempat. Alhamdulillah mudah saja jumpa. Tak sampai setengah jam urusan dah selesai. Kami terus ke Pejabat KWSP HQ di Jalan Raja Laut sebab hanya HQ boleh buat urusan keluarkan duit akaun 2 untuk urusan pembelian rumah. Cawangan lain pun boleh tapi kena buat temujanji dulu (katanya). Kena call KWSP sendiri untuk info lanjut.

Oleh kerana kami memang kerja di KL, jadi baik kami terus ke HQ je. Kalau apa-apa senang nak pergi tapi hari ni dah selesai.

Antara dokumen yang diperlukan oleh KWSP:-

1. Salinan SPA yang telah disahkan (CTC)
2. Salinan LO Bank yang telah disahkan

Semalam Lawyer ada minta pengesahan nombor akaun kan tapi masa kami nak bagi tadi, officer kata tak perlu. So Kak Feni pun simpanlah balik.

Pasal salinan IC yang Kak Feni dan husband prepare pun dia taknak sebab kita kan bagi IC untuk di thumb print. Dia ambil di situ je. Mudah sangat urusannya. Lebih baik bawa je siap-siap kalau officer nak kita boleh terus bagi.

Masa kami sampai di bangunan KWSP nak masuk parking pun ada polis bantuan ambil suhu. Naik ke lobi kena keluar balik pintu depan beratur untuk urusan tulis nama dan nombor telefon. New normal dah kan kita ni. Dah beratur petugas tanya urusan apa dan dah isi borang ke belum. Hadoii masa ni gelabah juga sebab kami tak isi borang secara online. Jadi kena isi secara manual. 

Meja untuk menulis takde kat depan pejabat kwsp tu, duduklah kak feni dan husband di tepi koridor tu untuk tulis borang. Husband Kak Feni dah naik angin sebab takde tempat nak tulis. Kak feni pun tenangkan dia takpe abah rilek je. Nanti ummi tulis. Dia pun cool down tulis sendiri. Jenis bad temper ni lagu ni lah. Ermmm sabo jela nak buat macam mana kan ?

Bukan susah mana pun sekejap je dah siap isi borang sebab semua dokumen dah lengkap. Cuma borang je yang kami tak isi. Takde pengalaman kan ? First time buat. Next time orang tanya atau kami nak beli rumah lagi senang la kami. hehe.

Dah siap semua baru boleh masuk pejabat KWSP untuk ambil nombor giliran.



Banyak kaunter yang buka jadi masa menunggu tak lama. Sekejap je urusan nya kalau dah lengkap segala. Prepare siap-siap. Tak tahu tanya. Call KWSP atau lawyer yang dah biasa buat benda ni.

Officer kata duit akan clear dalam masa 14 hari bekerja. Jadinya kita tunggu lah. Dah clear boleh uruskan bayaran rumah dan juga lawyer fee Kak Feni tu.

Permudahkanlah ya Allah. InshaAllah.





Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom



Jom kita ramai-ramai join Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom. Boleh terus klik banner dan ikuti syarat mudah untuk join.

Kak Feni dah join untuk sapot kawan-kawan blogger. 

June 9, 2020

Selesai Urusan Pengesahan Nombor Akaun

Hari ni Kak feni kena uruskan dokumen pengesahan nombor akaun sebab nak keluarkan duit KWSP. Makanya pergilah Kak Feni ke bank untuk tanyakan macam mana nak dapatkan pengesahan tersebut. Biasalah sekarang ni kita kan dah new normal makanya Kak Feni kena beratur panjang di bank.

Masa tengah beratur tu ada officer yang akan attend kita tanya nak buat apa nak buat apa? Kak Feni biasa lah kalut. Terus panggil dia datang tempat kak feni walaupun kat depan tu ada 2 3 orang lagi. Dia pun okey layan jelah. Kak Feni tanya, saya nak buat pengesahan nombor akaun. Dia cakap ok beratur. Kak Feni tanya lagi tak perlu apa-apa dokumen ke ? Dia cakap tak perlu. Hanya nak IC. Alhamdulillah mudah urusan.

Beratur lah Kak feni selama beberapa minit. Sampai turn masa nak scan barcode guna MySejahtera. Nye buat hang dan jem jadi takleh scan. Mujur boleh guna QR code facebook. Nasib baik handphone Kak Feni ada internet (kalau tak malu besor).

Setelah discan suhu di kepala Kak Feni, suhu okey entah berapa uncle guard tu amik. Tunggu turn untuk dapatkan nombor giliran pulak. Dapat nombor giliran kena tunggu lagi tapi tak lama. Nombor Kak Feni dipanggil. Terus kak Feni bangun dan menuju ke meja officer.

Assalamualaikum. Saya nak buat pengesahan nombor akaun. Officer pun tanya nak buat apa ? Kak Feni pun jawab untuk urusan KWSP. Dia pun sekejap je buat surat. Print dan cek thumb print Kak Feni. Okey ngam dan surat di tandatangan dan cop. Selesai dan terima kasih.

Kak Feni kembali ke pejabat dalam masa setengah jam. Mujur Maybank dekat je, jalan kaki. Kalau tak nak kena drive pergi bank, alahai lecehnya. Terima kasih Ya Allah sebab permudahkan segala urusan Kak feni dan husband.

Husband Kak Feni pun kena pergi ambil pengesahan nombor akaun juga. Kami nak buat keluar duit KWSP nak bayar deposit rumah dan lawyer fee. 

Esok kami akan ke pejabat peguam bagi urusan ni lah. Harap-harap boleh selesai urusan ni dalam sehari esok. Kak Feni dan husband susah nak dapat cuti. Husband la yang paling susah. Kena ikut masa dia betul-betul. Sekarang kena jaga pusat kuarantin Maeps lagi lah.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. InshaAllah.


Semuanya rezeki dari Allah. Macam tak percaya yang Kak Feni dah nak dapat rumah sendiri. Macam boss Kak Feni cakap "like dream comes true". Sekarang baru Kak Feni faham kenapa orang suka berangan dan berimpian.

Terima kasih juga kepada mentor Kak Feni yang sentiasa ingatkan Kak feni supaya sentiasa upgrade impian, doa, dan usaha. Bila kita ada target kita akan sentiasa usaha untuk capai apa yang kita nak.

Alhamdulillah syukur ya Allah dengan nikmat dunia ini. Semoga aku juga akan mendapat nikmat di alam sana dan akhirat.

Terima kasih sudi membaca !


June 5, 2020

Done Renew Insurans dan Roadtax Kereta Motor

Alhamdulillah terima kasih ya Allah hari ni selesai urusan renew insurans dan roadtax kereta dan motor. Setiap tahun kena spend duit untuk benda ni kalau ada kereta dan motor. 

Kereta dan motor lama jadi insurans pun lebih murah. Kalau kereta baru insurans lebih mahal. 


Bila dah selesai ni lega sikit sebab dah tak payah pening fikir. Tahun depan pulak kita sakit kepala cari duit nak bayar. Hehe 

Syukur masih punyai rezeki yang banyak untuk mudahkan segala urusan hidup di dunia ini. 

Kak Feni lega sebab hari tu buat moratium ke apa entah yang tak payah bayar kereta selama 6 bulan ni. Jadi ada lah duit lebih sikit. Lega otak nak setelkan semua ni. Ada duit lebih ni bolehlah tampung hutang-hutang yang lompong. Nak buat macam mana tak hutang tak merasa. Huhu

Lepas ni Kak Feni nak try jual lipstik pulak ye. Kalau ikutkan nak meniaga belaka asalkan dapat rezeki yang halal lagi diberkati.

Tak boleh fokus satu barang saja walaupun ramai yang suruh Kak Feni fokus satu benda. Kakak Kak Feni kata kita ni kena bijak rebut peluang sebab peluang tak datang berkali-kali. Rezeki ni kalau nak datang dekat kita kita yang kena usaha.

Lepas tu kalau satu pintu tertutup, banyak pintu lain yang terbuka luas untuk kita. Jadinya kita ni jangan mudah putus asa kalau satu-satu bisnes yang kita buat tu gagal. Kegagalan itu yang membuatkan kita belajar dan terus belajar. Pengalaman gagal tu menjadikan kita lebih kuat dan tahu kalau jadi lagi benda tu. Kita dah boleh handle. 

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...