Ya! Aku agak outspoken bila bercakap. Benda yang betul kita iakan dan benda yang salah tetap salah. Kadang-kadang orang tak boleh terima pendapat kita dan kita juga ada kalanya tak boleh terima buah pendapat orang.
Begitulah hidup ini. Tak semua yang kita nak yang kita impikan akan kita capai tapi sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kadang-kadang Allah lambat tunaikan sebab masa tu kita tak mampu nak hadapinya.
Percayalah bahawa setiap kesusahan yang kita hadapi itu adalah nikmat dan pengalaman yang tak ternilai yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kak Feni menulis bukan untuk menasihati sesiapa tapi menasihati diri sendiri juga. Kenapa aku jadi macam ni? Mungkin sebelum ni aku kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.
Kenapa Allah uji aku dengan kesusahan macam ni ?
Jawapannya mungkin aku dah banyak senang sebelum ni jadi aku lupa dengan nikmat senang sebelum ni.
Kenapa Allah bagi aku ujian begini ?
Mungkin aku sombong dengan Allah dan orang sekeliling aku sebelum ni. Sebab tu aku diuji begini supaya aku turunkan dan rendahkan keegoan/kesombongan kekayaan aku sebelum ni.
Jadi nikmat apa lagi yang harus kita dustakan ?
Kuncinya cari kekurangan diri untuk terus bangkit dan ubah apa yang tak betul kita betulkan. Dengar nasihat orang lain dan bukan ikut kepala sendiri saja. Kita hidup dalam dunia ini bukan untuk diri kita saja.
Kalau rasa diri tu susah sangat. Lebih banyak lagi orang di luar sana yang lebih susah dari kita. Makanya. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah bagi.
Susah nikmat. Kaya pun nikmat.
Dunia ini adalah tempat untuk kita hadapi ujian. Ujian Allah adalah mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Percayalah Allah adalah yang terbaik. Kembali kepada Allah hati akan jadi tenang.
Alhamdulillah.
Kak Feni | 16 Jun 2020










