June 9, 2020

Selesai Urusan Pengesahan Nombor Akaun

Hari ni Kak feni kena uruskan dokumen pengesahan nombor akaun sebab nak keluarkan duit KWSP. Makanya pergilah Kak Feni ke bank untuk tanyakan macam mana nak dapatkan pengesahan tersebut. Biasalah sekarang ni kita kan dah new normal makanya Kak Feni kena beratur panjang di bank.

Masa tengah beratur tu ada officer yang akan attend kita tanya nak buat apa nak buat apa? Kak Feni biasa lah kalut. Terus panggil dia datang tempat kak feni walaupun kat depan tu ada 2 3 orang lagi. Dia pun okey layan jelah. Kak Feni tanya, saya nak buat pengesahan nombor akaun. Dia cakap ok beratur. Kak Feni tanya lagi tak perlu apa-apa dokumen ke ? Dia cakap tak perlu. Hanya nak IC. Alhamdulillah mudah urusan.

Beratur lah Kak feni selama beberapa minit. Sampai turn masa nak scan barcode guna MySejahtera. Nye buat hang dan jem jadi takleh scan. Mujur boleh guna QR code facebook. Nasib baik handphone Kak Feni ada internet (kalau tak malu besor).

Setelah discan suhu di kepala Kak Feni, suhu okey entah berapa uncle guard tu amik. Tunggu turn untuk dapatkan nombor giliran pulak. Dapat nombor giliran kena tunggu lagi tapi tak lama. Nombor Kak Feni dipanggil. Terus kak Feni bangun dan menuju ke meja officer.

Assalamualaikum. Saya nak buat pengesahan nombor akaun. Officer pun tanya nak buat apa ? Kak Feni pun jawab untuk urusan KWSP. Dia pun sekejap je buat surat. Print dan cek thumb print Kak Feni. Okey ngam dan surat di tandatangan dan cop. Selesai dan terima kasih.

Kak Feni kembali ke pejabat dalam masa setengah jam. Mujur Maybank dekat je, jalan kaki. Kalau tak nak kena drive pergi bank, alahai lecehnya. Terima kasih Ya Allah sebab permudahkan segala urusan Kak feni dan husband.

Husband Kak Feni pun kena pergi ambil pengesahan nombor akaun juga. Kami nak buat keluar duit KWSP nak bayar deposit rumah dan lawyer fee. 

Esok kami akan ke pejabat peguam bagi urusan ni lah. Harap-harap boleh selesai urusan ni dalam sehari esok. Kak Feni dan husband susah nak dapat cuti. Husband la yang paling susah. Kena ikut masa dia betul-betul. Sekarang kena jaga pusat kuarantin Maeps lagi lah.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. InshaAllah.


Semuanya rezeki dari Allah. Macam tak percaya yang Kak Feni dah nak dapat rumah sendiri. Macam boss Kak Feni cakap "like dream comes true". Sekarang baru Kak Feni faham kenapa orang suka berangan dan berimpian.

Terima kasih juga kepada mentor Kak Feni yang sentiasa ingatkan Kak feni supaya sentiasa upgrade impian, doa, dan usaha. Bila kita ada target kita akan sentiasa usaha untuk capai apa yang kita nak.

Alhamdulillah syukur ya Allah dengan nikmat dunia ini. Semoga aku juga akan mendapat nikmat di alam sana dan akhirat.

Terima kasih sudi membaca !


June 5, 2020

Done Renew Insurans dan Roadtax Kereta Motor

Alhamdulillah terima kasih ya Allah hari ni selesai urusan renew insurans dan roadtax kereta dan motor. Setiap tahun kena spend duit untuk benda ni kalau ada kereta dan motor. 

Kereta dan motor lama jadi insurans pun lebih murah. Kalau kereta baru insurans lebih mahal. 


Bila dah selesai ni lega sikit sebab dah tak payah pening fikir. Tahun depan pulak kita sakit kepala cari duit nak bayar. Hehe 

Syukur masih punyai rezeki yang banyak untuk mudahkan segala urusan hidup di dunia ini. 

Kak Feni lega sebab hari tu buat moratium ke apa entah yang tak payah bayar kereta selama 6 bulan ni. Jadi ada lah duit lebih sikit. Lega otak nak setelkan semua ni. Ada duit lebih ni bolehlah tampung hutang-hutang yang lompong. Nak buat macam mana tak hutang tak merasa. Huhu

Lepas ni Kak Feni nak try jual lipstik pulak ye. Kalau ikutkan nak meniaga belaka asalkan dapat rezeki yang halal lagi diberkati.

Tak boleh fokus satu barang saja walaupun ramai yang suruh Kak Feni fokus satu benda. Kakak Kak Feni kata kita ni kena bijak rebut peluang sebab peluang tak datang berkali-kali. Rezeki ni kalau nak datang dekat kita kita yang kena usaha.

Lepas tu kalau satu pintu tertutup, banyak pintu lain yang terbuka luas untuk kita. Jadinya kita ni jangan mudah putus asa kalau satu-satu bisnes yang kita buat tu gagal. Kegagalan itu yang membuatkan kita belajar dan terus belajar. Pengalaman gagal tu menjadikan kita lebih kuat dan tahu kalau jadi lagi benda tu. Kita dah boleh handle. 

June 4, 2020

Khasiat Pokok Duit-duit Di Meja Kerja



Baru perasan sejak PKP hari tu pokok duit-duit kak feni tak nampak hijau. Hari ni tengok-tengok dah kering. Cepat-cepat kak feni lari ke pantry untuk cuci gelas dan topup air yang baru.

Kesian dekat pokok duit-duit ni. Mujur tak arwah. Kalau tak kena pergi potong baru lah jawabnya. Lama tak masuk opis tak terjaga rasanya.

Bila dah tukar air baru nampak macam cantik dan segar dah rupanya. Kenapa Kak Feni letak pokok duit-duit ni di meja? Sebabnya air cond kuat sangat. Kulit jadi kering. 

Kawan lama Kak feni suruh letak segelas air. Mendiang LC namanya. Dah meninggal dah dia. Dia cakap u letak air di meja. Nanti kulit jadi tak kering. Mula Kak feni letak air kosong je takde pokok duit-duit ni. Gelas kosong nampak tak cantik. Ada pokok duit-duit jadi Kak feni tambah pokok duit-duit.

Memang kurang rasa kering kulit bila ada air dan pokok di meja kita. Pengalaman. Mungkin air cond tu sedut air dalam gelas tu kot. Pakai lah losyen macam mana pun bila dah nak kering-kering juga.

Boleh cuba untuk yang ada masalah macam Kak Feni.

June 2, 2020

Salam 2 Jun 2020

Sejak PKP ni keadaan blog Kak Feni agar berterabur dan tak teratur rasanya. Plan macam-macam tulis guna handphone tapi banyak tak publish.

Job pun buat yang penting je. Post di ig je supaya nampak kita masih aktif. Masa macam cemburu betol dan berlalu begitu sahaja bila takde plan. 

Dah masuk kerja balik ni kena susun balik aktiviti harian sebabnya banyak benda Kak Feni kena buat sendiri. Kalau sebelum ni Kak Feni ada masa untuk menulis dari jam 5.30 petang hingga 7.00 petang. Sejak kena PKP ni husband dah tak boleh nak hantar dan jemput, makanya Kak Feni kena drive sendiri.

Dalam 2 3 minggu ni banyak benda yang dah selesai. Alhamdulillah. 

Sebenarnya Kak Feni dah pun sign SPA untuk beli rumah di Langat juga. Bank loan pun dah approved. Sekarang tunggu urusan nak buat keluar duit dari KWSP je.

Tunggu lawyer bank dan lawyer Kak Feni uruskan. InshaAllah semoga dipermudahkan segalanya.

Dulu rasa macam susah sangat nak beli rumah sebab rasa macam tak mampu. Tak sia-sia Kak Feni berangan dan tulis segala impian dulu. Allah tunggu masa yang sesuai untuk lepaskan segala impian Kak Feni.

Bermimpilah kerana mimpi itu percuma. 


Hari ini selesai semua urusan bank. MyBsn Kak Feni dah deactive sebab tak login 3 bulan dah. Maklumlah PKP ni tak ambil kisah langsung. Bila buat loan dengan bank BSN. Bank suruh kita buka akaun BSN. Kak Feni cakap dah ada, jadi kena aktifkan.

Hari ni call customer service BSN untuk aktifkan balik. Alhamdulillah selesai. Lepas ni bila urusan pembelian rumah selesai. Mudah untuk Kak Feni buat bayaran rumah.

Syukur ya Allah sebab permudahkan segala urusan Kak Feni dan keluarga. Bukan senang nak senang. Kena usaha dan sentiasa berdoa.

Rasa macam berbaloi dengan penat lelah selama ini dapat beli rumah sendiri. Walaupun hanya rumah pangsa tapi lebih baik ada dari tak ada kan ?

Lebih baik rumah sendiri dari rumah sewa. Takpelah masih dalam pinjaman dengan bank pun. Esok-esok ada rezeki habis bayar. Ada rezeki lagi mana tahu Allah bagi yang lebih baik. InshaAllah sentiasa bersangka baik dengan Allah.






May 28, 2020

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin 1441 Hijrah

Salam 5 Aidil Fitri untuk semua. 

Macam mana raya tahun ni ?

Kak Feni alhamdulillah ceria dan gembira walaupun ada juga sebak di dada sebab tak boleh balik kampung.

Pagi Syawal call mek di kampung untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah kedengaran macam baik-baik saja. Tunggu Abang Long dan keluarga datang beraya.

Kami di Hulu Langat, alhamdulillah penuh dengan adik beradik, ipar duai dan mentua. Meriah juga lah. Patuh PKP dengan tidak melebih 20 orang satu rumah dalam satu masa.

Ambil turn untuk datang. Kami pun tak berjalan ke mana hanya duduk rumah. Masak makan sendiri saja.








Pagi syawal kami bermaaf-maaf sesama keluarga. Husband Kak Feni lepas makan terus gerak pergi kerja sebab tak ada orang ganti. Makanya berayalah kami tanpa abahnya. Nak buat macam mana kan?




Kami tetap berhari raya dengan cara PKP walaupun tak dapat nak kumpul ramai-ramai jumpa sanak saudara. Mujur teknologi sekarang canggih boleh buat video call. Terubat lah sikit kerinduan.




Satu-satunya anak buah Kak Feni yang datang beraya sebab kami sama-sama tak boleh balik kampung. Dia kerja dekat Cheras. Dekat jer dengan rumah Kak Feni. Raya pun di rumah boss je.











Kak feni nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua. Andai ada yang tersalah dan terkasar bahasa. Mengguris hati dan perasaan sepanjang Kak Feni hidup ini.

Raya 2020. PKP 2020. Kita pasti menang !







May 15, 2020

Dah Kembali Bekerja Walaupun Masih Dalam Tempoh PKP

Assalamualaikum semua. Haiii rinduu begitulah nak habaqnya.

Hari ni hari ke 3 masuk kerja. Kak Feni drive sendiri ke tempat kerja sebab haluan husband dan wife tak sama. Masing-masing bawa kereta sendiri. 

Kak Feni masuk awal ke opis sebabnya memang banyak kerja yang pending. Masuk kerja jadi bingung sebab tak tahu nak mula yang mana.

Selfie me today


Banyak benda nak share tapi masa macam mencemburui. Kalau leka masa berlalu begitu saja. Jadi kena plan betul-betul nak buat apa.

Semalam sempat renew domain blog ni yang akan expired 27 May ni. Sebelum lupa sebelum expired nak renew banyak hal baiklah kita buat masa ada free ni. Alhamdulillah setel dah tak pening untuk setahun.


Banyak jugak sales dan job masuk sejak rajin update dan share ni. Rezeki anak-anak tu ada. Masa mula-mula kena PKP memang hari-hari update pasal makanan sebab hari-hari kena masak.

Kak Feni drive pagi agak jem juga jalan nak ke pejabat tapi balik laju sebab tak banyak kereta. Balik kerja agak laju dan tak jem sebab Kak Feni keluar awal. Sampai rumah sebelum asar. Terus mandi dan solat asar. Lepas solat rehat kejap dan terus masak untuk berbuka.

Kak Feni masih duduk dengan mentua sementara PKP ni. Senang nak tinggal anak-anak dan tak perlu ulang alik bawa anak keluar. Jadi urusan masak memasak ni buat sama dengan mentua. Lega lah sikit. Kak Feni tolong-tolong masak nasi dengan basuh pinggan jela sejak kerja ni. Haha

Rabu lepas penat gila balik kerja. Sakit kepala sangat sebab panas. Drive pun mujur sampai rumah. 



May 9, 2020

Berita Sedih Hari Ni Sebab Ramai Tak Dapat Bantuan Prihatin Nasional

Hari ni penuh wall dengan rungutan dan rintihan rakyat Malaysia yang ada SSM tak layak dapat BPN. Sedihnya rasa dahlah musim PKP ni pergerakan terhad. Bila PM umukan bantuan untuk rakyat yang pendapatan RM8,000.00 kebawah layak dapat. Memang mengharap sangat duit tu masuk akaun dapat topup yang mana kurang ni.



Allahuakbar ramai yang post kesedihan masing-masing. Betul juga, hari tu suruh peniaga kecil daftarkan peniagaan dengan SSM dengan pendapatan pun kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Tapi jangan risau yang mana ada SSM tu boleh mohon Geran Khas Prihatin dengan Klik Sini.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN


Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:


Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.


KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN


Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Sumber : MyKerjaya

Kak Feni banyak share dengan sahabat-sahabat Kak Feni yang ada SSM tapi tak dapat BPN supaya mohon Dana Khas Prihatin ni supaya dapat meringan beban masing-masing. Maklumlah ramai yang terjejas terus akibat virus covid-19 ni. Ditambah pula dengan arahan kerajaan yang kena duduk rumah tak boleh keluar. 

Ketika kita rasa susahnya hidup ini, masih ramai orang diluar sana yang lebih susah dari kita. InshaAllah pasti ada jalan keluar untuk kita. Bersangka baik dengan Allah. Allah mengatur yang baik-baik untuk kita.


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...