May 15, 2020

Dah Kembali Bekerja Walaupun Masih Dalam Tempoh PKP

Assalamualaikum semua. Haiii rinduu begitulah nak habaqnya.

Hari ni hari ke 3 masuk kerja. Kak Feni drive sendiri ke tempat kerja sebab haluan husband dan wife tak sama. Masing-masing bawa kereta sendiri. 

Kak Feni masuk awal ke opis sebabnya memang banyak kerja yang pending. Masuk kerja jadi bingung sebab tak tahu nak mula yang mana.

Selfie me today


Banyak benda nak share tapi masa macam mencemburui. Kalau leka masa berlalu begitu saja. Jadi kena plan betul-betul nak buat apa.

Semalam sempat renew domain blog ni yang akan expired 27 May ni. Sebelum lupa sebelum expired nak renew banyak hal baiklah kita buat masa ada free ni. Alhamdulillah setel dah tak pening untuk setahun.


Banyak jugak sales dan job masuk sejak rajin update dan share ni. Rezeki anak-anak tu ada. Masa mula-mula kena PKP memang hari-hari update pasal makanan sebab hari-hari kena masak.

Kak Feni drive pagi agak jem juga jalan nak ke pejabat tapi balik laju sebab tak banyak kereta. Balik kerja agak laju dan tak jem sebab Kak Feni keluar awal. Sampai rumah sebelum asar. Terus mandi dan solat asar. Lepas solat rehat kejap dan terus masak untuk berbuka.

Kak Feni masih duduk dengan mentua sementara PKP ni. Senang nak tinggal anak-anak dan tak perlu ulang alik bawa anak keluar. Jadi urusan masak memasak ni buat sama dengan mentua. Lega lah sikit. Kak Feni tolong-tolong masak nasi dengan basuh pinggan jela sejak kerja ni. Haha

Rabu lepas penat gila balik kerja. Sakit kepala sangat sebab panas. Drive pun mujur sampai rumah. 



May 9, 2020

Berita Sedih Hari Ni Sebab Ramai Tak Dapat Bantuan Prihatin Nasional

Hari ni penuh wall dengan rungutan dan rintihan rakyat Malaysia yang ada SSM tak layak dapat BPN. Sedihnya rasa dahlah musim PKP ni pergerakan terhad. Bila PM umukan bantuan untuk rakyat yang pendapatan RM8,000.00 kebawah layak dapat. Memang mengharap sangat duit tu masuk akaun dapat topup yang mana kurang ni.



Allahuakbar ramai yang post kesedihan masing-masing. Betul juga, hari tu suruh peniaga kecil daftarkan peniagaan dengan SSM dengan pendapatan pun kadang-kadang ada kadang-kadang takde. Tapi jangan risau yang mana ada SSM tu boleh mohon Geran Khas Prihatin dengan Klik Sini.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN


Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:


Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.


KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN


Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Sumber : MyKerjaya

Kak Feni banyak share dengan sahabat-sahabat Kak Feni yang ada SSM tapi tak dapat BPN supaya mohon Dana Khas Prihatin ni supaya dapat meringan beban masing-masing. Maklumlah ramai yang terjejas terus akibat virus covid-19 ni. Ditambah pula dengan arahan kerajaan yang kena duduk rumah tak boleh keluar. 

Ketika kita rasa susahnya hidup ini, masih ramai orang diluar sana yang lebih susah dari kita. InshaAllah pasti ada jalan keluar untuk kita. Bersangka baik dengan Allah. Allah mengatur yang baik-baik untuk kita.


May 6, 2020

Minggu Depan Dah Mula Kerja

Alhamdulillah PKP dah mula dilonggarkan dan ramai nampaknya dah keluar dari gua. Kak Feni sepatutnya masuk kerja hari ni tapi boss kata tak perlu masuk minggu ni. Kita start kerja minggu depan. Alhamdulillah lega sebab ada masa lagi. Kak Feni risau sebab kena drive kereta sendiri pergi kerja. Sebelum ni start bulan Febuari hari tu memang Kak Feni drive sendiri pergi ke  stesyen MRT sebab husband kena kerja jauh. Tak boleh nak hantar dan ambil Kak Feni. Sedih pula rasa sebab kena pergi sendiri. Sebelum ni pergi dan balik dengan husband naik motor. Bila kena pergi sendiri ni rasa sedih pun ada. Kena berdikari lagi lepas tu drive kereta pukul berapa nak sampai opis dan rumah.

Takpelah mula-mula mungkin rasa macam susah. Bila dah lama-lama nanti okeylah tu dah biasa. Macam mula-mula kena PKP hari tu rasa tepu otak sebab kena duduk dalam rumah saja kan. Bila dah hampir 2 bulan duduk rumah rasa seronok pulak sebab dah terer masak. Haha setakat nak masak 2 3 jenis lauk tu senang je. Dulu rasa susah nak masak sebab malas dan tak suka masak. Bila kena mcam ni terus cari aktiviti yang boleh buat hilangkan rasa bosan. Dok rumah rasa lapar, bila lapar mula la nak masak makan macam-macam.

Nak cerita pasal order online ni. Kak Feni sendiri ada lah juga order barang secara online. Barang nak sampai tu sehari lagi ngam sebulan. Sabar jela. Sebab tu bila ada kawan ajak join jual mangga harumanis Kak Feni tak berani nak ambil risiko sebabnya nilah. Kurier servis problem. Buah sampai dah busuk dan buruk. Harga bukan murah. Kesian dekat seller dan juga buyer termasuklah diri sendiri yang jadi orang tengah ni. Kadang-kadang pening kepala nak jawab sampai kena tanggung risiko.


Kak Feni hanya ambil order untuk mereka yang boleh sabar menunggu sebab kurier takde jaminan sekarang. Rezeki dapat awal alhamdulillah. Kalau nasib tak baik kena tunggu lama. Kak Feni post dekat fb supaya semua customer Kak Feni faham. Dugaan semua ni dan bukan kita sahaja yang kena hadap.



April 28, 2020

PKP Day 42 Bersamaan Dengan 5 Ramadhan

Ya Allah lama Kak Feni tak buka blog ni. Last update PKP day 36 bermakna 7 hari dah tak update sebabnya banyak alasan lah. Ditambah dengan awal hari tu Kak Feni tak berapa sihat nak menulis nak tengok pc dan handphone pun macam sakit kepala sangat. Alhamdulillah kesihatan dan bertambah baik dan dapat nikmati bulan Ramadhan yang mulia ni. Terima kasih ya Allah sebab masih memberikan peluang yang indah ini.

Menghirup udara yang segar dan bernafas dibumi bertuah Malaysia ini, sungguh nikmat apakah lagi yang nak aku dustakan ?

Lama aku skip menulis sebab setelkan urusan media sosial yang lain seperti wasap dan facebook. Duduk rumah ni bukan boleh fokus sangat buat kerja sebab banyak gangguan. Sekejap reply wasap sekejap tengok fb reply komen sampaikan blog kesayanganku ini terabai. Maafkanlah diriku yang leka ni.

Tambah pula sekarang ni musim PKP tak tahu nak buat apa gatai tangan pergi download apps LA Novel dan tersarunglah juga membaca sampai tak ingat dunia. Pukul 4 petang baru start masak takpun lepas solat asar. Duduk rumah mak mertua tak balik-balik pun rumah sendiri. Haha padahal satu taman je pun. 


PKP dah disambung sampai 12 Mei 2020. Nak kerja masih tak boleh dan hanya boleh kerja dari rumah.

Bulan puasa ni aktiviti post makanan dikurangkan dan akan dipost semasa masak dan waktu selepas berbuka puasa. InshaAllah.








April 22, 2020

PKP Day 36 | Selesai Daftar Sekolah Agama Adik Rayyan Secara Online



Musim PKP ni semuanya kena buat online. Kerja pun kena buat online. Sebenarnya sebelum PKP ni dah Kak Feni dah sediakan segala dokumen untuk daftar sekolah Adik Rayyan tapi tertangguh sebab PKP. Nasib baik Abang Aus dah darjah 2 dan ada group sekolah Agama. Apa-apa info ustazah dan ustaz akan info dalam group.

Segala kerja sekolah dan latihan ustaz dan ustazah akan bagi melalui group wasap. Mula-mula cuti hari tu Abang Aus semangat juga nak buat kerja. Ni dah lama ni nampak makin taknak belajar. Ummi pun jadi mak kau hijau.

Lepas PKP ni kena pergi sahkan pendaftaran di sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan, tahun lepas dah daftar dan bulan 8 nanti kena pergi sekolah untuk sahkan pendaftaran. 

Tahun ni banyak benda yang tergendala. Semua orang terkesan dengan semua ni. Bukan kita sahaja malah seluruh dunia. Marilah kita terus berdoa agar semuanya baik-baik saja. InshaAllah.


April 20, 2020

PKP Day 34 | Kak Feni Kurang Sihat

Semalam skip menulis sebab kurang sihat. Rasa macam nak baring je dan hari ni kisahnya bersambung sampai ke petang. Malam ni alhamdulillah bertambah baik. Duduk rumah dengan anak-anak kena banyak bersabar dan bertahan sebabnya kita bukan boleh rehat dengan sempurna. Tengah baring sedap-sedap, anak kejut nak makan, nak minum, nak berak, nak kencing dan berbagai lagilah. 

Dah 34 hari kita kena berkurung dalam rumah kan. Hari ni adalah hari pertama yang tiada kematian. Alhamdulillah.


Semoga perkembangan baik ini akan berterusan. Sama-sama kita doakan.

Kak Feni ada apply loan bank untuk beli rumah tapi bank nak pay slip. Sebulan lebih dah tak masuk pejabat ni macam mana nak dapatkan payslip. Semuanya HR yang buat sebab company kami tak buat online. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harapnya baik-baik sahaja nanti. Pegawai bank tu yang datang hantar dan ambil borang di rumah.

Hari ni takde photo menu PKP day 34 sebab Kak Feni tak larat nak ambil gambar tadi. Lepas siap masak terus ajak anak-anak makan. Lepas makan terus baring dan tidur. Tak larat sungguh rasanya hari ni. 

Semoga kita terus tenang dan stay at home. Kita jaga kita dan buat apa yang Allah suka. 


April 18, 2020

PKP Day 32 | Nak Berniaga Hasil Laut Pulau Pangkor Pula

Hari ni dah 18 hb April 2020 dah bersamaan hari ke 32 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan Malaysia arahkan. Masuk fasa ke 3 dah ni. Hari ni macam biasa masak, makan lepas tu tidur. Takde apa dah nak dibuatnya. Kalau ada order masuk reply wasap dan buat order. Tu jela kerja Kak feni dalam musim PKP ni.


 Selain memasak, makan dan tidur. Hobi baru Kak feni ialah mengedit dan post ke dalam instagram dan juga blog segala masakan yang Kak Feni buat. Haha dah takde kerja. Kita carilah kerja. Nak buat kek, biskut atau kuih muih memang tak minat tapi minat makan. Buat pun kalau anak-anak nak makan. Terpaksalah google segala resepi kalau nak buat. Google screenshoot lepastu suruh husband beli bahan. Kadang-kadang jadi kadang-kadang rasa nak campak. Huhu

Hari  ni Kak Feni dah mula berniaga hasil laut Pulau Pangkor. Hasil lautnya adalah seperti dalam gambar dan harga pun dah disertakan sekali.









Risau nak keluar susah untuk mendapatkan hasil laut kering ni bolehlah order dengan Kak Feni. Kita pos terus ke rumah anda. Ada caj pos ikut berat. Tak lama lagi nak sambut Ramadhan kan jadi eloklah simpan bahan makanan laut yang kering untuk stok harian. 

Untuk order hubungi 01115672780 ATAU terus melalui WhatsApp:


Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...