May 6, 2020

Minggu Depan Dah Mula Kerja

Alhamdulillah PKP dah mula dilonggarkan dan ramai nampaknya dah keluar dari gua. Kak Feni sepatutnya masuk kerja hari ni tapi boss kata tak perlu masuk minggu ni. Kita start kerja minggu depan. Alhamdulillah lega sebab ada masa lagi. Kak Feni risau sebab kena drive kereta sendiri pergi kerja. Sebelum ni start bulan Febuari hari tu memang Kak Feni drive sendiri pergi ke  stesyen MRT sebab husband kena kerja jauh. Tak boleh nak hantar dan ambil Kak Feni. Sedih pula rasa sebab kena pergi sendiri. Sebelum ni pergi dan balik dengan husband naik motor. Bila kena pergi sendiri ni rasa sedih pun ada. Kena berdikari lagi lepas tu drive kereta pukul berapa nak sampai opis dan rumah.

Takpelah mula-mula mungkin rasa macam susah. Bila dah lama-lama nanti okeylah tu dah biasa. Macam mula-mula kena PKP hari tu rasa tepu otak sebab kena duduk dalam rumah saja kan. Bila dah hampir 2 bulan duduk rumah rasa seronok pulak sebab dah terer masak. Haha setakat nak masak 2 3 jenis lauk tu senang je. Dulu rasa susah nak masak sebab malas dan tak suka masak. Bila kena mcam ni terus cari aktiviti yang boleh buat hilangkan rasa bosan. Dok rumah rasa lapar, bila lapar mula la nak masak makan macam-macam.

Nak cerita pasal order online ni. Kak Feni sendiri ada lah juga order barang secara online. Barang nak sampai tu sehari lagi ngam sebulan. Sabar jela. Sebab tu bila ada kawan ajak join jual mangga harumanis Kak Feni tak berani nak ambil risiko sebabnya nilah. Kurier servis problem. Buah sampai dah busuk dan buruk. Harga bukan murah. Kesian dekat seller dan juga buyer termasuklah diri sendiri yang jadi orang tengah ni. Kadang-kadang pening kepala nak jawab sampai kena tanggung risiko.


Kak Feni hanya ambil order untuk mereka yang boleh sabar menunggu sebab kurier takde jaminan sekarang. Rezeki dapat awal alhamdulillah. Kalau nasib tak baik kena tunggu lama. Kak Feni post dekat fb supaya semua customer Kak Feni faham. Dugaan semua ni dan bukan kita sahaja yang kena hadap.



April 28, 2020

PKP Day 42 Bersamaan Dengan 5 Ramadhan

Ya Allah lama Kak Feni tak buka blog ni. Last update PKP day 36 bermakna 7 hari dah tak update sebabnya banyak alasan lah. Ditambah dengan awal hari tu Kak Feni tak berapa sihat nak menulis nak tengok pc dan handphone pun macam sakit kepala sangat. Alhamdulillah kesihatan dan bertambah baik dan dapat nikmati bulan Ramadhan yang mulia ni. Terima kasih ya Allah sebab masih memberikan peluang yang indah ini.

Menghirup udara yang segar dan bernafas dibumi bertuah Malaysia ini, sungguh nikmat apakah lagi yang nak aku dustakan ?

Lama aku skip menulis sebab setelkan urusan media sosial yang lain seperti wasap dan facebook. Duduk rumah ni bukan boleh fokus sangat buat kerja sebab banyak gangguan. Sekejap reply wasap sekejap tengok fb reply komen sampaikan blog kesayanganku ini terabai. Maafkanlah diriku yang leka ni.

Tambah pula sekarang ni musim PKP tak tahu nak buat apa gatai tangan pergi download apps LA Novel dan tersarunglah juga membaca sampai tak ingat dunia. Pukul 4 petang baru start masak takpun lepas solat asar. Duduk rumah mak mertua tak balik-balik pun rumah sendiri. Haha padahal satu taman je pun. 


PKP dah disambung sampai 12 Mei 2020. Nak kerja masih tak boleh dan hanya boleh kerja dari rumah.

Bulan puasa ni aktiviti post makanan dikurangkan dan akan dipost semasa masak dan waktu selepas berbuka puasa. InshaAllah.








April 22, 2020

PKP Day 36 | Selesai Daftar Sekolah Agama Adik Rayyan Secara Online



Musim PKP ni semuanya kena buat online. Kerja pun kena buat online. Sebenarnya sebelum PKP ni dah Kak Feni dah sediakan segala dokumen untuk daftar sekolah Adik Rayyan tapi tertangguh sebab PKP. Nasib baik Abang Aus dah darjah 2 dan ada group sekolah Agama. Apa-apa info ustazah dan ustaz akan info dalam group.

Segala kerja sekolah dan latihan ustaz dan ustazah akan bagi melalui group wasap. Mula-mula cuti hari tu Abang Aus semangat juga nak buat kerja. Ni dah lama ni nampak makin taknak belajar. Ummi pun jadi mak kau hijau.

Lepas PKP ni kena pergi sahkan pendaftaran di sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan, tahun lepas dah daftar dan bulan 8 nanti kena pergi sekolah untuk sahkan pendaftaran. 

Tahun ni banyak benda yang tergendala. Semua orang terkesan dengan semua ni. Bukan kita sahaja malah seluruh dunia. Marilah kita terus berdoa agar semuanya baik-baik saja. InshaAllah.


April 20, 2020

PKP Day 34 | Kak Feni Kurang Sihat

Semalam skip menulis sebab kurang sihat. Rasa macam nak baring je dan hari ni kisahnya bersambung sampai ke petang. Malam ni alhamdulillah bertambah baik. Duduk rumah dengan anak-anak kena banyak bersabar dan bertahan sebabnya kita bukan boleh rehat dengan sempurna. Tengah baring sedap-sedap, anak kejut nak makan, nak minum, nak berak, nak kencing dan berbagai lagilah. 

Dah 34 hari kita kena berkurung dalam rumah kan. Hari ni adalah hari pertama yang tiada kematian. Alhamdulillah.


Semoga perkembangan baik ini akan berterusan. Sama-sama kita doakan.

Kak Feni ada apply loan bank untuk beli rumah tapi bank nak pay slip. Sebulan lebih dah tak masuk pejabat ni macam mana nak dapatkan payslip. Semuanya HR yang buat sebab company kami tak buat online. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harapnya baik-baik sahaja nanti. Pegawai bank tu yang datang hantar dan ambil borang di rumah.

Hari ni takde photo menu PKP day 34 sebab Kak Feni tak larat nak ambil gambar tadi. Lepas siap masak terus ajak anak-anak makan. Lepas makan terus baring dan tidur. Tak larat sungguh rasanya hari ni. 

Semoga kita terus tenang dan stay at home. Kita jaga kita dan buat apa yang Allah suka. 


April 18, 2020

PKP Day 32 | Nak Berniaga Hasil Laut Pulau Pangkor Pula

Hari ni dah 18 hb April 2020 dah bersamaan hari ke 32 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan Malaysia arahkan. Masuk fasa ke 3 dah ni. Hari ni macam biasa masak, makan lepas tu tidur. Takde apa dah nak dibuatnya. Kalau ada order masuk reply wasap dan buat order. Tu jela kerja Kak feni dalam musim PKP ni.


 Selain memasak, makan dan tidur. Hobi baru Kak feni ialah mengedit dan post ke dalam instagram dan juga blog segala masakan yang Kak Feni buat. Haha dah takde kerja. Kita carilah kerja. Nak buat kek, biskut atau kuih muih memang tak minat tapi minat makan. Buat pun kalau anak-anak nak makan. Terpaksalah google segala resepi kalau nak buat. Google screenshoot lepastu suruh husband beli bahan. Kadang-kadang jadi kadang-kadang rasa nak campak. Huhu

Hari  ni Kak Feni dah mula berniaga hasil laut Pulau Pangkor. Hasil lautnya adalah seperti dalam gambar dan harga pun dah disertakan sekali.









Risau nak keluar susah untuk mendapatkan hasil laut kering ni bolehlah order dengan Kak Feni. Kita pos terus ke rumah anda. Ada caj pos ikut berat. Tak lama lagi nak sambut Ramadhan kan jadi eloklah simpan bahan makanan laut yang kering untuk stok harian. 

Untuk order hubungi 01115672780 ATAU terus melalui WhatsApp:


April 17, 2020

PKP Day 31 | Masak Makan Apa Yang Ada

Musim ni nak bermewah sangat tak boleh. Tambah-tambah lagi dengan keadaan sekarang. Kerja pun tak tahu boleh sambung ke tak. Kadang-kadang terbit juga rasa risau kalau tiba-tiba bos suruh jangan datang kerja. Dah sebulan duduk rumah ni. Mujur juga update netry pasal PKP ni jadi tahulah dah hari yang ke berapa. Kalau tak hari pun dah tak ingat.



Masak simple je ikan rebus goreng, ikan gulai masam, tauge dengan daun bawang serta timun jepun senget benget. Rezeki harini. Anak Kak Feni suka kuah gulai masam tu. Makan nasi dengan kuah gulai masam tambah kicap. Yang kecik tu suka makan. Yang besar tu tak nak makan nasi jadi kita buat roti telur untuk beliau.



Haha roti telur mudah dan simple tak payah nak potong bagai. Pecah telur letak black and white pepper sikit kacau rata celup dengan roti dan goreng. Anak pun kenyang. Musim PKP ni kita jangan membazir sebab kita maksimumkan apa yang ada. Anak-anak ada juga request nak makan pizza lah burger lah. Musim ni nak order je bukan dia weii. Nak buat sendiri pulak kena keluar pergi beli bahan. Guna jela apa yang ada. nak makan sedap kita tunggu abah dapat gaji kita minta abah belanja sikit. Hehe

Ummi dah sebulan lebih tak pergi kerja ni sejak kena PKP. Rasa rindu dah dengan tempat kerja. Harapnya dunia akan pulih seperti sedia kala dan kita akan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Amin.



April 16, 2020

PKP Day 30 | Mula Post Pasal Masak & Lauk Lagi

Haha tak tahu nak buat apa. Kita cancel jela yang entry taknak post pasal entry makan tu je. Positif je. 

Masak apa tu hari  ni?

Kak Feni masak sambal sotong, sayur kobis tumis kicap, telur dadar dan kari telur baki semalam yang tak habis.



Semalam mak mertua Kak Feni beli sotong dengan lori yang jual makanan laut tu. Sebelum ni kami beli dekat kedai runcit kat depan tu je. Ni bila ada orang datang jual, beli teruslah. Selama musim PKP ni, kami langsung tak keluar ke pasaraya. Segala keperluan kami buat senarai dan suami Kak feni yang akan beli masa on the way balik kerja atau sebelum pergi kerja. Kadang-kadang ayah mertua Kak Feni yang beli kalau suami Kak Feni tak sempat.

Mak mertua Kak Feni tak bagi dia keluar sebab bila dia balik dia taknak mandi. Hahaha kadang-kadang nak gelak pun ada. Bila dah berumur macam tu lah. 

Lepas siap semua menu makan tengahari merangkap makan malam sekali. Kak Feni buat ikan rebus untuk goreng malam karang.


Kelmarin Kak Feni buat ikan rebus ni 4 ekor. Ikan kecil-kecil. Letak dalam peti ais semalam. Semalam tengahari baru masak. Mak dengan ayah mertua Kak Feni suka sebab tak masin sangat. Memang Kak Feni letak garam sikit je sebab takut masin. Kalau beli ikan kukus kat pasar tu kan selalunya masin dan hancur. Kak Feni tak suka sebab kalau beli yang tu dia tak buang isi perutnya. Kalau mek Kak Feni kat kampung cukup marah kalau beli ikan kukus tu. Dia kata kurang bersih sebab tak buang isi perut ikan.

Mudah sangat nak buat ikan rebus ni. Basuh ikan bersih-bersih. Susun dalam periuk. Letak asam keping letak garam. Letak air agak-agak tenggelam. Kak Feni buat tak tenggelam sangat sebab wap air tu naik akan buat ikan tu masak juga. Letak atas dapur buka api perlahan. Agak-agak nampak ikan tu dah masak tutup api sejukkan. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti. Nak masak ambil.

Mek Kak Feni suka kalau nak buat gulai lemak ke, nak goreng ke nak buat sambal letak dalam budu ke guna ikan rebus ni. Lepas ni kami tak beli ikan kukus yang tak dibuang perut lagi. Buat sendiri lebih bersih dan lebih sihat. 

Sementara tak puasa lagi ni kita masak dan makan jela ye. Esok nak masak apa pula gaisss ????




Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...