April 8, 2020

Day 22 : Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Hari ni ni rasa rajin sikit nak masak special. Eh special ke ? Ikan siakap masak stim ghitew. Ikan potong 2 sebab ikan besar dan kami tak ramai. Musim PKP ni kena jimat cermat. Guna je apa yang ada.


Menu hari ni ikan siakap masak stim walaupun bahan-bahan tak cukup boleh lah nak makan. Ikan goreng untuk mak ayah mesti ada dan juga sayur labu air tumis. Simple. Untuk anak-anak ummi goreng ayam baki semalam dan juga panaskan kari ayam semalam yang tinggal 2 ketul simpan dalam peti.

Petang ni ingat nak buat donut lagi untuk minum petang. InshaAllah menjadi. First time buat hari  keras sebab terlebih letak merjerin. Tapi masih boleh makan sampai habis.

Hari ni dapat mangga asam boi. Husband Kak Feni order online. 




Ingat duduk rumah boleh jimat ke ? Haha lagi bertambah duit habis sebab semuanya boleh order secara online. Musim ni kalau berniaga secara online memang laris sebab ramai orang tak boleh keluar. Alhamdulillah merasa juga kami makan mangga asam boi ni. Harga RM12 + kos COD RM5. Jadi RM17 semuanya. Sama-sama kita sapot mereka yang berusaha keras untuk menjana pendapatan dalam musim PKP ni.

Teruskan duduk rumah dan putuskan rangkaian Covid-19. Terus berdoa agar dunia ini kembali pulih dan kita boleh jumpa dengan semua orang yang kita sayang. 



April 7, 2020

Day 21 | Perintah Kawalan Pergerakan

Haiiii semuaaa. Apa khabar tu ?

Semalam skip menaip day 19 dan 20 sebab entry pendek sangat. Tengahari semalam kami satu family makan nasi goreng je. Malam pulak tak tahu nak masak apa kami mengambil keputusan untuk makan megi kari sahaja. Haha satu family termasuk mak dengan ayah mentua Kak Feni makan megi jer. Janji kenyang perut.

Hari ni rasa rajin sikit masak kari ayam, bayam rebus, ikan dan ayam goreng.




Rezeki untuk keluarga hari ni. Esok kita fikir lain nak masak apa. Pejam celik pejam celik dah 20 hari kita duduk rumah dan hadap PKP kan ? Mula-mula rasa tepu jugak otak ni. Sekarang macam seronok pulak sebab boleh masak macam-macam. Try buat donut, puding karamel dan esok nak try buat agar-agar santan tu kalau jadi. Hahaha resepi kena google dulu.

Korang dah dapat ke bantun prihatin tu ? Kak Feni tak masuk lagi. Gaji bulan Mac pun tak clear lagi. Nak bayar sewa rumah dan segala hutang ni. Mujurlah tuan rumah faham gaji lambat clear bulan ni. Bank tutup semua urusan pakai mesin je. Kalau guna kaunter terus dapat. Ni pakai mesin ambil masa 3 hari pula.

Macam mana lah kita lepas ni ya ?

Haiii ngeri nak fikir. Takpelah sama-samalah kita doakan semuanya baik-baik. Kita jaga kita.

April 4, 2020

Day 18 | Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ni ada order produk FFD masuk tapi terpaksa cancel sebab Kak Feni tak berani nak keluar pergi pos barang. Untuk produk FFD Kak Feni terpaksa hold sementara dulu sebabnya masalah nak pos. Berada dalam kawasan Red Zone bukan sesuatu yang mudah. Nak keluar pun tak boleh dengan anak-anak yang kecil ni. Nampak kita bersiap diorang pun sama naik nak ikut.

Takpelah rezeki lain akan datang nanti. Allah menguji hambaNya ikut kemampuan.

Hari ni buka tutup buka tutup pc ni nak isi borang BPN tu tapi hampeh semuanya error. Serabutnya rasa. Nak isi untuk kakak dengan anak buah Kak Feni. Lastly kakak Kak Feni yang duduk di Manjung tu yang boleh buat. Apa hal tak tahu takkan lah red zone juga kot. Online je kan. Huhu





Sementara PKP ni kita post entry pasal makan jela ye. Haha sebab tak tahu nak share pasal apa. Menu hari ni simple je. Kobis masak kicap, ikan sambal dan ikan goreng. Malam tambah dengan ikan masin goreng. Esok tak tahu nak masak apa.

Isnin ni nak puasa lagi sebab makan pun dah kurang selera. Baiklah berpuasa, dapat juga pahala. Lagi 10 hari nak hadap PKP ni. Semoga keadaan bertambah baik dan terus baik agar kami boleh balik kampung. Nak jumpa mek. Lama sangat dah tak dapat balik kampung. 


Segmen Bloglist Blogbabyshambles



Hari ni jalan-jalan di blog sahabat terjumpa segmen ni. Jomlah kita join sebab syaratnya mudah je. Jom sapot. Klik banner untuk join. 

April 3, 2020

Day 17 | Perintah Kawalan Pergerakan

Dok rumah handphone asyik kena hijack dengan anak-anak je. Nak buat order pun susah. Tahulah wei nak suruh buat kerja sekolah sokmo pun nye muntah hijau pulak anak-anak. Selain makan dan tidur tengok handphone adalah satu aktiviti penting kami 3 beranak.

Hari yang ke 17 ni alhamdulillah badan pun semakin sihat walafiat dan gembira selalu. 



Hari ni masak menu ikan goreng, tempe goreng, masak lemak putih tauge, sambal belacan, telur mata kerbau untuk anak-anak dan sambal belacan yang direquest oleh opah. Alhamdulillah cukup hidangan hari ni. Esok tak tahu nak masak apa pulak. Anak-anak asyik tanya KFC ada delivery ke ummi ? Ummi nye tak reti nak order pakai grab tu. Ummi cakap nanti kalau ada ayam ummi masak buat ayam goreng KFC. Hahaha malasnya la hai nak google cara nak order guna grabfood tu. Kang sekali order lama nye minta lagi dan lagi. Dahla musim covid ni kena jimat cermat.

Gaji ummi pun minggu depan baru clear. Banyak benda yang tak settle lagi ni. Alhamdulillah nak hidup 2 3 hari ni ada la juga bekalan. Kerja siang malam untuk hidup je. Semoga semua nya baik-baik je. Kita rasa kita susah ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Kak Feni ada juga order barang secara online dan alhamdulillah sampai je di rumah ni walaupun kawasan sini dah Red Zone. Belum fully lockdown. Masih boleh keluar ke kedai runcit untuk dapatkan barang keperluan. Sini hari-hari dengar bunyi ambulance dan polis. Dengarnya hari ni pun masih ada 44 orang pelajar tahfiz yang diambil untuk ke pusat kuarantin. Semoga semuanya baik-baik. Jaga kesihatan dan jaga kebersihan.

#StayAtHome


April 2, 2020

Day 16 | Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Hari ni bangun awal bersiap untuk sediakan sarapan husband. Haha sejak husband boleh balik hari-hari ni hari ni baru rajin nak buat sarapan. Tu pun dia nak makan nasi goreng. Selalu dia taknak makan sebab kat tempat kerja ada sedia makan. Hari ni kita pun buat-buat rajinlah sebab husband nak makan kan. Hahaha

Makanya pagi ni siaplah semangkuk besar nasi goreng bodo untuk family. Alhamdulillah licin semuanya.

Tengahari masak makan tengari macam biasa untuk keluarga. Menu hari ni sambal sardin, telur dadar dan juga kangkung rebus. Cukuplah untuk isi perut.

Semalam kan teringin nak buat puding karamel tapi esen vanila takde jadi kena postpone. Hari ni dah ada semua bahan-bahannya maka terjadilah puding karamel Kak Feni. Resepi ikut kat youtube. Hehe





Lepas sejukkan dalam peti, alahai nikmatnya rasa. Mudahnya nak buat benda ni. Sedap pun sedap (eh terpuji diri sendiri pulak). Sebelum ni kalau nak makan puding ni mesti beli sebab tak pandai dan tak berkeyakinan nak membuatnya. Sebab selalu dengar cakap orang sama. Kalau tak jadi buang saja. Hanyirlah apa lah.

Hari ni sebab tak boleh keluar rumah nak makan tak tahu nak buat apa. Makanya terjadilah puding karamel Kak Feni. Favourite husband Kak Feni. Balik kerja kang biar dia rasa sedap ke tak bini dia buat. Hahahaha.

Bulan puasa ni kalau ada rezeki kita buat lagi puding ni. Kalau takde orang nak makan, biar Kak Feni makan sendiri. 

April 1, 2020

Day 15 | Tempoh Kawalan Pergerakan PKP

Apa khabar hari ni semua ? Masih baik ? Masih okey ? Masih bertahan dan tidak gila ?

Alhamdulillah untuk nikmat hari ni. Syukur sebab masih diberikan waktu.

Menu Kak Feni hari ni ikan goreng masak kicap, sambal tumis ikan bilis dan sayur bayam rebus. Alhamdulillah rezeki untuk family. Dalam tempoh PKP ni Kak Feni duduk rumah mentua. Masak on time. Kalau duduk rumah sendiri suka hati nak makan pukul berapa.




Dah masuk fasa 2 tempoh PKP ni ye ? Kalau tak kita dah sibuk pagi-pagi. Pergi hantar anak sekolah kemudian berkejar ke stesyen MRT dan ke tempat kerja. Bila dah jadi macam ni rasa macam tak tahu bila pulak nak masuk opis.

Semalam sahabat opis kak Feni masuk opis sebab nak issue gaji. Jadi dia ambil gambar tempat kerja Kak Feni. Alahai rindunya walaupun banyak kerja yang sedang menunggu.



Bila dah 2 minggu tak masuk opis ni memang rindu sangat. Rindu dengan semua kawan-kawan dan boss-boss. Ada juga hai-hai dalam group update perkembangan masing-masing. Tak tahu apa yang akan jadi esok hari  jadi marilah kita sama-sama berdoa agar pandemik virus covid-19 ni cepat berlalu dan pulih seperti biasa.


Ni tempat Kak Feni solat dan berehat masa waktu rehat. Bilik sebelah dengan tempat kerja Kak Feni. Bilik kosong jadi Kak Feni kemas-kemas buat tempat solat. Kalau dulu masa mula-mula kerja kena turun bawah tingkat 4 pergi surau untuk solat. Bila dah lama buat tempat solat sendiri dan jimat masa. Boleh rehat lagi. Alhamdulillah.

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...