August 16, 2019

Cara Create Instagram Story Highlight Menggunakan Apps Canva

Bismillahirahmanirahim. Rasanya dah lama sangat tak share tutorial di blog Kak Feni ni. Hari ni Kak Feni terdetik nak buat Instagram Hightlight Story. Salah satu sebab galak sangat nak buat ni ialah bila tengok ig orang lain nampak cantik dan kemas je. Lepas ni kena belajar susun cantik-cantik balik.




1. First sekali kena download apps CANVA di Googgle Playstore. Ni untuk android macam Kak Feni lah. Apple tu korang pandai-pandai la ye.



2. Bila dah buka Apps, search Instagram Story Highligt Cover


Kat sini akan keluar macam-macam dan boleh pilih ikut suka hati. Nak edit sendiri pun boleh. Kak Feni suka yang simple je.

3. Pilih je template yang ada kat situ.



4. Bila dah pilih boleh start edit ikut kreativiti masing-masing.


5. Pilih warna yang digemari.




6. Bila dah siap boleh terus share di instagram. Kena share di Stories dulu.





7. Bila dah edit bahagia Hightlight tu siap !


Nampak lebih kemas dan cantik. Boleh je ubah ikut suka hati masing-masing. Haha budak-budak zaman nau lebih maju bab macam ni. Tak terkejar dengan teknologi. Namun tak salah untuk belajar dan mencuba.

Selamat maju jaya. 









August 15, 2019

Minyak Panas Herba Buatan Homemade Orang Kampung

Masa nak bersalin Adik Rayyan. Gigih pergi MAHA2014 sebab nak cari minyak panas untuk pantang. Berjalan di MAHA dengan perut yang besar, Allahuakbar hanya tuhan je yang tahu. Masa tu kami sampai cuaca panas sangat. Terik matahari ya ampun.

Kak Feni pantang tetap ikut orang tua-tua. Bangun awal pagi mandi herba-herba yang ada di bawa dari kampung. Yang segar macam daun inai, akar kayu dan juga serai wangi. Hurmmm masih terasa lagi bau-bauan herba-herba ni. Bila dah mandi rasa segar dan bersih je badan ni. Lepas mandi keringkan rambut dengan tuala kering. Lepas tu ikat ketat-ketat buat sanggul jadi kemas.

Bila dah bersanggul bagai ni, sapu minyak angin dekat perut dan kaki seterusnya pakai stoking. Siap-siap untuk berbengkung kalau tak bertungku. Kalau bertungku kena buka bengkung. Kalau pakai bengkung. Tungku tak terasa. Siap bertungku pakai bengkung balik. Ermm nak menghabiskan 44 hari pantang memang bercinta tapi itulah pengalaman yang terindah dalam hidup demi untuk seorang zuriat.

Best sangat bertungku bila tungku pun dibungkus dengan herba seperti daun mengkudu. Bau dia hurmmm best jer. Bagi orang kampung macam Kak Feni ni. Berpantang cara orang kampung memang indah sebab boleh mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.

Baju pula kena pakai baju yang tebal dan berlengan panjang. Siap kena pakai baju panas di luar sebab takut badan masuk angin. Bila masuk angin risau sakit kepala dan boleh mengakibatkan kesihatan diri dan anak terganggu.

Penting sangat jaga pantang tak kisahlah cara moden ke cara tradisional. Motif utamanya untuk kesihatan diri dan juga anak kecil. Bila ibu sihat, susu banyak secara tak langsung bayi pun akan sihat. Bila kita pantang dengan betul badan boleh kembali kecil dan ramping macam anak dara. Muka pun naik seri sebab jaga makan dan ikut pantang betul-betul.

Minyak panas tak boleh tinggal  sebab membantu buang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut.

Jadi bagi yang nak order minyak panas herba ni bolehlah contact nombor yang tertera di photo. +60189452191



August 14, 2019

HARUMNITA UNTUK WANITA YANG INGIN CANTIK DALAMAN DAN LUARAN

Wanita perlu menjaga kecantikan bukan sahaja luaran malah dalaman untuk kesejahteraan diri sendiri dan juga untuk suami (bagi yang dah berkahwin). Yang dah berkahwin perlu lebih menjaga kecantikan untuk keharmonian rumah tangga. Jangan tak tahu sekarang ni, macam-macam hal boleh berlaku melibatkan masalah dalaman seperti ini.


Adakah anda selalu mengalami masalah seperti di bawah ?






BAHAN-BAHAN GENTEL HARUMNITA



• Akar serapat

i. Membantu memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
ii. Membantu menghalus serta mencantikkan kulit
iii. Membantu mengukuhkan otot dan sendi
iv. Mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid.
v. Membantu melancarkan peredaran darah untuk meningkatkan kadar oksigen
vi. meningkatkan fungsi organ dan tahap kesihatan wanita.

• Sireh

i. Daun sireh mampu mengatasi masalah kegatalan pada kulit
ii. Mengatasi masalah keputihan
iii. Mengatasi bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita.

• Manjakani

Manjakani yang bersifat astringen, berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang
mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita.

• Buah Pinang

Buah pinang sering tumbuh di kawasan tropika di Pasifik, Asia dan Afrika Timur dan sering dipanggil Betel Palm. Ia mengandungi alkaloid yang berupaya meneutralkan racun dalam tubuh badan. Selain itu, pinang turut berperanan mengecutkan rahim selepas bersalin, merawat luka, serta mengatasi masalah pendarahan yang berlebihan ketika haid.

• Garam Bukit

i. Garam bukit meningkatkan kadar metabolisma / memecahkan rangkaian lemak dan kolestrol

ii. Melancarkan pengaliran jus hempedu,penting dalam pengawalan berat badan
iii. Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dimana ia dapat merawat penyakit gout dan sakit tumit
iv. Garam bukit mengandungi unsur pembersih,penghilang lendir,bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakan keracunan dalam perut
v. Garam bukit mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus

• Daun Pacar Cina

i. Pacar cina berkhasiat menyembuhkan perut kembung, sukar menelan, batuk, bisul dan mempercepat persalinan karena mengandung minyak atsiri, alkaloid, serta garam-garam
mineral.
ii. Dapat menekan penyakit bengkak akar yang disebabkan oleh Meloidogyne spp. pada tanaman
tomat. Bunga keringnya dapat digunakan sebagai bahan penambah aroma teh hijau.



FUNGSI & KHASIAT GENTEL HARUMNITA




• Mengubati keputihan
• Memberi kelebihan tenaga
• Mengekalkan awet muda
• Menghilangkan bau badan

• Rahim

i. Mengecutkan rahim
ii. Membaiki proses pemulihan Rahim
iii. Melancarkan kencing supaya tidak berlaku lagi kencing-kencing kurang lawas akibat kencing kotor. (1-3 hari awal setelah pemakanan #gentelharumnita akan terasa sedikit pergerakkan dan sedikit sakit didalam rahim..diminta dalam tempoh rawatan tersebut hendaklah memakai pad dimana ada kemungkinan proses rembesan darah lama atau keputihan akan dikeluarkan dengan sempurna)

• Breast (buah dada)

i. Menegangkan kembali kenduran
ii. Urat-urat pada breast akan dibaiki bagi tujuan membentuk cantik breast yang dahulunya mengalami kekenduran. (Kesan ketara dapat dirasai setelah seminggu mengamalkan #gentelharumnita dimana breast terasa penuh dan kembali berisi).

• PUNGGUNG

i. Punggung rasa anjal dan menonggek.
Kenduran tidak akan kelihatan lagi.

• Miss V

i. Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin  elakkan dari menggaru dibahagian bibir miss v kerana jangkitan akibat dari luka akan berlaku dan boleh kuman merebak sehingga ke pangkal rahim.


CARA PENGGUNAAN GENTEL HARUMNITA

• Penggunaan:
✔Ambil secara teratur 3 biji 3 kali sehari sebelum makan.

Bagi yang ingin mencuba GEL MANDIAN BIDARA ini bolehlah menghubungi nombor dibawah :-

Elly - +60192232846 atau boleh ORDER SINI

August 13, 2019

Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel


Dalam sesi blogwalking hari ni, Kak Feni terjumpa segmen GA ni. Makanya, jomlah kita beramai-ramai join. Nak join just klik banner kat atas tu dan follow syarat yang sangat mudah.




Selamat Hari Raya Aidil Adha

Semoga segala yang kita rancangkan berjalan dengan lancar.

Kami sekeluarga mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua. Maafkan segala salah dan silap. Terkasar bahasa tercalar emosi.

Raya kali ni kami tak balik kampung sebab masing-masing tak dapat cuti panjang walaupun anak-anak cuti sekolah. Kami pergi melawat Atuk Kamal di Hulu Langat. Bila dah melawat ni dia bagilah buah tangan di kebunnya.




InshaAllah lepas raya ni, jalan dah lengang tak jem kami akan balik kampung. Bawa Tok Mek datang KL pulak. Pelepas angin di sini. Dia boring-boring hantar pergi jalan rumah Achik Manjung pulak.

Nama pun raya kan. Kalau tak jem tak sah. Dengarnye berjam-jam di atas jalan raya. Kami yang duduk di Hulu Langat pun tak ketinggal makan jem. Nak pergi ke Batu 14 pun makan masa yang lama. 

Highway baru yang tengah buat sekarang ni pun macam dah nak siap. Jambatan yang merentasi Sungai Michu pun nampaknya dah nak siap. Lepas ni kalau ada rezeki nak pergi Langat, lajulah. Hihi.





August 9, 2019

Mek Zumbie 2K19 August Giveaway

Jom korang join GA ni.


Klik je pada banner untuk join.

Lepak Mamak Layan Cendol

Hari ni Kak Feni puasa. Jadi Kak Feni share je gambar-gambar throwback Isnin lepas. Balik kerja lepak mamak sambil menikmati cendol. 

Layan cendol dengan Kak Tutik dan suaminya Abang Marzuki. Mereka ni rakan sekerja suami yang dah bertahun-tahun kerja di Malaysia. Abang Marzuki dah tukar company tapi masih bekerja di sekitar HKL. Jadi kalau ada masa bolehlah lepak sekali.

Kami lepak di mamak Hassan Shah dekat dengan rumah Kak Tutik. Mujur Kak Feni cepat call kalau tak dia cakap nak makan dekat tempat cendol.


Makanya tibalah mereka di kedai mamak yang kami lepak ni. Dengan cendol satu cup besar. "Jom minum cendol !!!". Hahaha 



Kami yang sampai dulu jadi kami order dulu. Selalu Kak Feni suka makan nasi goreng kampung telur mata kat sini. Hari ni teringin makan meggi sup. Jadi order meggi sup. Pedas dan masam secukup rasa. Kena dengan tekak Kak Feni.

Lepas kenyang dan bersantai-santai kami balik rumah. Bukan selalu dapat jumpa dan lepak macam ni. Sekali sekala je sebab masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Bila dah jumpa macam ni banyak cerita nak share.



Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...