3 hari cuti. Hari ni hari kedua. Semalam sempat basuh baju sidai baju jer pagi. Sarapan pun buat sandwich telur dengan slice ayam je. Kasut putih abang aus sempat basuh.
Pukul 12.30 dah siap nak pergi kenduri rumah Busu. Siap-siap terus ke majlis kenduri. Lepas kenduri kami ke Sri Kembangan untuk ambil kad kahwin Paksu. Sesat barat sebab tak pernah pergi dan tak tahu jalan. Masa pergi jela. Masa balik dah tahu jalan. Ikut google maps kan nye bawa jalan entah kemana.
Hari ni semua cuti. Jadi kami melepak jer di rumah. Kemas rumah dan tukar katil dari bilik 2 ke bilik 1. Sapu segala sawang yang dah berhabuk dalam rumah. Alhamdulillah setel.
Petang baru pergi rumah opah. Lepak umah opah sampai malam. Esok kami jela yang cuti. Abah kerja esok. Maklumlah company ikut agama. Jadi kena kerja lah abahnya.
Esok banyak lagi tugas ummi yang belum setel tu. Nak lipat baju dan gosok baju sekolah abang dan adik. Baju kerja abah dan ummi.
Hahaha Kadang-kadang aku merungut sebab terlalu penat. Itulah kebahagiaan menjadi seorang wanita. Meluahkan sekadar untuk melepaskan tekanan. Bila dapat luahkan jadi lega.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
January 20, 2019
January 18, 2019
Personal Shoper Shopee
Asal boleh buat duit kita redah jer. Rezeki datang dalam perbagai cara. Dapat menulis blog dengan tenang pun satu rezeki. Kak Feni dapat order untuk shopee lagi hari ni.
Berbelanja di shopee ni kena sabar sebab barang yang dia hantar tu kadang-kadang dari luar negara. Jadi kena banyak bersabar. Kalau yang seller dekat-dekat tu inshaAllah cepat jer.
Yang bestnya beli dengan shopee atau lazada ni, dia ada jaminan dari Shopee dan lazada. Kalau macam seller hantar benda yang salah atau tidak sama dengan apa yang kita order. Kita akan dapat pulangan duit atau diganti dengan barang lain atau sebagainya (mengikut terma dan syarat). Jadi risiko kena tipu atau kena game dengan seller tak banyak la kannn.
Sejak Kak Feni guna handphone baru ni. Ewah. Bolehlah install apps shopee. Kihkihkih. Bila kawan minta nak order itu ini senang je la. Masukkan jer dalam troli. Make sure dalam akaun debit kita ada duit. Kalau takde debit boleh guna kad kredit juga untuk mereka yang ada.
Bagi Kak Feni yang tersangat hado-hado ni guna jela Kad Debit. Kadang-kadang collect jer duit cash dengan kawan-kawan yang nak order tu. Masukkan dalam akaun. Nasib baik Maybank dekat jer. Kihkihkih
Macam ni lah bukan senang nak senang. Kak Feni amik cas perkhidmatan jer. Sebab berkhidmat untuk rakan-rakan kan. Rakan-rakan adalah customer Kak Feni.
Kadang-kadang diaorang tak pandai nak order online. Malas nak fikir just screenshoot apa yang nak dan hantar kepada Kak Feni. Alhamdulillah setakat ni semua customer Kak Feni baik-baik belaka. Bila ada masalah pun senang nak runding.
January 17, 2019
SEGMEN DROP YOUR LINK
Lama dah Kak Feni tak bersegmen ni. Untuk first time bagi tahun 2019 join segmen. Hihi.
Untuk menyertai segmen ni. Korang boleh klik banner.
Selamat berSEGMEN.
January 16, 2019
RAJIN-RAJIN UPDATE BLOG UNTUK JANA PENDAPATAN
Alhamdulillah hari ni Kak Feni nak share pasal update blog hari-hari. Kadang-kadang kita ni tak tahu entri mana yang akan membawa hasil kepada kita. Macam Kak Feni ni, buat bisnes suplemen. Jadi mestilah selalu update pasal kebaikan suplemen.
Kak Feni pernah join satu seminar dimana bila kita berniaga secara online ni ibaratnya kita menghantar kapal. Hantar banyak-banyak sebab kita tak tahu kapal mana yang akan bawa balik hasil. Jadi tulis lah banyak-banyak entri berkenaan dengan produk atau servis yang kita tawarkan.
Dunia alam maya ni sangat luas. Kita jangan terlalu fokus untuk sekelompok sahaja. Cuba dan terus cuba untuk menambah nilai dalam kehidupan.
Hari ni Kak Feni dapat order untuk satu SET KESIHATAN LELAKI. Dia beli full set add on Vitalea sebab nak tambah tenaga.
Allah selalu datangkan Kak Feni dengan customer yang baik-baik dan mudah untuk closed deal. Hari ni pun sama. Dia wasap tanya pasal suplemen untuk lelaki. Kemudian bagitahu masalah dia. Kak Feni suggest yang sesuai. Deal kemudian dia terus transfer duit ke akaun Kak Feni.
Yang best sangat Kak Feni tak perlu pun simpan stok banyak-banyak sebab semuanya boleh key in secara online. Bila dah dapat consignment note kita boleh terus update customer. Selang 2 3 minggu kemudian kita follow up perkembangan.
Mudah jer buat bisnes Shaklee ni. Tak payah pening-pening lalat. Buat je ikut step dan doa semoga Allah bukakan pintu hati customer untuk beli dengan kita. InshaAllah yakin dengan rezeki Allah bagi.
Jadi untuk dapatkan produk atau menjadi AHLI SHAKLEE boleh hubungi Kak Feni.
Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com
January 15, 2019
GUNA REFERRAL CODE : SAFEN225 UNTUK POTONGAN DISKAUN RM7
Use my referral code SAFEN225 to get Potongan RM7.00 off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/bzik2n2
Untuk yang buat belian pertama kali dengan Shopee bolehlah guna kod SAFEN225 bagi mendapatkan diskaun sebanyak RM7.
Siapa nak bagi kan ? Barang yang berbaloi beli secara online. Nak belajar membeli secara online pun boleh juga.
Kak Feni pun dah banyak jadi personal shoper untuk customer yang taktahu nak membeli secara online ni. Bila barang dah sampai kita akan dapat coin. Coin ni kita boleh redeem dengan barang yang kita nak nanti.
Okey Kak Feni nak buat order baju tidur comel untuk anak-anak kawan ni.
January 14, 2019
PANGGILAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
Ini adalah panggilan temuduga yang entah ke berapa kali entah sebab Kak Feni dah lupa. Dapat panggilan pun dah happy sangat dah. Dulu selalu berangan nak kerja kerajaan. Hakikatnya entah dapat entah tidak. Kihkihkih
Setelah bertahun-tahun tak terima panggilan temuduga, hari Rabu minggu lepas dapat SMS untuk ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat. Ujian buat secara online saja. InshaAllah harapnya hari ujian tu internet selaju yang boleh. Hahaha.
Masa tu cuti sekolah, jadi mesti kena explain dekat anak-anak. Kalau ada rezeki mana tahu kan. Kalau ikutkan gaji yang ditawarkan berbanding dengan gaji sekarang. Gaji sekarang lagi banyak tapi apa salahnya kita cuba kan. Mana tahu ini adalah rezeki untuk anak-anak.
Dah umur 30-an baru orang nak panggil ujian. Hahaha lama sangat dah tak pergi interview ni. Kalau lepas ujian ni, nye panggil pergi interview pula terasa macam orang muda-muda. InshaAllah kalau ada rezeki tak kemana kan.
Dengar cerita ramai juga yang dapat panggilan ujian ni. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk aku dan keluargaku. Andai pilihan ini yang terbaik untuk kami semua. Permudahkanlah segala urusan. Jika ini mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. Aku redha dengan segalanya.
Kadang-kadang nak buat keputusan pun susah juga. Siapa yang tahu apa yang akan terjadi esok hari ?
January 11, 2019
BUKA DROPSHIP UNTUK JUALAN SHAWL DAN TUDUNG BAWAL
Alhamdulillah tahun ni, macam-macam bisnes Kak Feni buat. Buka dropship tudung pula.
Kak Feni jual secara borong. Minimum 20 helai untuk sekali order. Kalau ada ramai kawan-kawan memang syok berniaga ni. Untuk pakai sendiri pun boleh borong banyak-banyak. Boleh bergaya sampai lebam.
Bila kita open dropship ni, modal memang kena kencang sebab kita yang kena keluar duit dulu. Nak pergi ambik barang dengan supplier lagi. Kadang-kadang itu semua kos tu.
Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Kak Feni mula Open DROPSHIP untuk tudung dan shawl. Segala rundingan boleh deal dengan Kak Feni sendiri melalui wasap di SINI.
Untuk yang berminat nak mulakan jualan tudung dan beli secara borong. Kak Feni boleh bantu untuk menghantar stok kepada anda.
Lepas ni Kak Feni nak kena photoshoot segala tudung ni. Semoga sempat lah sebab selalu tak sempat nak ambik gambar dah ada orang yang order. Jadi untuk lebih mudahkan kita semua bagitahu je kaler ape nak. Kak Feni cuba carikan. Haa macam tu.
Kak Feni jual secara borong. Minimum 20 helai untuk sekali order. Kalau ada ramai kawan-kawan memang syok berniaga ni. Untuk pakai sendiri pun boleh borong banyak-banyak. Boleh bergaya sampai lebam.
Bila kita open dropship ni, modal memang kena kencang sebab kita yang kena keluar duit dulu. Nak pergi ambik barang dengan supplier lagi. Kadang-kadang itu semua kos tu.
Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Kak Feni mula Open DROPSHIP untuk tudung dan shawl. Segala rundingan boleh deal dengan Kak Feni sendiri melalui wasap di SINI.
Untuk yang berminat nak mulakan jualan tudung dan beli secara borong. Kak Feni boleh bantu untuk menghantar stok kepada anda.
Lepas ni Kak Feni nak kena photoshoot segala tudung ni. Semoga sempat lah sebab selalu tak sempat nak ambik gambar dah ada orang yang order. Jadi untuk lebih mudahkan kita semua bagitahu je kaler ape nak. Kak Feni cuba carikan. Haa macam tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...








