September 8, 2017

LELAKI DAN RISIKO MENGHIDAP BATU KARANG



Penyakit batu karang boleh dikenali melalui beberapa tanda sperti kulit berwarna kekuningan, air kencing gelap, demam panas dan sejuk. Ia disebabkan duktus hempedu yang tersumbat. hati bertindak menghasilkan garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia yang lain.


Antara simptom penghidap batu karang 

✿ Air kencing mengandungi darah
✿ Air kencing berwarna keruh dan busuk.
✿ Rasa perit dan pedih ketika membuang.
✿ Sakit melampau pada bahagian atau tepi yang berpanjangan.
✿ Rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
✿ Sakit yang datang secara tiba-tiba, konsisten yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan abdomen.

Mereka yang berisiko menghidap batu karang

✿ Berumur 40 tahun ke atas
✿ Indeks jisim tubuh (BMI) meningkat.
✿ Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat sekaligus mengganggu sistem kimia yang menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut.
✿ Mempunyai sejarah batu karang atau ahli keluarga yang pernah mengalaminya.
✿ Kurang minum air.
✿ Pemakanan yang tinggi kandungan protein, purin dan asid urik.

Jenis-jenis batu karang 


1. Batu Karang Hempedu Berkolestrol

Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah batu kolestrol. Batu Karang jenis ini berwarna kuning dan mengandungi kolestrol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah).

2. Batu Karang Hempedu Berpigmen

Bagi yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anemia sel sikel yang menghasilkan  bilirubin secara berlebihan berisiko mengalaminya. batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam akan terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin dihasilkan.

3. Batu Karang Hempedu Duktus Primer

Ia akan terlepas ke dalam duktus nanah dan membentuk duktus itu sendiri. namun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku. Usah risau jika menghidap penyakit ini kerana ia boleh diatasi melalui rawatan pembedahan dan bukan pembedahan bergantung kepada keadaan.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU MASALAH BATU KARANG



TESTIMONI VIVIX 









Sebarang pertanyaan mengenai produk dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com








RAHSIA KULIT CANTIK DAN AWET MUDA



Kebaikan Vitamin C untuk kulit supaya menjadi awet muda :-
🌷kulit jadi anjal
🌷kulit jadi lg cerah
🌷jeragat jd pudar
🌷masalah kulit jerawat diatasi
🌷parut jerawat degil hilang/pudar



Vitamin C  merangsang kulit membentuk kolagen. Semua tau yg kolagen ni fungsinya bg kulit lebih anjal & elastik. Tapi seawal usia 25 tahun badan kita dah kurang hasilkan kolagen. So samada kita ambil kolagen dari luar atau kita ambil vitamin c supaya tubuh kita tetap hasilkan kolagen.

Untuk mendapatkan kulit yang anjal bolehla mengamalkan Vitamin C, ESP dan Kolagen. Kolagen dibentuk daripada protein.

Sebenarnya badan kita dah tak boleh hasilkan kolagen sendiri bila semakin berusia, sebab tu kena ambil makanan yg ada sumber kolagen dari luar.


Vitamin C kaya dengan anti-oksidan yang memelihara kulit dan menjadikan lebih cerah kerana tidak dirosakkan oleh radikal bebas, Biasanya kulit kita seringkali terdedah kepada sinaran uv yang menjadikan kulit menjadi gelap dan kusam. Kesan terdedah kepada uv yang lama boleh menyebabkan kulit menjadi sunburn. Fungi vitamin C menyeimbangkan pigmen cerah dan gelap.



Punca kulit berjerawat
Sebab terdedah kpd sinar uv ➡sinar uv ada radikal bebas ➡radikal bebas buatkan kulit jadi tak sihat ➡bila kulit tak sihat ➡bakteria mudah serang /kulit jadi berminyak➡maka TERHASILLAH JERAWAT


Mcm mana vitamin c bantu atasi jerawat

🌷Vitamin c bersifat antioksidan..
Melawan radikal bebas yg menyebabkan kulit tak sihat

🌷vitamin c meningkatkan ketahanan kulit. Jadi kulit lebih kuat untuk melawan bakteria
➡kulit jadi lebih bersih
➡jerawat pun payah nak naik

🌷vitamin c atasi keradangan kulit

Kulit yg ditumbuhi jerawat
Akan alami keradangan..
Vitamin c atasi keradangan ni
Jadi jerawat lg cpt kecut


Vitamin C berfungsi untuk membantu dalam memulihkan sel. Kulit yang berjerawat sudah tentu akan mengalami kerosakan akibat aktiviti picit memicit jerawat. Hanya vitamin c semula jadi je yg ada kuasa memulih ni.


Punca jeragat
❌kesan sinar uv
❌hormon tak stabil (tanda menoupaus)
❌penggunaan kosmetik yg x sesuai
❌keturunan
❌stress

Penggunaan kosmetik yg salah boleh akibatkan kulit muka kita rosak. So vitamin c ni repair balik sel kulit. Stress boleh hasilkan radikal bebas kt kulit. So sifat antioksidan vitamin c bantu hilangkan jeragat. Untuk kesan yang lebih baik boleh add on B-complex dan GLA-Complex.

Kulit yang kurang vitamin juga lagi cepat rosak. Bila kulit cepat rosak kesannya kulit berjerawat, jeragat dan kusam.

Berminat untuk mendapatkan Vitamin C dan produk Shaklee bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com




September 7, 2017

CARA HILANGKAN BIJI KOLESTROL BAWAH MATA


Biji kolestrol bawah mata memang mencacatkan penampilan seseorang itu. Masalah kolestrol ini sering dialami oleh golongan yang mula berumur 30 tahun ke atas. Keluarnya biji kolestrol di bawah mata adalah salah satu tanda badan banyak kolestrol dalam badan.

Bahaya kolestrol ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan perjalanan darah menjadi tidak lancar. Kolestrol yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya seperti sakit jantung. 

Antara tanda badan banyak kolestrol :-
✿ Badan cepat letih
✿ Cepat sakit kepala kerana perjalanan darah tidak lancar
✿ Mudah semput
✿ Emosi terganggu
✿ Sukar untuk bernafas

Cara untuk menghilangkan biji kolestrol ialah :

✿ Minum air kosong secukupnya kerana air sangat penting dalam melancarkan perjalanan darah.
✿ Buat detox untuk badan. Ini secara tak langsung membantu dalam mengurangkan masalah kolesterol.
✿ Untuk luaran bolehlah menyapu losyen atau pun pelembab bagi menghilangkan biji kolesterol. 
✿ Makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
✿Amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, jaga makan dan elakkan minum minuman keras.
✿ Makan makanan yang kurang lemak.
✿ Seeloknya amalkan makanan yang dimasak melalui cara panggang, rebus atau stim yang tidak mengandungi banyak minyak.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU DALAM MENGHILANGKAN BIJI KOLESTROL



Hubungi Feni untuk info lanjut dan membuat pesanan :-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 6, 2017

EPISOD MAKAN-MAKAN IKAN BAKAR PAK DIN TANGLIN

Hari ni muka senyum lebar sebab boleh terlepas pergi makan jauh-jauh sikit dari opis. Haha. Sebenarnya kami dah plan dari semalam nak pergi makan ikan bakar di Tanglin. Nak pergi sana kena ada transport sebab takde pengangkutan awam Teksi adalah.

Jadi hari ni kami bertiga Mak Jemah, Kak Diana dan Nadia pergi dengan kereta Nadia. Nadia yang drive. Macam formula one macam mana tu. 


Jalan agak lancar sebab kami keluar awal. Mak Jemah nak duduk belakang sebab nak feeling like mem githewww. 

Sampai situ kami tengok ramai dah orang beratur nak ambil nasi. Mak Jemah first time makan kat sini. Kak Diana yang dah berkali-kali makan yang dok tunjuk itu ini. Rupanya nak ambik ikan bakar kat belakang kedai. Banyak meja disediakan di belakang. Kami pun beratur tunggu meja sebab masa sampai tu memang dah ramai orang. Alhamdulillah ada satu meja kosong.

Kami ambil nasi separuh je konon nak makan sikit. Pilihan kami ialah ikan kembung  bakar dan ikan pari bakar. Yummy. Mulanya ambil satu satu je. Kemudian bila dah makan rasa macam tak cukup. Nasi dah habis. Pergi ambil pulak ikan pari untuk ratah. Dia punya sos, memang terbaik.

Gambar ikan bakar tak sempat nak ambik sebab perut dah lapar. 

Nahhhhh gambar pinggan yang dah licin.


Sebelum balik berphoto dulu sebagai kenangan. Thanks to Kak diana sebab suggest tempat best ni. Lainkali boleh pergi lagi. Perjalanan dari opis ke sini tak lama pun dalam 10 ke 15 minit je. Masa balik je lambat sikit sebab ada eksiden kat highway. Tapi bersyukur jugak jem kalau tak nadia bawak macam nak race. hukhukhuk.




 Apapun thanks to Kak Diana dan Nadia sebab sudi makan dengan Mak Jemah. Sebelum balik sempat beli buah-buahan yang dijual kat situ. Memang meriah la tempat ni. Sekali sekala nak ubah angin kan best. Lenkali boleh bodek bos makan kat sini. Kehkehkeh kalau berjaya la.





PROMOSI SEPTEMBER 2017

Yeah promosi Shaklee kembali menghangatkan musim-musim perayaan ni. Khas untuk mereka yang ingin sentiasa nampak cantik dan menawan. Kalau bulan lepas promosi Omega Guard dengan belian 5 botol layak dapat e-voucher RM20.00 sebanyak 3 keping. Jumlah keseluruhan ialah RM60.00.


Jimat berganda-ganda jika mendaftar sebagai ahli. Sekiranya berminat untuk mendapatkan harga ahli bolehlah mendaftar sebagai ahli dengan Feni. Promosi merdeka dengan belian melebihi 100uv dapat beli vitamin C dan Shaker dengan harga RM82.68 (termasuk GST) juga dilanjutkan.


Jom sertai keluarga besar kami untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Promosi ini hanya sah sehingga 30 September 2017 sahaja. Mengikut terma dan syarat.

Hubungi Feni untuk maklumat lanjut:-

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

September 5, 2017

BERUBAHLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA

Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melalui banyak sangat dugaan untuk lebih mematangkan diri. Alhamdulillah syukur Allah telah beri hidayah terlebih awal. Bila berborak-borang dengan sahabat tentang aurat, sangat malu dengan diri sendiri. Dulu betapa jahilnya aku.

Bila melihat gambar-gambar lama alangkah malunya. Berpakaian tidak seperti seorang muslimah sejati. Bertudung tapi pakai baju lengan pendek. Betapa aku mempersendakan tentang aurat itu. Hari ini, Allah bagi hidayah supaya terus berubah ke arah kebaikan. Semoga aku terus istiqamah.

Mujur dulu aku tidak terlalu gemar untuk menonjolkan diri di media sosial. Status pun hanya berkisarkan tentang diri sendiri dan keluarga. Betapa tulisan aku dulu terlalu mengikutkan emosi dan hanya pentingkan diri sendiri. Hari ini aku belajar erti kehidupan bahawa hidup ini bukan tentang kita sahaja.

Banyak benda yang perlu kita hadapi untuk mencapai apa yang kita impikan. Alhamdulillah Allah sentiasa dengar doa-doa hambanya. Cuma Dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengabulkan segala permohonan hambanya.

Aku yang hina. Sentiasa lupa dan leka namun sentiasa berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik. Terima kasih dengan nikmat ini.

VITAMIN UNTUK PESAKIT GOUT

Hanya mereka yang mengalami sakit gout saja yang tahu betapa seksanya derita penyakit ini. Nak berpijak pun sakit apatah lagi mahu berjalan seperti orang normal.

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


TANDA GOUT 

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. 
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. 
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. 
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. 
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. 
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. 
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. 
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan minuman keras 
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. 
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout 
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan 
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal. 
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat. 

VITAMIN UNTUK PESAKIT GOUT



Vivix 

Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

Omega Guard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

Alfalfa

Untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

Performance drink

Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

B-Complex

B-Complex adalah nutrien yang perlu untuk metabolisme asd urik di dalam hati.
Gla-Complex
Gla adalah anti-oksidan yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Menghalang jangkitan dan mengekalkan kesihatan.

Vitamin C

Berperanan untuk menyekat enzim xanthine oxidase dari menghasilkan asid urik yang bahaya kepada pesakit gout.

Berminat untuk mendapatkan Vitamin Untuk Pesakit Gout ini bolehlah menghubungi Feni.

Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp:+601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]

Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...