Orang-orang yang mampu melintasi Self limit atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.
Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :
1) Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar
2) Kunci kemenangan adalah sabar
3) Kunci tabahnya nikmat ialah perasaan syukur
4) Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah takwa
5) Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6) Kunci maksiat adalah kesombongan
7) Kunci solat adalah taharah
8) Kunci ibadah haji adalah ihram
9) Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10) Kunci syurga adalah tauhid
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
June 15, 2015
June 12, 2015
Mulakan dengan menulis
Ambil satu kertas dan catatlah apa yang anda inginkan dalam hidup ini.
Pedulikan dengan pandangan orang. Ini adalah impian kita. Lebih banyak anda menulis lebih banyak maklumat yang anda dapat. Jangan biarkan otak kita tidak bekerja. Carilah ilmu sampai liang lahad. Catatlah apa yang ingin anda catat. Tulislah apa sahaja.
Mulakanlah...
Masa mula-mula nak buat kita takut, malu, sedih dan macam-macam perassan lagilah yang kita fikir. STOP thinking negative!!! JUST DO IT !!! Buangkan semua perkara-perkara negatif dalam kepala otak kita. Mulakan menulis. Buangkan sampah-sampah dalam minda kita. Fikirkan yang baik-baik saja. Fikirkan yang indah-indah saja. Berfikiran positif membuatkan kita pun positif. Be a positive person okay...
Cabar diri sendiri untuk menulis. Idea akan datang dengan sendirinya bila anda sudah mula menulis. Allah anugerahkan kita dengan bermacam-macam nikmat. Salah satu nikmat adalah menulis. Cubalah...!!! Keep trying and never ever give up !!
Bila kita menulis secara tak lansung otak akan berfikir dan fikir. Kadang-kadang kita tak tau nak tulis apa. Tidak mengapa..Relax dan tarik nafas dalam2. Bila kita bertenang semua benda akan menjadi senang. Tulislah dan teruskan menulis. Jangan pernah jemu untuk belajar dan belajar. Jangan malu untuk bertanya. "Practice make perfect".
Jomlahh...mulakan menulis....
semoga kita berjaya...
Tips Untuk Berjaya
Dalam hidup kita hari ini banyak sangat benda yang kita ingin capai kan ...? Disini saya sertakan beberapa tips untuk berjaya dalam hidup. Semuanya bergantung pada diri sendiri samada untuk berjaya atau gagal kerana terpulang pada anda.
1) Buat perkara yang kita suka
Mencintai apa yang kita lakukan membuatkan kita berasa puas apabila kita berjaya melakukannya. Lakukan sebaik mungkin dan kita akan lihat hasilnya.
2) Jadikan ia berbeza
Kita hendaklah berfikir luar biasa. Berfikir di luar kotak. Mencari idea-idea yang lain untuk meningkatkan produktiviti sesuatu produk atau perkhidmatan yang kita lakukan.
3) Lakukan yang terbaik
Bertekad untu melakukan yang terbaik. Cuba untuk melakukan lebih baik dan terbaik. Jangan leka! Hanya kejayaan yang membina lebih banyak kejayaan. Bekerja bersama orang yang bagus yang mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.
4) Membuat analisis SWOT
Buat senarai tentang kekuatan & kelemahan diri atas kertas. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi untuk keuntungan diri sendiri.
S - Strengths (Kekuatan)
W - Weaknesses (Kelemahan)
O - Opportunities (Peluang)
T - Threats (Ancaman)
5) Jadi Usahawan
Mencari idea-idea dan mengambil tindakan tegas terhadap idea-idea tersebut. Kadang-kadang langkah pertama merupakan langkah yang paling sukar. Namun teruskan saja !!! Usaha tangga kejayaan dan jangan berputus asa.
6) Mula kecil, berfikiran besar
Masih ingatkah kita masa zaman sekolah dulu. Bila waktu peperiksaan guru selalu mengingatkan supaya menyelesaikan soalan yang senang dulu barulah selesaikan soalan yang lebih rumit. Jangan bimbang terhadap banyak perkara pada waktu yang sama. Selesaikan perkara yang mudah duhulu dan baru selesaikan perkara yang lebih rumit. Ini bukan sahaja akan menjimatkan masa kita untuk selesaikan semua perkara. Fikirkan tentang masa hadapan bukan hanya esok sahaja.
7) Berusaha menjadi pemimpin
Memliki dan mengawal teknologi utama di dalam semua perkara yang anda lakukan. Jika terdapat teknologi baharu yang lebih baik, gunakan ia walaupun orang lain masih tidak menggunakannya. Jadikannya yang pertama dan menjadikannya satu taraf industri.
8) Pelajari dari kegagalan
Belajar dari kegagalan lalu. Mengakui kesilapan dan terus meningkatkan inovasi anda yang lain. Melihat kegagalan sebagai pengalaman pembelajaran. Belajar dari kesilapan dan perbaiki untuk cubaan seterusnya.
9) Bekerja keras dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri
Berusaha untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Kejayaan akan tercapai jika kita sanggup bekerja keras untuk mencapainya.
10) Meneroka dan hidup dengan tujuan
Kita hidup mestilah mempunyai tujuan dan matlamat. Berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai tujuan kita.
June 11, 2015
Arghhh..malunye aku pdMu ya Allah...
Aduh malunya kau pdMu ya Allah...sedangkan aku masih mampu untuk berdiri pon malas nk melakukan ibadah padamu...aku rasa terpukul bila melihat video yg memaparkan kisah seorang lelaki tua yang merangkak untuk ke masjid menunaikan solat..sedangkan aku yg sihat walafiat ni pon masih liat utk melakukan ibadat yg wajib itu..aduh malunya aku...
Ya Allah ampunkan segala dosa2ku...ingin sekali aku berubah utnuk menjadi manusia yg lebih baik..inshaAllah...ampunkan aku ya Allah..terlalu byk dosaku pdMu...
Orang tua itu berusaha bersungguh-sungguh untuk ke masjid walaupun dalam keadaan yang diri yang tidak sempurna...beliau merangkak ke masjid menggunakan kedua belah tangan untuk mengheret badannya untuk menunaikan solat di masjid..ya Allah...betapa mulianya hidup lelaki tua itu..
Betapa aku miskin dan lebih hina dr die..huhuhu..
1001 Impian Feni
Assalamualaikum...
Lama betul x menjenguk blog kesayangan aku ni.bukan ape..xde idea nk share..huhu..
ni br nk upkn balik..helo helo helo wake up wake up feni.
Hari ni br buat buku 1001 impian..
Haha..lega tau sebab tulis semua impian aku kt situ...lantakla ape orang nk cakap...ni impian aku...
dulu semua malu2 nk buat..xde tindakan..habuk pon tarak wehhh...nk buat ape2 kene ade plan pastu bertindak..
ok hari ni aku catatkan semua impian aku kt dalam tu..xpe..nnt ade idea aku catat lg..pedulikan ape org nk kate...yg penting ini impian aku...nnt da capai satu2 impian tu..aku akan tanda right kt tepi..
Biarla dah dekat umo 30 baru hegeh2 nk catat impian..lantaklah..aku punya..so aku punya suka la..hehehe...
haha..so korang ...jgn malu2 nk ade buku 1001 impian hokey ...?
JOm bermimpi...mimpi yang indah2 okey...??
Have a nice day people...!!!
Haha..cantik x buku 1001 impian aku ni..?
June 10, 2015
Apakah itu Alfalfa ?
Assalamualaikum w.b.t.
Teman-teman yang dikasihi sekalian.
Hari ini saya ingin kongsikan apakah itu alfalfa ?
PEMULIHAN UNTUK BATU KARANG
Vitamin A, C, E dan Zink terbukti membantu melarutkan batu karang. Anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral dalam serbuk Alfalfa Alfalfa dan pucuk.
RAWATAN ASLI UNTUK KEHILANGAN RAMBUT DAN BOTAK
Jus alfalfa, dalam kombinasi dengan jumlah yang sama daripada lobak merah dan jus salad, diambil setiap hari, membantu dalam pertumbuhan rambut sehingga ke tahap yang luar biasa. Gabungan jus ini kaya dengan unsur-unsur yang sangat membantu untuk pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut.
Pesakit SLE (Systematic Lupus Erythematosus) sama sekali dilarang untuk makan alfalfa kerana kajian telah mendapati bahawa diet yang tinggi dalam canavanine, asid amino yang terdapat dalam alfalfa, boleh memburukkan lagi penyakit lupus. Walau bagaimanapun, canavanine biasanya hanya terdapat dalam benih dan pucuk alfalfa tetapi tidak dalam daun matang. Oleh itu, teh alfalfa dan kapsul yang diperbuat daripada daun dijangka tidak mengandungi canavanine. Walau bagaimanapun, ia adalah disyorkan bahawa alfalfa dielakkan semasa mengandung kerana kandungan canavanine potensinya dan saponin hormon aktif. Jika anda hamil, adalah disyorkan bahawa anda mengelakkan pengambilan harian tetap alfalfa atau makanan tambahan itu.
Teman-teman yang dikasihi sekalian.
Hari ini saya ingin kongsikan apakah itu alfalfa ?
Apakah itu alfalfa?
Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan yang berakar 20 hingga 30 kaki ke bawah tanah dan mempunyai mineral yang tidak ada di permukaan. Alfalfa sangat kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tulang dan perkembangan badan yang sihat. Ianya protein dan vitamin A, vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, dan Vitamin K.
Apakah Kebaikan Alfalfa?
Alfalfa telah digunakan oleh orang Cina sejak abad keenam untuk merawat beberapa penyakit. Ia dianggap sumber tanah yang kaya dengan mineral surih. Kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien lain Alfalfa membuat ubat herba menakjubkan.
Faedah tertentu termasuk:
• Mengubati masalah buah pinggang, dan melegakan cecair dan bengkak.
• Pengawetan auto-imun penyakit.
• Penyembuhan arthritis.
• Menyuburkan sistem pencernaan, rangka, kelenjar dan kencing.
• Pembersihan darah, hati dan usus.
• Mengurangkan paras kolesterol.
• Mencegah strok.
• Penyembuhan kokol batuk.
PEMULIHAN SEMULAJADI UNTUK DIABETES
Alfalfa dikenali untuk mengurangkan tahap gula dalam darah, dan oleh itu dianggap sebagai rawatan semula jadi untuk diabetes.
PEMULIHAN UNTUK BATU KARANG
Vitamin A, C, E dan Zink terbukti membantu melarutkan batu karang. Anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral dalam serbuk Alfalfa Alfalfa dan pucuk.
RAWATAN ASLI UNTUK KEHILANGAN RAMBUT DAN BOTAK
Jus alfalfa, dalam kombinasi dengan jumlah yang sama daripada lobak merah dan jus salad, diambil setiap hari, membantu dalam pertumbuhan rambut sehingga ke tahap yang luar biasa. Gabungan jus ini kaya dengan unsur-unsur yang sangat membantu untuk pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut.
Apakah Kesan sampingan Alfalfa?
Seperti semua produk herba, kesederhanaan adalah kunci untuk mengelakkan kesan sampingan. Sebagai contoh, penggunaan berlebihan alfalfa boleh menyebabkan kerosakan sel-sel darah merah, yang amat serius.
Antara kesan sampingan lepas pengambilan alfalfa seperti berikut:
- Tumbuh jerawat
- Pening kepala
- Bintik-bintik kecil
- Hidung berair (akibat resdung)
- Gatal
Pesakit SLE (Systematic Lupus Erythematosus) sama sekali dilarang untuk makan alfalfa kerana kajian telah mendapati bahawa diet yang tinggi dalam canavanine, asid amino yang terdapat dalam alfalfa, boleh memburukkan lagi penyakit lupus. Walau bagaimanapun, canavanine biasanya hanya terdapat dalam benih dan pucuk alfalfa tetapi tidak dalam daun matang. Oleh itu, teh alfalfa dan kapsul yang diperbuat daripada daun dijangka tidak mengandungi canavanine. Walau bagaimanapun, ia adalah disyorkan bahawa alfalfa dielakkan semasa mengandung kerana kandungan canavanine potensinya dan saponin hormon aktif. Jika anda hamil, adalah disyorkan bahawa anda mengelakkan pengambilan harian tetap alfalfa atau makanan tambahan itu.
Di mana dan Cara Membeli Alfalfa?
Alfalfa boleh didapati dalam bentuk kapsul, yang anda boleh mengambil setiap hari sebagai makanan tambahan. Produk shaklee adalah yang terbaik. Maksimum pengambilan adalah 10 biji sehari. Namun untuk permulaan anda dinasihatkan agar makan 2 ke 3 biji sahaja untuk skali makan untuk 2 kali sehari. Contohnya 3 biji tengahari dan 3 biji malam (selepas makan). Anda juga boleh mencari daun alfalfa pukal atau benih di beberapa kedai makanan kesihatan yang besar untuk membuat teh berkhasiat.
Cara makan Alfalfa Complex Shaklee:
3-5 biji selepas makan tengahari
3-5 biji selepas makan malam
Anda juga dinasihatkan supaya banyak minum air kosong.
Alfalfa boleh didapati dalam bentuk kapsul, yang anda boleh mengambil setiap hari sebagai makanan tambahan. Produk shaklee adalah yang terbaik. Maksimum pengambilan adalah 10 biji sehari. Namun untuk permulaan anda dinasihatkan agar makan 2 ke 3 biji sahaja untuk skali makan untuk 2 kali sehari. Contohnya 3 biji tengahari dan 3 biji malam (selepas makan). Anda juga boleh mencari daun alfalfa pukal atau benih di beberapa kedai makanan kesihatan yang besar untuk membuat teh berkhasiat.
Cara makan Alfalfa Complex Shaklee:
3-5 biji selepas makan tengahari
3-5 biji selepas makan malam
Anda juga dinasihatkan supaya banyak minum air kosong.
FB: Safeni Feni
Call/SMS/WhatsApps : 011-15672780
September 10, 2013
Ciri-ciri Orang yang Cemerlang
Hari ini kita bermotivasi sikit...saya ingin share bersama
CIRI-CIRI ORANG YANG CEMERLANG :-
1) Niat yang Betul
2) Ada wawasan dan matlamat
3) Berani dan sanggup berkorban
4) Sentiasa menambah ilmu
5) Memberi tumpuan (fokus)
6) Daya tahan yang tinggi
7) Memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu :-
-warak
-sabar
-amanah
-jujur
-ikhlas
-syukur
Membuang sifat-sifat mazmumah iaitu :-
- suka marah
- hasad dengki
- ujub
- riak
- sombong dan takbur
sumber dari blog2 tempatan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...


