Semalam berkesempatan untuk ke KLIA bagi melihat pemandangan kapal terbang mendarat. Maklumlah kami tak pernah sampai lagi tempat ni. Mula-mula sampai memang excited gila sebab tak pernah tengok kapal terbang lalu atas kepala di ketinggian yang sungguh rendah.
Kami sampai sini dalam pukul 5.45 petang dah sebab bergerak dari rumah pukul 4.30 petang. Agak jauh juga dari rumah. Nak sampai ke KLIA ni ada satu simpang 4 yang traffic light dia berhenti agak lama. Haha kami dahlah tak sabar nak sampai.
Satu pengalaman baru sebab boleh tengok kapal terbang terbang rendah dan perlahan sebelum mendarat. Macam-macam kapal terbang yang kami tengok. Ada yang besar, ada yang kecik. Anak-anak memang seronok sangat sebab boleh tengok kapal terbang.
Adik Rayyan ingat kami nak naik kapal terbang. Nak naik kapal terbang pergi mana taktahu.
Nak bagitahu nama tempat ni memang Kak Feni tak tahu sebab adik ipar yang bawak. Hahaha nak pergi sekali lagi memang tak tahu berjaya sampai ke tak. Yang pastinya masa kami sampai memang banyak kereta dan ramai orang dah menunggu untuk tengok kapal terbang mendarat.
Seronok dan teruja sebab kapal lalui memang betul-betul atas kepala kita. Mula-mula takut juga bila dah lepas 2 3 buah kapal terbang. Dah hilang rasa takut tu.
Kami lepak sini tak lama sebab cuaca dah mendung nak hujan. Selepas lepak sini kami ke tempat kapal terbang Air Asia terbang dan mendarat. Macam bas je tengok setiap kapal terbang tu jalan ikut turn. Ada yang nak berlepas naik dan ada yang nak turun. Ikut trek masing-masing. Keadaan trafik udara di sini nampak begitu sibuk dengan pelbagai kapal terbang. Ewah macam pakar aircraft dah Kak Feni ni.
Lepas puas tengok kapal dan hujan pun mulai turun. Kami bergerak pulang. Sampai di rumah, air masuk dalam rumah sebab hujan lebat.
Sebuah blog untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi, keibubapaan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup yang sihat. Peluang menjana pendapatan melalui bisnes online melalui blog. Blog untuk mempromosikan produk kesihatan seperti suplemen dan kecantikan seperti produk penjagaan diri dan muka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Anak Gerik & Pengkalan Hulu di Lembah Klang [19 April 2026]
Semalam berkesempatan menghadiri Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri untuk perantau Gerik & Pengkalan Hulu yang berlangsung di Galaxy Ampan...
-
Alhamdulillah terima kasih ya Allah sebab masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam dunia ini. Banyak benda yang berlaku. Pejam celik...
-
Cuti 2 hari buat apa? Hairi Sabtu lepas Adik Rayyan kelas tambahan kami pergi buat cek mata di Sungei Wang Plaza sebab kat situ banyak kedai...
-
Hari ini bermula dengan webinar e-invoice yang akan dijalan secara langsung bermula Julai 2025. Kami sebagai pemaju dan bakal pengimport d...





Takut nak naik kapal terbang bila teringat peristiwa JT610 terhempas
ReplyDelete